Mungkin ketika ini sudah ada ibu-ibu yang mula membuat juadah untuk pagi Syawal. Walaupun mungkin masih awal baru seminggu lebih kita berpuasa, namun persiapan awal memudahkan segala urusan kan. Tidaklah kalut kalau semua nak dibuat last minute.
Bagi ibu-ibu yang suka menyediakan sendiri juadah hari raya tanpa membeli di luar, apa kata cuba resipi Choco Ball ini.
Kalau buat sendiri lagi jimat dan berbaloi hasil yang diperoleh berganda dari dibeli di luar. Untuk anda yang gemarkan biskut atau kuih raya yang berasaskan coklat, kata anda cuba resepi choco ball yang sangat mudah ini.
Lebih penting lagi, resipi ini juga tidak memerlukan ibu-ibu menggunakan oven untuk membakar!
Tak percaya? jom semak resipi yang dikongsikan oleh Masni Bahari.
#ChocoBall
Ads
Jom kekawan kita buat ni..senang sangat..x perlu guna oven untuk membakarnya..hanya gaul kepal dah siap untuk dimakan..klu nak hias tu tepulang masing2 ya..klu nak makan begitu saja pon sedap..jom intai resepi..
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]
Menyentuh tentang berdoa, alangkah bertuahnya kita ketika dan saat ini diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan.
Ini sebagaimana hadith ada menyebut orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka dan berdoa, doa tersebut tidak akan ditolak.
Memahami lagi berkenaan doa bagi orang yang berpusa, perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diharapkan dapat memberi pencerahan .
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Di samping itu, di dalamnya tersedia berbagai jenis tawaran-tawaran dan keistimewaan yang perlu kita kecapi.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat beberapa buah hadith yang menceritakan sedemikian:
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]
Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. [Riwayat Ibn Majah (1752)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan]
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”. [Lihat: Musnad Abi Daud al-Thoyalisi (2376)]
Melihat kepada hadith-hadith di atas, kita mengetahui bahawa doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah SWT. Ini kerana, orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana mereka berpuasa kerana Allah SWT. Tambahan pula, Allah SWT amat suka kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa memohon kepadanya dalam apa jua keadaan. Untuk itu, kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT perlu mengambil kesempatan ini dalam mengecapi tawaran yang berharga ini.
Penutup
Kesimpulannya, doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Akhirnya, marilah sama-sama kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT terutama di bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemulian ini.
Di samping itu, kita juga boleh memasukkan nama-nama Allah SWT yang agung di dalam setiap doa kita agar doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang kami telah jelaskan pada artikel sebelum ini. Amin.
1. Bertambah iman 2. Sihat tubuh badan 3. Meninggal dalam keadaan yang baik 4. Dimurahkan rezeki 5. Dikurniakan anak soleh 6. Keluarga bahagia. 7. Sentiasa dalam rahmat ALLAH. 8. Jauhkan daripada azab kubur. 9. Diberi kelapangan hidup 10. Kekalkan iman 11. Diampunkan dosa 12. Mohon kejayaan untuk anak-anak 13. Perniagaan atau pekerjaan yang diberkati 14. Jauhi segala penyakit 15. Ibadat diterima 16. Mudahkan segala urusan 17. Diterima taubat 18. Dilapangkan kubur 19. Mudah bayar hutang 20. Bertemu dengan malam Lailatulqadar 21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. 22. Dikurniakan syurga Firdaus. 23. Dijauhkan daripada seksa neraka. 24. Selamat meniti Sirat. 26. Selamat fitnah Dajal. 27. Diberi ketenangan hati.
Dan apa sahaja yang terlintas difikiran untuk kebaikan diri dan keluarga, pohonlah padaNya Yang Maha Kaya.
Wallahua’lam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan sama cantik sama padan ini mengambil keputusan untuk bersanding buat kali kedua. Lebih manis lagi, hari persandingan tersebut jatuh pada hari ulang tahun perkahwinan kami.
Menurut Dato’ Fazley Yaakob, persandingan tersebut juga sebagai memenuhi wasiat arwah ayahnya yang mahu mereka bersanding semula.
“Akhirnya janji saya kepada arwah ayah sudah terlaksana. Dulu arwah cakap kalau masa mengizinkan, bersanding lah semula. 13 tahun lalu, kami bersanding berasaskan air mata, jadi ayah mahu kami buka buku baru.
“Jadi hari ini, kami nak tutup buku air mata dan buka buku kegembiraan. Saya berasa sangat lega kerana sudah kotakan janji. Pagi selepas majlis bersanding, kami ke pusara arwah untuk menghadiahkan bacaan yaasin ,”ujar Fazley lagi.
Selain itu, tayangan foto-foto majlis persandingan dahulu dipaparkan kembali sebagai kenangan manis yang dikongsi bersama penonton.
“Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar ditambah tiada yang lebih membahagiakan saya apabila persandingan semula ini dapat disaksikan oleh keluarga terdekat, sahabat handai dan hampir keseluruhan rakan media yang selama ini menyokong karier seni saya,” kata Fazley.
Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada tiga anak mereka iaitu itu Ahmad Fariedz, 10, Ahmad Fieradz, 8 dan Ahmad Fierudz, 7 selain nyanyian harmoni berjudul Jatuh-Jatuh Cinta daripada The Mirza selain paluan kompang.
Momen majlis lebih indah apabila Fazley turut menyanyikan lagu popularnya berjudul Bila April yang ditujukan kepada Azrene ketika awal perkenalan mereka.
Fazley dan Azrene bernikah pada 7 November 2005 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azreen iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak merestuinya.
Sedapnya menikmati hidangan pisang goreng bersama secawan teh o atau kopi panas. Lagi bagus jika pisang goreng itu masih panas. Terasa begitu nikmat, lebih-lebih lagi jika dijamah bersama keluarga mahu pun rakana-rakan di waktu petang begini.
Bercerita tentang perihal pisang goreng, selain rasanya yang enak dan manis menjadi sebab ia cukup digemari. Kerangupan rasa adunan tepung yang digunakan juga turut mempengaruhi keenakan total pisang yang digoreng.
Terbukti bukan semua orang boleh menyediakan hidangan pisang goreng yang sedap dan rangup. Nak tahu apa petuanya? Jom semak!
Cuba 7 petua ini untuk merangupkan pisang goreng:
1. Kapur masakan
Masukkan sejumlah kapur masakan di dalam adunan tepung. Ini dapat menjadikan ramuan tepung menjadi lebih rangup dan sekali gus menjadikan pisang goreng lebih enak dan menyelerakan.
2. Tepung beras
Bancuhan tepung gandung hendaklah dicampurkan bersama tepung beras untuk mendapatkan adunan tepung yang sempurna. Gunakan nisbah 2 cawan tepung beras dan 1 cawan tepung gandum.
3. Kelapa parut
Mungkin tidak ramai yang tahu, sebenarnya kelapa parut jika ditambah ke dalam bancuhan tepung bersama dengan telur, garam, air kapur dan serbuk kunyit boleh menjadikan adunan tepung goreng menjadi rangup dan rasanya juga lebih enak.
4. Soda bikarbonat
Baking soda atau juga dikenali dengan soda bikarbonat turut digunakan untuk tujuan rangupkan adunan tepung goreng. Caranya juga cukup mudah, satukan tepung gandum dan soda bikarbonat dan kemudian barulah ditambah bahan-bahan lain seperti air, garam dan serbuk kunyit.
5. Bijan
Tambahkan sedikit bijan bertujuan untuk memberikan kerangupan adunan tepung pisang. Jangan lupa letakkan serbuk kunyit bagi memberi warna keemasan yang cantik pada adunan terpung tersebut. Istimewanya juga bila adanya bijan ini dapat memberi rasa yang lebih enak.
6. Minyak panas
Memilih untuk menambahkan minyak yang dipanaskan ke dalam adunan tepung juga tidak menghampakan. Caranya cukup mudah namun anda perlu berhati-hati memandangkan minyak tersebut panas.
7. Tepung goreng segera
Kini terdapat pelbagai pilihan jenama tepung segera untuk menggoreng pisang. Jadi pilihlah yang mana satu sesuai dengan cita rasa anda. Cara bancuhan pula telah tersedia di bagaian bungkusan untuk memudahkan pengguna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di