Bercerita tentang hidangan daging korban, jika dimasak sup alangkah sedap rasanya. Olahan rempah ratus terpilih pelengkap rasa, dan disempurnakan bersama hirisan daun sup menyempurnakan rasa.
Namun andai tersalah masuk bahan, terbeli daun ketumbar umpamanya pasti lainlain pula jadinya.
Untuk tidak terjadi perkara sedemikian, ayuh kenali perbezaan antara keduannya sebagaimana yang dikongsikan ini.
kanapa bau lain macam je sup aku ni? Alahai, terbeli daun ketumbar rupanya. Tapi memang dua-dua nampak sama je, tak perasan langsung!”
Sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, adalah sedikit perbezaan antara daun sup dengan daun ketumbar ni. Jadi kalau nak elak tersalah beli, jom kita sama-sama ketahui apa ciri yang dapat membezakan kedua-dua jenis daun ini.
5 PERBEZAAN ANTARA DAUN SUP DENGAN DAUN KETUMBAR
1. NAMA / LABEL DI PASAR RAYA
Daun Sup : Juga dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery
Ads
Daun Ketumbar : Juga dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro
2. AKAR
Daun Sup : Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut.
Daun Ketumbar : Daun ketumbar pula akarnya bersaiz lebih besar dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.
3. BATANG & DAUN
Ads
Daun Sup : Batangnya lebih panjang dan daunnya lebih lebar tetapi agak jarang-jarang.
Daun Ketumbar : Batangnya agak pendek dan saiz daunnya lebih kecil dan agak rimbun atau rendang pokoknya.
4. BAU
Daun Sup : Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild. Macam bau sup Melayulah lebih kurang.
Daun Ketumbar : Kalau daun ketumbar pula, baunya lebih kuat dan tajam. Malah, baunya yang seakan-akan bau sabun atau bau kumbang.
Daun Sup : Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.
Daun Ketumbar : Rasa daun ketumbar agak kuat dan ia seunik baunya juga. Ia mungkin kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.
MACAM MANA, DAH DAPAT BEZAKAN SEKARANG?
Memang keliru kalau kita jarang membelek dan menggunakan kedua-dua jenis bahan ini dalam masakan. Mungkin dengan info ini lain kali anda dah mampu membezakan antara daun sup dan daun ketumbar. Jadi, taklah tersilap beli kan?
Putus haid atau menapous sering mengganggu emosi seorang wanita bergelar isteri. Rasa ketidakyakinan pada diri sendiri sering menghantui emosi setiap hari. Apa lagi jika tiadanya sokongan daripada suami dan anak-anak. Hati seorang ibu mudah rapuh dan sensitif dalam banyak perkara.
Akibat gagal untuk menguruskan emosi ini, ada wanita yang putus haid mengalami kemurungan yang serius. Nasihat dan pesanan daripada Prof. Dr Hamid Arshat ini patut kita sampaikan pada ibu-ibu kita. Baca dan tambahkan ilmu supaya kita dapat beri sokongan padu dan kasih sayang buat ibu tercinta.
Apakah gejala atau gangguan selepas berlaku putus haid itu?
Selepas putus haid tiada lagi hormone estrogen daripada ovari tetapi masih ada juga sedikit pengeluaran estrogen daripada lemak dan kilang adrenal. Zaman dulu ketika nenek moyang kita mengalami putus haid , jarang mereka mengalami gangguan melainkan sedikit kepanasan badan , sering berpeluh ,sukar untuk tidur dan gangguan emosi . Tetapi gejala-gejala tersebut akan lesap dengan sendirinya setelah beberapa ketika dan mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan normal.
Dalam zaman moden ini, minda wanita sering dalam keadaan tertekan (stress) dan juga tertekan emosi dan rohani. Oleh itu, apabila berlaku menopos dengan kekurangan estrogen tadi, mereka akan mengalami beberapa gejala.
1. Hot flushes.
Panas badan yang susah dikawal walaupun dengan menggunakan hawa dingin. Sukar untuknya menyejukkan badan. Ini boleh mengganggu keselesaan dan menyebabkan sukar untuk tidur. Kekurangan estrogen mengganggu pusat kawalan suhu badan dalam otak.
2. Gangguan emosi.
Ketandusan estrogen juga bolih mengganggu pusat kawalan emosi diotak tengah. Akibatnya wanita putus haid mengalami gangguan emosi seperti kesedihan, moody ataupun mudah marah, mudah tersinggung, kadang-kadang terasa sangat sedih sehingga menjauhkan diri; malah ada juga yang sampai ke tahap psychotic , meracau hendak bunuh diri. Itu kes estreem yang jarang berlaku.
3. Ketuan. Ketandusan hormone estrogen boleh mempercepatkan proses penuaan (Ageing Process) .Hormone estrogen memainkan peranan penting dalam percambahan sel-sel dan keutuhan tisu untuk organ dalam badan khususnya connective tissue saperti kolejen, yang menjaga keutuhan dan kestabilan organ.
Kesan yang ketara sekali dari peroses ketuaan ialah perubahan pada kulit; yang munkin mengalami kedutan dan kekenduran akibat connective tisyu yang lemah.
Rambut mula menjadi putih dan berguguran.
Pada keseluruhan organ2 lain juga menjadi semakin lemah fungsi mereka khususnya otak, jantung, buah pinggan dan liver. Gangguan fungsi otak saperti hilang ingatan dan daya pemikiran bolih berlaku dalam umor tujuh puluhan ekoran dari pengurangan sel2 neuron dalam otak.
4. Kekenduran peranakkan.
Gangguan pada percambahan sel2 khususnya yang melibatkan connective tisyu yang berasaska kolegen akan menyebabkan faraj, rahim dan payudara mengalami pengecutan atau atrophy. Saluran faraj menjadi kering dan kekurangan lendir pelincir.
Dinding faraj mudah melentur , menimbulkan cystocele, dan kesannya hilang kawalan kencing. Bila terbatuk atau bersin, ia tidak dapat kawal pundi kencing dan terus mengeluarkan sedikit air kencing.
Ini digelar stress incontinence dan bolih mengganggu amal ibadah sebab membatalkan wuduk. Ada setengah wanita mengalami masalah rahim prolapse, digelar ‘tombong’, rahim terkeluar dari saluran faraj. Kaedaan ini mengganggu keselesaan dan juga hubungan kelamin.
5. Sakit sendi dan osteoporosis.
Ketandusan estrogen mengirangkan penyerapan logam kalsium, kesan jangka panjang ialah osteoporosis, kereputan tulang. Warga emas sering mengalami patah tulang pada gelang tangan (wrist), tulang peha (femur). Osteoporosis bolih melibatkan mana2 tulang dalam tubuh badan.
Sakit sendi khususnya lutut akibat osteoarthritis juga dialami. Cartilage sendi jadi nipis dan cecair sendi berkurangan mengakibatkan kesakitan ketika berdiri dan berjalan, perlu guna kerusi untuk solat duduk.
6. Risiko serangan jantung dan angin akhmar.
Risiko serangan penyakit jantung dan angin akhmar (stroke) meningkat 10 tahun lepas putus haid. Keutuhan saluran darah ke organ2 penting, otak dan jantung mula terganggu dan bolih pecah akibat tekanan darah tinggi. Perdarahan (hemorrhage) dalam otak menyebabkan stroke.
Kaedah-kaedah mengatasi gejala-gelaja putus haid.
1. Kuat iman dan yakin diri.
Sangat penting bagi setiap wanita apabila mencapai keumor 50an telah mantap imannya dan yakin dirinya ( self esteem) agar dapat menangani gangguan emosi dan rohani ketika berlaku putus haid. Allah beri peluang untuk meningkatkan amal ibadah degan ketiadaan haid. Berfikir positif sentiasa, katakan kepada diri ‘ aku sihat, aku cantik, aku sayangkan diriku’. Kata-kata saperti ini akan beri sengamat untuk kita terus hidup sihat dan bahagia.
2. Sokongan ahli-ahli keluarga dan rakan.
Sokongan moral dan spiritual dari suami dan anak-anak sangat penting untuk mengatasi kemurungan dan kesedihan yang munkin timbul. Anak-anak perlu sering menghubungi melalui talipon dan menziarahinya. Tingkatkan pergaulan dan kemesraan dengan kawan-kawan lama sekolah, sekerja dan seqariah masjid.
3. Pemakanan seimbang, berkhasiat dan berzat.
Amalkan memakan bahan2 yang berkhasiat dan berzat serta dari bahan2 mentah dan segar, buah2, sayur2 hijau ; sawi , bayam, broccoli dan ulam-ulam. Tentukan jenis-jenis makanan karbohaidret, lemak dan perotin adalah seimbang. Kurangkan gula dan lemak-lemak haiwan. Jauhkan kegemukkan yang mungkin menyebabkan kencing manis dan darah tinggi.
4. Exercise dan physiotherapy.
Exercise selama 30 – 60 minit stetiap hari, berjalan, jogging, menonggang basikal, treadmill atau gym memberi banyak menfaat kepada kesihatan fizikal, mental dan rohani. Exercise menguatkan otot2 dan sendi, menguatkan jantung dan fungsi paru2, mengurangkan tekanan mental (stress) dan jiwa, meningkatkan keceriaan dan keriangan ekoran dari pengeluaran endorphins dari otak.
Pelvic floor dan Kegel exercise membantu menguatkan otot2 rahim, mencegah prolapse rahim dan kuatkan kawalan kencing, kawal stress incontinence, disamping menghasilkan lebih kepuasan hubungan kelamin.
5. Supplement vitamin dan logam.
Penting setiap wanita yang telah putus haid mengamalkan makan supplement dari multivitamin dan logam kerana seringkali bekalan bahan-bahan tersebut dalam makanan seharian munkin tidak mencukupi, lagi pun sistem penyerapan dalam usus munkin tidak berfungsi sepenuhnya.
Terdapat berbagai-bagai jenama multivitamin dipasaran diantaranya obimin, prenavit, iberet, proviton dan lain2, kandungan utama ialah vitamin B. Vitamin C dalam dose satu gram dan vitamin E 400 IU , logam kalsium dalam 400 mg setiap hari dapat membantu mengurangkan kesan2 dan gejala menopos.
Pengamilan extra virgin oil sebanyak satu sudu besar, minyak kelapa dara sebanyak satu sudu kecil setiap hari bolih bantu melindungi kesihatan dan fungsi otak, disamping mencegah masalah dementia dan alzheimer.
Minyak habbatus sauda sebanyak satu sudu kecil setiap hari juga bolih bantu meningkatkan kekebalan badan (immunity). Biji anggur (grape seeds) , sumber antioxidant, resvereterol, dua kapsiul setiap hari bolih bantu lindungi kesihatan jantung dan otak.
6. Pembedahan.
Pembedahan dilakukan jika ada gangguan dalam peranakkan dan sistem perkencingan. Munkin perlu bedah buang rahim; vaginal hysterectomy atau pelvic floor repar ( PFR). Disamping itu pembedahan tersebut bolih meningkatkan nikmat hubungan kelamin. Jika masalah osteoarthritis pada lutut menyebabkan kesakitan terok, munkin perlu bedah ‘ knee replacement.
7.Hormone replacement therapy (HRT)
Esterogen sering dikatakan hormon penyeri paras dan bentuk tubuh badan wanita, ia penting mengkekalkan kecantikan dan seterusnya berperanan dalam usaha kekal ‘awet muda’. Ia juga banyak digunakan dalam produk2 kecantikkan dan sering didapati dari uri.
Estrogen krim juga ada dipasaran untuk pelbagai kegunaan, ada yang menggunakan sebagai pembesar payudara, ada juga yang digunakan untuk mengatasi kekeringan pada faraj yang kadang kala dialami wanita putus haid.
HRT atau hormon estrogen gantian banyak digunakan olih ramai wanita pada zaman sekarang. Tujuan utama ialah untuk mengatasi gejala2 menopos yang disebut diatas, disamping mengkekalkan kecantikkan, paras rupa serta melambatkan peroses ketuan.
Banyak jenama produk estrogen dipasaran, diantaranya ialah premarin yang hanya mengandungi estrogen sahaja. Ada juga produk yang mengandung estrogen dan progesterone, tetapi ia akan menyebabkan keluaran haid setiap bulan, saperti pil perancang. Biasanya dos hormon2 tersebut amat rendah, walau demikian pengguna perlu mendapat nasihat dan pemeriksaan dari pakar gyne sebelum makan. Jika ada tumbuhan saperti fibroid dalam rahim dan payudara, juga lain-lain penyakit saperti darah tinggi atau penyakit jantung dan kanser, lebih baik jauhkan dari makan hormon gantian.
Berapa lama perlu makan hormon gantian?. Sebenarnya tiada had, alhamdulillah isteri saya pun makan premarin, sudah melebihi 20 tahun, tetapi sekarang hanya makan selang hari, ada kala dua kali dalam seminggu.
Yang penting ialah pemantauan dari doktor pakar, dengan melakukan pemeriksaan ultrasound scanning dan pap smear pada organ peranakkan, juga pemeriksaan payudara untuk mengesan ketulan. Sebaiknya juga buat ujian darah komprehensif untuk mengesan apa2 penyakit dipetingkat biokimia setiap tahun sekali. Jika dikesan sesuatu masalah , pembetulan bolih dilakukan dengan kaedah dan kawalan pemakanan, exercise dan physiotherapy, detoxifikasi atau dengan ubat-ubat khusus.
Selain kegunaan hormon estrogen gantian, ada juga produk herbal yang khusus bolih mengawal gangguan saperti panas dan ketidak selesaan badan, gangguan emosi dan sukar tidur. Produk ini digelar ‘Remifemin’, yang perlu dimakan setiap hari, ia sering diberikan kepada mereka yang ada penyakit-penyakit yang tidak membolihkan guna hormon estrogen.
Rumusan
Putus haid adalah satu peroses physiology, ia bukan penyakit. Oleh itu berwaspada sebelum mengambil hormon estrogen gantian. Dapatkan perundingan dari doktor pakar gyne anda, semoga kesihatan dan keserian anda terus kekal demi untuk keharmonian hubungan suami isteri.
Gambar isteri saya. Sudah lama menopause tapi masih minat hiasan pearls of Hyderebad.
Kredit: Prof. Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Antara juadah minum petang atau sarapan yang menjadi permintaan ramai sudah semestinya, cekodok pisang. Bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak malah orang dewasa pun boleh habiskan berpinggan-pinggan cekodok pisang ini. Namun, apakah ‘rahsia’ cara buat cekodok pisang rangup dan kurang berminyak?
Ada orang cakap kalau kurang berminyak, cekodok pisang akan jadi keras, tetapi tidak apabila anda menggunakan petua yang dikongsikan ini. Jom kita cuba!
CARA BUAT CEKODOK PISANG RANGUP, JIMAT MINYAK
Bahan-bahan
-5 biji pisang besar-besar
-2 sudu besar majerin
-5 sudu besar gula pasir (boleh kurangkan ikut citarasa)
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil garam
*Semua bahan-bahan ni dilenyek sebati
Tujuan letak majerin untuk merangupkan tekstur luaran kulitnya bila digoreng dan dia merupakan guard supaya minyak tak diserap ke dalam isi dan pastinya akan ada kelainan rasa dalam jemput-jemput pisang tu…
Dah lenyek dengan sebati, masukkan:
-2 cawan tepung gandum
-Gaul saja bagi sebati dengan pisang yang dilenyek
-TAK PERLU LETAK AIR
-Rehatkan dia kejap dalam 10-15 minit
Lepas tu boleh la goreng macam goreng cokodok biasa dengan api sedang-sedang slow ya. Kalau guna api kuat, confirm hangit dan tak masak dalamnya.
*Terliur bukan tengok kegebuan cekodok pisang ini? Lagi puas makan sebab kurang berminyak!
Sumber: Cik Pooja
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Life begin at 40… Mungkin anda pernah mendengar ungkapan tersebut. Ada sesetengah orang beranggapan usia matang seseorang adalah ketika 40 tahun. Mungkin usia sebegini sudah biasa dengan asam garam kehidupan. Mungkin rasa segalanya sudah cukup ketika ini. Tetapi mungkin ada yang masih belum bertemu apa yang dicari dalam bidup ini.
Itu yang dikongsikan oleh Bonda Rozita menerusi catatannya di laman Instagramnya.
” MENCARI JIWA YANG HILANG. DAN MENCARI CINTA MANUSIA TERUS SAYA SAKIT
Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Bonda Rozita berkata:
Masa umur saya 40 saya decide nak settle distinasi life ni nak pilih arah ke mana, rumah ada ..kerja ada ..anak2 dah cukup .Cuma saya tak rasa bahagia pun walau semua serba ada..Setelah 40 tahun saya mencari.. Tak jumpa2 ..Ingatkan dah ada banglo ..berduit akan bahagia ..saya meronta nak sangat rasa happy..saya jumpa bila..??
Jangan malu untuk mengakui kesilapan sendiri dan itu yang dilakukan oleh bonda kepada Dato’ Aliff Syukri. Tidak segan menceritakan aib sendiri demi membimbing dan mahukan orang lain mengambil pengajaran daripada kisah dirinya.
“Saya tanya Guru yang saya hormati Uztaz Dasuki. Soalan saya ” akak tak bahagia uztaz bagaimana saya nak bahagia. Terasa panas dan sakit sangat dada saya..Saya tak jahat uztaz , saya solat dan jalankan tanggung jawab sebagai muslim ..Saya isteri yang baik dan rajin..bla bla bla saya adu padanya ”
“Kata ustaz Dasuki mungkin solat dan wuduk akak tak betul ..Akak belajar dulu betulkan wuduk lepas tu betulkan solat dan bacaan dalam solat..baca lah Quran setiap hari..Solat taubat sebanyak2nya Amalkan AlMathurat..luruskan niat dan Akak akan jumpa yang dicari”
Tambah Bonda lagi, dirinya sentiasa memikirkan sama ada masih bersabar terutamanya dalam masalah mengawal emosi..
“Antara seperti ego..marah ..sayang..benci..keduniaan ..darjat ..kesihatan..status.. kemewahan.(Manusia selalu kalah dalam kefahaman mengenal konflik dirinya)
“Adakah saya adil pada diri saya ..malah saya ni adil tak pdaa orang yang saya benci ..Adilkah saya pada musuh sekali pun..( pekerja tipu dan ada macam2 org buat jahat pada saya )
“Saya wajib melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain dan melepas ingatan saya pada mereka..sejak tu saya jumpa penawar jiwa saya yang kosong dan keluh kesah ..Sebab saya yakin ” takkan berlaku 1 apa pun tanpa izin Allah..Dan manusia memang zalim pada dirinya sendiri ..Rosak kerana perhiasan dunia sehingga mensia2kan waktu.
Ujar beliau lagi, masa hidup ni harganya tu yang tak datang secara percuma ..Habis dan hilangnya waktu tu akibat kecuaian dan kebodohan diri sendiri ..Waktu terlepas tak mampu dibayar dengan duit atau kekayaan.
‘Lama saya cari akhirnya jumpa dalam persoalan diri saya ini untuk bahagia dengan saya mulakan mengenal diri sendiri dulu.. adakah saya dalam golongan sabar atau tidak “ Yang membezakan MUKMIN ATAU ORG MUNAFIK”
Catatan tersebut mengundang respond dari pengikut dilaman instagram Bonda. Ramai yang bersetuju dan turut menyuarakan pandangan masing-masing berkenaan hal tersebut.
suzanabadrinTerbaik a bonda…
aidanurrahimiSetuju yg amat kata2 bonda ni…ni juga la yg cari masih tercari2…iaitu diri sy sdiri…Subhanallah..diri sdiri pun sy masih belum hadam…
drwidyasuzaneeTerima bonda atas perkongsian yg bermenaffaat…moga bonda terus istuqamah hinggah ke akhir hayat…?
sarinahwkTahniah @bondarozitaibrahimsegala nya bermula Nya berakhir dgn Nya jugak..dpt saya rasakan dgn mentauhidkan Nya yg Esa
kchikeddaessaAllahu..saya mcm tu..segala nya ada wp tk byk mana tp masih lom rasa bahagia sgt..ya sungguh kena perbetol kan niat dn perbaiki solat serta ulangtayang sikap kita pd semua..tkaseh Bonda utk perkongsian kali nie..???
norlizahmad65Menusuk kalbu tulisan bonda kali ni , terima kasih ats penkongsian akn jadi pedoman utk menghadapi keluh kesah hidup ni. Betul Allah bersama kita dan kita perlu baiki diri.
peggysasSyukur Allah beri kekuatan dan kesabaran pd Bonda dlm mencari kebahagiaan. Sy amat mkagumi kegigihan bonda dan semoga Allah beri sy kekuatan yg sama pd sy… Aamiin
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.