Rumah tangga yang bahagia boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan sesama pasangan.
1. Perkahwinan bukan untuk kita mencari pasangan yang melengkapkan segala keperluan, makan, minum, pakaian, layan kita macam raja atau permaisuri. Sampai satu masa nanti, kita akan merasa penat dan kecewa, sebab pasangan ini sifatnya saling melengkapi bukan tempat kita mengharapkan itu dan ini.
2. Gambar sanding save dalam beg duit masing-masing. Bila tawar hati, tenung lama-lama gambar tu.. Ingat balik kenangan indah bersama pasangan.
3. Perkahwinan yang sebenar ialah satu perkongsian dan pengorbanan. Tak sempurna takpe yang penting berusaha untuk jadikan hidup rasa sempurna dan bahagia dengan cara kita.
4. Perkahwinan bukan untuk kita menerima sahaja tetapi bersedialah untuk memberi juga.
5. Jangan diungkit segala kekurangan dan kelemahan pasangan kerana lemah dan kurang itu memang fitrah manusia. Selagi namanya manusia, kita juga miliki fitrah yang sama.
6. Bila Allah datangkan bahagia dalam rumahtangga, itu tandanya Allah nak kita ucapkan rasa syukur. Simpan baik-baik kenangan itu dalam dairy kita.. Tidak perlu kita terjemahkan dalam media sosial kerana risau timbulnya rasa riyak.
7. Jangan terlalu mengharapkan fizikal dan kecantikan pasangan kita macam dulu-dulu, kerana kitapun tahu bila pasangan mengharapkan kita begitu, kita jadi buntu.
8. Pandang jauh ke hadapan, berazam untuk bina anak-anak yang hebat, soleh solehah. Berhenti mengikut hawa nafsu kerana di penghujung usiapun dia buat kita seperti mahu hidup seribu tahun.
Ads
Kunci kebahagiaan rumahtangga bukan hanya pada hadiah cincin berlian dan kereta mewah tetapi amalan lain dalam kehidupan.
#1. Menjaga Solat
Semua sudah maklum, solat merupakan tiang agama. Kukuhnya agama, kukuhlah rumah tangga anda, inshaAllah. Tidak kira sesibuk mana anda dan pasangan, pastikan anda menjaga solat anda bersama-sama.
Saling mengingati sekiranya salah seorang daripada anda terleka. Paling baik sekiranya suami berjemaah di surau dan isteri menjaga solat diawal waktu. InshaAllah sekiranya anda dan pasangan menjaga suruhan utama Allah, Allah pasti akan menjaga hubungan anda.perkara kecil kebahagian keluarga, aktivit kebahagian keluarga, kebahagian keluarga, keluarga bahagia
#2. Ucap Terima Kasih Sekurang-kurangnya Sehari Sekali
Anda sering mengucapkan terima kasih pada orang lain walaupun sorang tersebut sekadar memberi anda laluan di kedai runcit yang sempit.
Ucapkan terima kasih pada isteri anda atas hidangan makan malam yang disediakan beliau. Ucapkan terima kasih pada suami anda kerana menghantar anak-anak ke sekolah. Ucapkan terima kasih pada pasangan kerana membasuh sendiri pinggannya sebaik lepas makan.
Ads
Kata-kata penghargaan boleh mengingatkan pasangan anda betapa anda menyayanginya dan dengan mengetahui beliau dikasihi, si dia akan berusaha menjadi yang lebih baik untuk anda.
#3. Berikan Layanan Pada Si Dia Dengan Penuh Hormat Dihadapan Orang Lain
Tidak kira anda menghadiri kenduri, temujanji bersama kawan rapat, menghabiskan masa bersama keluarga di kampung atau menemaninya membeli barang di pasar, layanlah pasangan anda dengan penuh hormat. Pimpin tangannya sewaktu berjalan. Berikan senyuman manis padanya. Letakkan tangan anda di atas bahunya.
4. Belajar Untuk Meminta Sesuatu Dengan Lembut Dan Baik
Anda harap suami anda tidak lupa memasukkan baju kotor dalam bakul? Anda kempunan suatu makanan dan berharap isteri anda memasaknya? Anda mahu suami sama-sama membantu anda didapur?
Pastikan anda bertanya, berbanding menyuruh. Sebagai manusia biasa, kita pasti tidak suka disuruh. Begitu juga pasangan anda. Sebagai contoh, daripada berkata “Maknye, saya nak kopi”
Adalah lebih manis sekiranya anda berkata “Sayang, boleh awak buatkan kopi untuk saya?” Dua ayat yang membawa pada maksud dan hasil yang sama, tetapi ayat kedua kedengaran lebih mudah untuk dipenuhi. Lebih-lebih lagi disaat isteri anda baru lepas pulang dari kerja, penat dan terkial-kial menyediakan makan malam untuk keluarga.
Sebagai contoh lain, daripada berkata “Abang, sidaikan kain”. Adalah lebih manis sekiranya diganti dengan “Abang, boleh saya minta tolong awak sidaikan kain?” Sekiranya anda menjadi orang yang disuruh, mana antara dua ayat ini menjadi pilihan anda untuk melaksanakannya segera?
Ads
#5. Lakukan Sesuatu Untuk Si Dia Sama Seperti Yang Pernah Anda Lakukan Diawal Perkahwinan
Hantar bunga padanya ditempat kerja. Selitkan nota dalam beg kerjanya. Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, singgah ke kedai dan belikan coklat kegemarannya. Peluk si dia sekuatnya semasa dia merajuk. Puji ketampanannya dan penat lelahnya mencari rezeki untuk keluarga. Hantarkan mesej mengucapkan kata-kata rindu sewaktu di pejabat.
Sekali sekala, pergilah “berbulan madu” untuk mengeratkan hubungan. Perbuatan kecil ini bukan sahaja menggembirakan hati pasangan, ia juga boleh mengimbau balik kenangan manis bersama yang menautkan kasih anda padanya.
#6. Berusaha Memperbaiki Diri Menjadi Yang Lebih Baik Setiap Hari
Buktikan cinta anda dengan berusaha memperbaiki tabiat yang biasa anda lakukan, tetapi tidak disenangi pasangan. Sebagai contoh, sekiranya dia mahu anda kekal sihat dan mengempiskan perut, berusaha pergi ke gym atau mengayuh basikal setiap hari. Lebih bagus sekiranya anda melakukan aktiviti tersebut bersamanya.
Sekiranya pasangan anda seorang yang pembersih, hentikan membiarkan stokin kotor bersepah diatas lantai atau lupa memberus gigi setiap malam. Mengucapkan kata-kata sayang selalu ada baiknya, tetapi lebih baik sekiranya kasih sayang itu turut diluahkan dengan perbuatan.
Kacang bendi adalah sayuran ulaman yang sedap dimasakan dalam hidangan kari, agen pemekat dalam sup disebabkan teksturnya yang berlendir. Sayuran ini sememangnya disukai kerana faedah kesihatannya. Ia mengandungi kalium, vitamin B, vitamin C, asid folik, dan kalsium.
Dengan kerap memakan kacang bendi, ia boleh membantu mencegah penyakit buah pinggang. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2005 yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Jilin mendapati bahawa pesakit yang makan kacang bendi setiap hari menunjukan pengurangan tanda-tanda klinikal kerosakan buah pinggang lebih tinggi daripada mereka yang menjalani diet diabetes. Ini sangat membantu kerana separuh daripada kes penyakit buah pinggang berkembang daripada diabetes.
Sekiranya mempunyai kawasan tanah di rumah, bolehlah menanam bendi. Jom semak perkongsian ini yang memberi tip untuk membantu bendi tumbuh subur dan gemuk-gemuk. Moga memberi manfaat kepada yang suka berkebun dan memasak sayur bendi.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Cara saya menggemukkan pokok bendi
1) Longgokkan sisa nasi basi, kerak nasi. Nasi yang saya gunakan ini adalah nasi yang dah 4 hari tak habis. Tak semua pokok sesuai dilonggokkan di perdu, boleh diletakkan agak jauh dari perdu pokok. Contohnya pokok yang mempunyai batang lembut seperti pudina, selom, kangkung.
2. Masukkan apa sahaja sisa yang ada didapur seperti kulit bawang, kulit kentang, sisa sayur. Kecuali bahan berbau seperti kulit ayam, perut ikan.
3. Masukkan sedikit tanah untuk menutupi sisa. Nanti takut diselerakkan oleh tikus, burung gagak.
4. Siram pokok seperti biasa. Gunakan siraman halus supaya tanah tidak dilarikan oleh aliran air. Dah makan nasi, tak minum air- risau tercekik nanti . Sebenarnya bila kita letakkan atau siram apa apa baja, kita perlu siram dengan air secukupnya, prinsip ini tak terguna pakai untuk tanaman hidroponik.
Longgokan sisa nasiMasukan juga kulit bawang.Timbus dengan sedikit tanahSiram seperti biasaInilah bendi yang suka makan ‘nasi’.
Silakan share sekiranya ia memberikan manfaat kepada sahabat kebun. Jimat belanja dapur, jimat belanja kebun…err..boleh la berangan pulut dakap
Selamat berkebun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kecil yang baru sahaja dilahirkan pada tanggal 18 Jun yang lalu di dalam keluarga Encik Azhar Azif disambut dengan penuh kegembiraan oleh seisi keluarga. Namun baru sahaja sebulan usianya, anak kecil ini sudah diuji dengan serangan batuk kokol.
Oleh yang demikian, ayahnya terpanggil untuk berkongsi info dan pengalaman tersebut dan ini perkongsiannya.
Rasa terpanggil ayah nak menceritakan apa yang berlaku kepada Fateh, memandangkan ramai juga yang bertanya, semoga orang lain boleh mendapat manfaatnya.
Nanti bila Fateh dah sihat, dan dah besar boleh tengok balik post ini dengan rasa syukur yang tinggi. Ramai yang mendoakan Fateh, dan paling penting, pengorbanan ibu yang sentiasa menemani Fateh.
Muhammad Fateh yang berumur 1 bulan 10 hari terkena serangan “Batuk Kokol” (dikenali juga sebagai Batuk 100 Hari – mengikut kata doc 2-3 bulan juga sebelum batuk ini reda) satu jenis batuk yang saya sendiri pun tak pernah tahu sebelum ni memandangkan anak-anak yang lain pun tak pernah kena jenis batuk ini.
Saya akan ceritakan secara ringkas apa itu penyakit batuk kokol supaya lebih ramai yang tahu dan faham tentang penyakit ini.
Batuk Kokol atau pun “Whooping Cough” adalah sejenis penyakit disebabkan oleh kuman bakteria “Bordetella Pertussis” yang dijangkiti melalui udara daripada orang lain.
Sama ada dijangkiti dari ibu bapa sendiri atau adik beradik (jauhkan baby dari mereka jika ada yang sakit demam, selsema atau batuk) atau orang ramai yang kita tidak tahu dari siapa puncanya. Jadi elakkan baby yang berumur 5 bulan kebawah berada ditempat orang ramai seperti dalam shopping mall, pasar malam, atau majlis-majlis yang melibatkan ramai orang).
Juga dinasihatkan bagi baby yang berumur dibawah 21 hari, jangan dibawa keluar rumah.
Tanda – Tanda Ringan
• Demam
• Selsema
• Bersin
• Batuk yang panjang
Selepas batuk yang berpanjangan ini berlaku, ia boleh menyebabkan baby:-
• Muntah
• Sukar Bernafas/ terhenti nafas seperti Fateh
• Sianosis (Kebiru-biruan pada mulut, tangan dan kaki)
Sebaik – baiknya jika telah nampak tanda – tanda ringan, bawalah anak ke klinik/hospital yang berhampiran. Dalam kes Fateh, kami bawa Fateh ke klinik yang berhampiran sebanyak 2 kali (Fateh diberikan gas/Nab) namun kegagalan pihak klinik mengesan sakit yang dialami oleh Fateh, menyebabkan Fateh menghadapi kesukaran bernafas, sehingga terhenti nafas (apabila wife tepuk-tepuk belakangnya baru lah baby bernafas semula, syukur Ya Allah) yang menyebabkan kami berkejar ke hospital.
Saya tidak menyalahkan seratus peratus kepada pihak klinik (walaupun sepatutnya mereka lebih tahu dan menasihati kami untuk ke hospital lebih awal), namun kami menyalahkan diri kami juga kerana sebagai ibu bapa, kita juga perlu tahu penyakit – penyakit yang berbahaya untuk anak – anak kita supaya kita lebih waspada dan bersedia.
Akibat – akibat serius yang akan berlaku jika lambat dirawat ialah :-
• Radang paru – paru
• Kurang bekalan oksigen ke otak yang boleh menyebabkan sawan, fungsi otak tidak normal dan boleh juga menyebabkan kematian.
Semasa saya menulis ini, Fateh masih lagi dalam rawatan (dah 6 hari masuk ICU) dan bergantung penuh dengan alat bantuan pernafasan, masih lagi batuk – batuk yang panjang dan telah diberikan antibiotik secara berperingkat.
Saya izinkan post ini dikongsikan, nak tag saudara mara atau rakan – rakan yang disayangi, kerana penting kita ada pengetahuan ini bukan sahaja untuk mereka yang ada baby tetapi juga kepada semua orang, supaya berwaspada nak mengunjungi orang yang ada baby, supaya tak mudah kecil hati dan faham jika kenapa orang lain tak benarkan kita mendekati baby mereka.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada orang lain juga dan mohon doakan Fateh agar cepat sembuh dari penyakit ini.
Pencuci mulut seperti puding memang sedap dijamah ketika waktu cuaca panas terutama sekali waktu berbuka puasa.
Apa kata, cuba resepi puding oreo yang terasa sungguh sedap di tekak. Yang menariknya resepi puding oreo ini, ianya menggunakan gula batu.
Apa fungsi gula batu dalam puding ?
Ini untuk mengelakkan puding berair bila dah keras. Bila guna gula batu, bentuk puding sentiasa cantik dan tidak ada air disekeliling puding. Tapi kalau anda susah nak dapat, boleh je tak perlu masukkan. Tiada masalah.
Selain dari itu , untuk dapatkan rasa puding oreo yang sedap, sangat digalakkan anda guna agar-agar tali. Sebelum dilarutkan basuh bersih dan boleh rendam dalam air biasa sekitar 30-40 minit. Memang lain sangat beza rasa puding bila gunakan agar-agar bertali dengan serbuk agar-agar.
Yang mana pilihan anda setakat ni ?
Bahan Resepi Puding Oreo Sedap :
20 gram agar-agar bertali
1200 ml air masak
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat – puding anda manis-manis buah.Jika mahu manis boleh tambahkan.
2 pek biskut Oreo atau boleh dicampur dengan pelbagai jenama
4@5 ketul gula batu sekitar 20 gram
Cara Penyediaan Resepi Puding Oreo Lazat :
#1: Basuhkan agar-agar bertali tadi dan rendam 30-40 minit.Bila dah sampai tempoh masa,toskan.Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan agar-agar tali tadi dan kacau larut. Bila dah larut baru masukkan gula batu dan biarkan ianya larut pula.
Semua bahan dah sebati, boleh lah tambahkan susu pekat manis,susu cair dan biarkan larut elok. Tutup api.
#2: Nak lagi cantik, tapis masuk ke dalam bekas acuan pilihan dan mula patahkan biskut oreo kepada 4 bahagian.Nak masukkan sekali dengan krim pun tiada masalah, Susun atur ikut citarasa anda.
Biarkan sejuk seketika di luar dalam anggaran 15-20 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais sekitar 2-3 jam. Dah boleh dikeluarkan dan dimakan. Potong pula dengan pisang pemotong yang bergerigi tu.