Ramai yang suka masakan pedas sehingga ada yang menjadikan cili sebagai penambah rasa supaya makanan menjadi lebih kick pedas!

Salah satunya caranya buat stok cili padi jeruk. Buat pengemar cili padi jeruk, jom ikuti resipi ni.

Kejadian petang ini. Buat stok cili padi jeruk yang sudah kehabisan di rumah. Tq yang empunya resepi. Memang tahan lama dan rangup krup krap krup krap kejadiannya. Resepinya ada saya sertakan pada setiap gambar di bawah. Terima kasih kepada Wan Sabariyah Wan Arit.

Ini Cara Buat Cili Jeruk Jadi Rangup, Tahan Lama Dan Elak Berkulat. Penambah Rasa Makanan Jadi Lebih Pedas!

1. Sampai rumah mak, terus ke kebun sekangkang kera beliau untuk memetik cili padi. Kikiki.

IKLAN

2. Kita buang tangkainya dahulu. Saya kurang gemar kalau tangkai berselerak dalam botol.Ini Cara Buat Cili Jeruk Jadi Rangup, Tahan Lama Dan Elak Berkulat. Penambah Rasa Makanan Jadi Lebih Pedas!

3. Rendam sebentar dengan air kapur ya. Saya rendam dalam 30 minit. Kemudian air kapur tersebut kita buang dan bilas bersih cilinya ya. Kapur adalah agen untuk merangupkan cili kita tadi ya.

Ini Cara Buat Cili Jeruk Jadi Rangup, Tahan Lama Dan Elak Berkulat. Penambah Rasa Makanan Jadi Lebih Pedas!

IKLAN

4. Celur cili dalam air yang mendidih sehingga layu.

Ini Cara Buat Cili Jeruk Jadi Rangup, Tahan Lama Dan Elak Berkulat. Penambah Rasa Makanan Jadi Lebih Pedas!

IKLAN

5. Toskan cili dan ketepikan seketika.

6. Didihkan air, cuka (saya guna cuka seperti dalam gambar ni), gula dan garam. Sejukkan sebentar. Kena didihkan atau masak dulu cuka dan air ni ya untuk tujuan supaya cili jeruk kita tahan lama dan tidak berkulat. Saya pakai agak- agak je sukatan. Tapi kalau sukatan lebih kurang 1/2 cawan cuka, 1/4 cawan air, 1/2 sudu gula, 1/2 sudu garam.

Ini Cara Buat Cili Jeruk Jadi Rangup, Tahan Lama Dan Elak Berkulat. Penambah Rasa Makanan Jadi Lebih Pedas!

7. Masukkan air cuka dan cili padi yang telah sejuk ke dalam botol dan boleh la di simpan dalam freezer. Esok dah boleh makan dengan kuey teow goreng, bihun goreng dan macam- macam lagi. Selamat mencuba.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI