Bagi peminat makanan jenis dessert, pasti tidak akan menolak kalau dihidangkan puding karamel apatah lagi kalau ketika itu dihidangkan dalam keadaan pencuci mulut itu sejuk. Kan? Mungkin sesetengah orang boleh terima kewujudan telur yang ada dalam puding tersebut. Tetapi tidak bagi yang tak gemar dengan hanyir telur.

Haaaa yang mana nak makan puding karamel tapi tak suka bau telur tu, boleh cuba resipi ni! Tak guna langsung ye telur, malah bukan itu sahaja. Tak payah susah-susah nak kukus tau! Hebat kan? Haaa jom semak macam mana cara nak buatnya!

RESIPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR & TAK PERLU KUKUS

Bahan-bahan untuk gula karamel:

5 sudu besar gula

Bahan untuk puding:

1 paket agar-agar (10g)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
4 mug air
2-3 titis stevia (resepi asal guna 3/4 cawan gula)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

Puding Karamel Terpaling Mudah Tak Guna Telur. Kukus Pun Tak Perlu!

IKLAN

Cara untuk gula karamel:

1. Panaskan gula dalam loyang atas api perlahan hingga gula jadi keperangan.

2. Goyangkan loyang supaya gula caramel tadi sekata di sekeliling loyang. Ketepikan. (loyang saiz 8 inci).

Cara untuk buat puding:

IKLAN

1. Satukan semua bahan untuk puding dalam periuk.

2. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana guna whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul tau.

3. Kacau hingga adunan mendidih dan sedikit pekat.

Puding Karamel Terpaling Mudah Tak Guna Telur. Kukus Pun Tak Perlu!

IKLAN

4. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.

5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam sebelum dimakan.

Selamat mencuba!

Puding Karamel Terpaling Mudah Tak Guna Telur. Kukus Pun Tak Perlu!

Tips:
Masa masak bahan puding, guna periuk yang tebal dan kacau selalu atas api perlahan supaya adunan tak mudah hangus kat bahagian bawah dan tak berketul.

Kalau tak nak letak gula langsung untuk bancuhan puding pun boleh sebab karamel tu dah cukup manis. Boleh juga guna gula stevia sebagai pengganti gula.

Sumber : Marina Ismail

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI