
Bulan Ramadan akan bermula esok dengan jamuan berbuka puasa bersama keluarga selain solat Tarawih secara berjemaah di rumah setelah wabak Covid-19 masih belum berakhir.
Inilah masa mengadakan pahala solat terawih berjemaah, bolehlah kita lakukan bersama-sama keluarga.
Ikuti pandangan menerusi FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai solat terawih di rumah dengan lanjut.

HUKUM MELAKSANAKAN SOLAT TARAWIH DI RUMAH BERSAMA KELUARGA
Soalan:
Assalamu’alaikum, memandangkan kita akan menyambut bulan Ramadhan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, minta pihak tuan jelaskan berkenaan hukum mendirikan solat sunat tarawih di rumah. Terima kasih.
Jawapan :
Sebagai kesimpulan, kami akhiri kenyataan kami ini dengan beberapa noktah yang berikut :
• Dibolehkan untuk seseorang itu mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama keluarga di rumah. Ini lebih utama dengan mengambil kira suasana Perintah Kawalan Pergerakan pada waktu ini.
• Berkenaan dengan tatacara pelaksanaan solat tarawih di rumah pula, kami nyatakan seperti berikut :
• Waktu untuk mendirikan solat tarawih secara berjemaah adalah sebaik sahaja solat Isya’ selesai didirikan dan tempoh pelaksanaannya boleh dilakukan sehingga terbitnya fajar.
BACAAN SOLAT
• Solat dipimpin oleh seorang lelaki dewasa, sama ada ayah atau anak-anak lelaki. Bacaan di dalam solat adalah dengan membaca mana-mana surah yang mudah dan juga bacaan surah yang dihafal. Meskipun begitu, jika imam ingin membaca bacaan Al-Quran di dalam solat tarawih dengan melihat mushaf di hadapan, kami berpendapat hukumnya adalah harus seperti yang telah kami jelaskan secara panjang lebar dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-303: Hukum Melihat Mushaf Al-Qur’an Ketika Solat yang boleh dibaca di pautan berikut https://bit.ly/2VpSrGV
• Boleh untuk memilih sama ada hendak melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat mahupun 20 rakaat iaitu dipisahkan setiap dua rakaat dengan satu salam. Dalam masa yang sama, keadaan dan kemampuan keluarga hendaklah diraikan dalam hal ini.
SOLAT WITIR

• Kemudian setelah selesai solat tarawih secara berjamaah, dirikan lah juga solat witir secara berjemaah. Mengenai tatacara pelaksanannya, rujuk artikel kami Al-Kafi #1393 : Tatacara Solat Witir Yang Afdhal yang boleh dibaca menerusi pautan berikut https://bit.ly/3cForML
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di



“Allah lebih menyayangi umi. Umi saya, Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada jam 10.09 malam tadi.
“Kau terangilah cahaya di dalam kuburnya, sesungguhnya umi ku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat.
Dalam masa sama, Syamel menafikan ibunya dijangkiti Covid-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan ke wad sepanjang kehidupannya.
Al-Fatihah buat Wan Faaizah Karim, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Salam takziah buat Syamel dan keluarga. Moga tabah dengan dugaan ini.








