Resipi nasi ulam Terengganu, menu sedap dan sihat waktu berbuka. Nasi ulam Terengganu adalah hidangan tradisional yang terdiri daripada nasi putih yang dicampur dengan pelbagai jenis ulam segar dan ramuan lain yang memberikan rasa unik dan aroma yang wangi.
Yang pasti nasi ulam antara menu yang memang dicari-cari terutama ketika bulan Ramadan. Ayuh kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli ini.
BAHAN A: ULAM
Daun kunyit
Daun Selon
Daun cekur
Daun pegaga
Pucuk tenggek burung
Pucuk putat
Pucuk jambu golok
Pucuk ulam raja
Daun kesum
Daun selasih
Daun kemangin
Bunga kantan
Serai
Pucuk pegaga
Kacang botol
Cili padi
*semua bahan di atas dimayang atau dihiris halus
BAHAN B:
5 biji bawang merah
3 sudu besar lada hitam
3 ekor ikan selayang (dibakar)
2 ekor ikan kering (digoreng)
*semua bahan B ditumbuk.
BAHAN C:
2 cawan nasi ( dimasak kering sedikit)
Garam dan gula
Perasa
1 sudu besar kerisik
1/2 biji kelapa parut
1 biji limau nipis
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kelapa bagi kering sedikit.
2. Masukkan bahan B. Gaul rata.
3. Masukkan kerisik, garam gula dan perasa.
4. Apabila agak-agak sebati, tutup api.
5. Kemudian bolehlah dicampurkan dengan nasi, ulam-ulaman dan kelapa bersama bahan B tadi.
6.Gaul rata dan sebatikan. Siap.
Bolehlah makan dengan telur masin dan keropok keping atau apa-apa lauk kegemaran.
Sekarang ni tak kira lah tengok di media sosial ke, keluar jalan-jalan pergi mana-mana ke, mesti akan nampak makanan berasaskan atau berperisakan dengan cheese. Betul tak?
Ada sesetengah orang dah naik jemu asyik-asyik cheese, itu ini pun nak letak cheese naik hairan dibuatnya! Tapi tidak bagi penggemar cheese itu sendiri tau. Kalau boleh nak rasa je semua makanan tu!
Chuollss mesti pernah jumpa sos cheesy yang selalunya orang jual bersama ayam goreng atau burger? Kepekatan sos tu sahaja pun dah boleh jadikan makanan yang kita nak beli tu automatik jadi sedap, kan?!
Selalu berangan je la kalau boleh buat sendiri kan senang, tak payah nak mencari kat kedai dah. Haaa tak payah risau, resipi dari Wan Fajulia penyelamat anda semua! Buat sendiri je sosnya, lagi jimat, dan semestinya sedap. Jom cuba!
Tak payah lah beli serbuk cheese yang dah siap tu, baik buat sendiri je, puas hati.😋
RESIPI SOS CHEESE
Ok ni bahan2nya
Butter 1/2 ketol
Susu cair 1/2 tin
Tpg gandum 1sudu besar, bancuh dgn ckit air
Cheese 4 keping
1sudu kecik serbuk lada hitam
Pewarna kuning
1 ketol Kuib ayam
Garam
Cara2nya…
Cairkan butter,pastu masukkan susu cair,tepung gaul rata,kmudian masukkan cheese,kacau lagi pastu masukkan serbuk lada hitam,kuib ayam,garam dan pewarna,kacau sebati..boleh tambah air kalo pekat.
Tentunya bila mendapat tahu harga ikan dipasaran turun, petikan berita ini cukup mengujakan oleh kita sebagai pengguna. Ini sebagai mana yang dipaparkan di akhbar Sinar Harian, bilamana adanya lambakan ikan kembung dan cencaru yang mengakibatkan harga ikan dijual murah daripada biasa.
SEKINCHAN – Harga ikan kembung dan cencaru turun mendadak sehingga RM2.50 sekilogram bergantung kepada saiz di Pasar Awam Sekinchan di sini sejak seminggu lalu. Seorang peniaga, Heng Nok Koo, 55, berkata, harga ikan kembung misalnya hanya dijual antara RM2.50 sekilogram hingga RM4 sekilogram.
Menurutnya perubahan monsun menyebabkan berlakunya lambakan ikan di pasar awam berkenaan.
“Saya jarang menjual ikan kembung dan cencaru pada harga jauh lebih murah kerana harga biasa mencecah sehingga RM12 sekilogram.
“Harga ikan yang jauh lebih murah ini dijangka berterusan sehingga minggu depan,” katanya kepada Sinar Harian.
Nok Koo berkata, dia yang memulakan operasi perniagaan dari jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam mengakui hasil jualannya meningkat sekali ganda.
“Jika harga ikan murah saya mampu menjual lebih satu tan metrik ikan berbanding 500 kilogram ikan sehari jika harga ikan tinggi,” katanya.
Seorang pelanggan, Nurul Azlina Hamzah, 41, berkata, dia sanggup datang sejauh kira-kira 30 kilometer ke Sekinchan semata-mata ingin membeli ikan pada harga murah.
Nurul Azlina dari Kampung Teluk Penyamun Kuala Selangor berkata, dia turut menerima tempahan rakan yang mengirim wang membeli ikan terbabit dalam kuantiti banyak.
“Saya memang tak sangka harga ikan yang dijual empat atau lima kali ganda lebih murah berbanding harga kembung yang biasa dijual RM12 sekilogram dan ikan cencaru RM10 sekilogram,” katanya.
Seorang pelanggan, Abu Hasan Omar, 67, berkata, penurunan harga ikan itu mengurangkan beban pembeli yang berdepan kenaikan harga barangan keperluan lain.
“Setahu saya harga ini paling rendah sepanjang tahun ini dan ini secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan,” katanya.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...