Bagi yang sudah biasa membeli Churros di kedai, pastinya tahu harga agak ‘kayangan’ untuk satu pek.
Ia memang enak dimakan sebagai kudapan. Lembut, rangup dapat pulak dicecah dengan sos coklat memang makin sedap.
Malah kudapan ini dikatakan berasal dari Sepanyol. Bentuk churros ni seakan-akan cakoi tapi rasanya lebih kepada rasa cream puff.
Jadi, bagi peminat Churros, apa buat aje sendiri di rumah. Tak cuba tak tahukan rasanya. Apa yang pasti bahan-bahan untuk membuatnya sangat simple dan mudah. Malah melihat bahan-bahannya kos untuk penyedian makanan ini tidak sampai RM10 pun berbanding jika dibeli dikedai. Lebih berbaloi, satu famili bolet makan!
Ikuti lanjut resipi ini.
Bahan-bahan
1/4 cawan planta
1 cawan air
Sedikit garam
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
Esen vanila
Gula kastor
Serbuk kulit kayu manis (tak nak pun takpe)
Cara penyediaan:
Masukkan air 1 cawan, planta 1/4 cawan, sedikit garam, gula kastor 2 sudu besar
Tutup api bila dah mendidih
Masuk 1 cawan tepung
Kacau2 sampai jadi doh dan biarkan sejuk 5-10 minit
Masukkan 2 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanila
Kacau sampai jadi macam ni.kena sabar sikit untuk nak jadi tekstur macam ni
Masuk dlm piping bag.kalau takde, boleh guna plastik biasa
Goreng hingga kuning keemasan
Yg ni optional. Gula kastor + serbuk kulit kayu manis @ gula kastor sahaja @ coklat cair
Pasti ada antara ibu-ibu yang fikir banyak kali jika mahu buat pastri Cream Puff ni kerana beranggapan resipi ini susah. Namun sebenarnya, resipi yang dikongsi ni memang mudah dan dijamin menjadi.
Jom cuba resipi yang dikongsikan puan Afina Esa lengkap dengan tip dan teknik bagi memudahkan ibu-ibu.
Genaplah 1 tahun 4 bulan niaga creampuff aiskrim.. Nak share resepi sepak terajang buat creampuff n creamhorn dari Sept 2018 hinggalah ke penghujung tahun 2019 ni.. Yg sakit yang perit simpan kemas2 buat kenangan. . Dari creampuff inti kastad biasa hingga creampuff inti aiskrim. Dari CREAMHORN HANGIT RENTUNG sampai jadi CREAMHORN RANGUP CRISPY.. Alhamdulillah, customer repeat selalu… . Harini share resepi utk CREAMPUFF AISKRIM dlu yer.. next time share CREAMHORN pulak. Chorn payah n rumit nk buat. Seharian dr pagi sampai petang mengadap dia jer kalau order beratus2. Hihi.. Chorn tak dinafikan memang kegemaran ramaiii.. . Dah lama stop jual CREAMHORN sbb xmampu nak hadap. Hehehe..
×××××××××××××××× KULIT CREAMPUFF
××××××××××××××××
300gm air
100 gm majerin
150 gm tepung gandum
5 bj telur C
.
1. Didihkan air dan majerin. Dah gelegak.. perlahankan api.. masuk tepung kacau hingga jadi bentuk bebola dan xmelekat pd periuk/kuali.
2. Tutup api biarkan sejuk dalam setengah jam. Masuk telur dan putar guna mixer sampai berkilat. Adunan xterlalu cair xterlalu kental.
3. Paipkan atas dulang yg telah digriskan. Bakar suhu 200-230 ikut cekadak oven masing2 selama 25 minit atau buih2 pd creampuff tak lagi kelihatan. ( TEKNIK NI PENTING SUPAYA CREAMPUFF TAK KEMPIS SETELAH DIKELUARKAN DARI OVEN)
.
××××××××××× INTI AISKRIM
××××××××××× *sy panggil aiskrim sebab rasa mcm aiskrim inti tu..
400 gm susu full krim
100 gm gula
50 gm tepung kastad
2 bj telur C
300 gm non dairy whipping krim – putar hingga sederhana kental/medium peak
1. Didihkan SUSU atas api sederhana kuat. Dalam bekas lain, satukan TEPUNG dan GULA. Gaul rata guna whisk. Masukkan TELUR. Gaul sebati.
2. Ambil 5 senduk susu yg sedang didihkan atas api, masukkan kedalam adunan telur dan tepung. Gaul rata.
3. Setelah susu mendidih kecil dan keluarkan wap, masukkan adunan telur,tepung dan susu tadi. Sentiasa kacau hingga jadi kental dan berkilat. PART NI PALING TRICKY. Xboleh tinggal kena kacau sentiasa utk elak kastad jadi hangus dan berketul2. Dah siap tutup api.
4. Terus ambil plastik wrap dan letakkanu atas permukaan kastad. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian masuk peti sejuk biasa. BUKAN SEJUK BEKU. Sejukkan semalaman.
5. Pagi esoknya dah boleh keluarkan dari peti. Pukul guna mixer utk haluskan kastad. Kemudian campurkan bersama whipping krim yg telah dipukul SEDERHANA KENTAL.
6. Mix kan kastad dan non dairy whipping krim hingga BETUL2 KENTAL (STIFF PEAK) dan masukkan ke dalam piping bag. Simpan dalam peti 2,3 jam dan siap utk digunakan. Isikan kedalam kulit creampuff dan taburkan dusting sugar. Siap!!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila sanak saudara berkumpul di kampung untuk menyambut hari raya, tentu pelbagai menu cadangan menu untuk berbuka puasa. Antaranya roti cakoi. Apa kata cuba resepi ni untuk hidangan berbuka puasa.
Resepi Kuih Cakoi Lembut Gebu
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar minyak mazola
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan Kuih Cakoi
Pertama , dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan . Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehinggan sebati terlebih dahulu.
Kedua , pindahkan aduanan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh. Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.
Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.
Ketiga , selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1cm tebal dan panjang 2 cm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
Keempat , apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
Siap dah kuih cakoi. Memang sangat gebu dan best rasanya taw.
Sumber: FB Resepi Memikat Suami
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.