Ibu bapa mana yang tak risau apabila mendapati terdapat jangkitan pada anggota badan anak.

Lebih merisaukan apabila jangkitan itu menyebabkan anak tidak selesa termasuk menggaru, luka atau masalah kulit yang lain. Lebih membimbangkan jika jangkitan itu pada sekitar muka anak. Ia termasuk jangkitan yang dikenali sebagai impetigo.

Ikuti info bagaimana masalah jangkitan kulit impetigo berlaku dan cara atasinya. Ikuti informasi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad 

Ini Bahayanya Impetigo Pada Anak. Kena Alert.


Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.
.
Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan. Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

BAGAIMANA IMPETIGO BOLEH BERJANGKIT?

IKLAN

1. Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.
2. Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain.

KOMPLIKASI IMPETIGO

Ini Bahayanya Impetigo Pada Anak. Kena Alert.

Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami :

IKLAN

• Demam / Sepsis
• Cellulitis
• Osteomyelitis
• Kadang-kala jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.
• Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

Ini Bahayanya Impetigo Pada Anak. Kena Alert.

Sekiranya anak anda mengalami impetigo, bawalah anak anda berjumpa doktor. Rawatan dengan ubat sapu dan antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk.

IKLAN

 

Selain itu anda juga boleh basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari dan juga harus menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.

BAGAIMANAKAH JANGKITAN INI DAPAT DIELAK?

Ini Bahayanya Impetigo Pada Anak. Kena Alert.

• Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh
• Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar
• Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti
• Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih
• Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor
.
#HealthDrZubaidi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI