Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Izham Alias berkongsi tip dalam menghasilkan ramuan rahsia campuran tanah untuk tanaman sayur. Ayuh kita cuba!
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah Atas
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Ads
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan Organik
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Ads
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Tambahan
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Ads
Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Bosan nampak kosong pada dinding TV? Nak cantikkan ia supaya lebih menarik dan hanya menggunakan barang-barang yang mudah dan murah.
Jom cuci mata lihat hasil yang dikongsikan oleh Shida Razak KC dan suaminya DIY panel dinding TV (wall panel) bersaiz besar.
Project for fun kami..Makeover living area pulak..kita buat wall cladding strip wall panel. Atau nama lain wooden strip wall design. Kc guna plywood utk cladd kat wall supaya senang pemasangan strip wood tembak guna nail gun..jgn lupa apply wood adhesive setiap batang kayu sblm letak ke ply cladding kita and baru tembak paku. Tujuannya utk lebih kukuh pemasangan.
Ply 9mm thickness and kayu finger joint kita ocat terlebih dahulu..Semuanya kc akan cat dulu..and lepas pasang kita just cat sket2 mana yg perlu di touch up..utk strip wood kc guna finger join 1×2 inch and potong ikut ketinggian dinding to ceiling..Pakai skirt pun boleh buat keje makeover😅..design by KC..gambar KC mesti kene lebih🤣😜🤪
Cara membuat:
Cat dahulu ply wood kita sblm pasang di dinding. Cara lekat di dinding kota guna wood adhersive. Ada dlm post ni.
Ini lah finger join sblm di catSblm kita lekat ke dinding dan tembak dia ngan paku ke dinding..kita kene apply dulu wood adhersive ni kat belakang kayu bg kukuh lagi
Kos material ( kos murah hasil lumayan) Harga 1 keping ply 9mm thk: rm50 Perlukan 4 keping × rm50 : 200 Harga 1 ikat finger joint ( 10 batang) : rm84 KC Perlukan 5 ikat x rm84 : rm420 Cat : jotun Elegant ( rm139 5 liter) ( wood semi gloss paint) Wood adhersive beli di hardware Electric Nail gun veli di shopee rm108 saja. Paku nail gun beli di hardware .guna paku 32mm panjang. Ply & finger joint semua KC beli di kedai Furni-ply jalan sungai keramat 11, klang. Lihat gambar akhir.
Menyediakan hidangan untuk keluarga tentunya memerlukan masa yang agak lama untuk kita berada di dapur. Apatah lagi jika menyediakan menu yang istimewa. Macam-macam ramuan perlu disediakan, semua itu cukup melecehkan.
Pun begitu, sebenarnya ada sahaja resipi mudah dan ringkas boleh dijadikan pilihan untuk dihidang kepada keluarga.
Salah satunya seperti menu yang dikongsikan oleh Saudari Nur Diyana ini, dikatakan menu ini begitu mudah disediakan dan masa memasak juga tidak memerlukan masa yang lama.
Jom cuba resipi ini.
Ibu mertua saya berbangsa Cina dan tinggal di Selangor, jarang kami ada kesempatan untuk pulang ke rumah mertua.
Sekali sekala saya akan cari pelbagai resepi ala ala “chinese style” dan masakkan untuk suami walaupun saya pasti takkan sama dengan air tangan mak mertua saya.
Harini saya masak Ayam Halia Blackpepper dengan minyak bijan, ini antara favourite kami.
Rasanya sangat sedap dan tempoh memasak cuma sekitar 10 minit.
Saya kongsikan cara-caranya :
-Cuci bersih bahagian dada ayam. Ketepikan
-Panaskan minyak, tumiskan hirisan selabu bawang holand, tiga ke empat ulas bawang putih, halia dan cili kering yang dikoyakkan
-Bila dah naik wangi , masukkan ayam
-Bila ayam dah separuh masak, masukkan secawan dua air, didihkan
-Perasakan dengan serbuk lada hitam kasar, serbuk pati ayam (sy tak bubuh garam dah), gula sikit dan kicap pekat untuk warna (optional).
-Bila semua rasa dah balance, titiskan minyak bijan ikut rasa yang digemari
-Masukkan hirisan sayur yang bersesuaian, saya gunakan lada benggala dan tomato
-Pekatkan kuah dengan sesudu tepung jagung yang telah dibancuh, taburkan hirisan daun bawang (saya tak ada jadi guna daun sup sahaja).
Siap ! Boleh dimakan dengan nasi panas
PS : Untuk pilihan masakan yang lebih sihat, resepi ini boleh dimasak menggunakan kaedah kukus/steam. Rasanya sama walaupun tidak menggunakan minyak untuk menumis.
Menanam nanas dan bila dilihat telah mengeluarkan buahnya mesti bertambah seronok rasa dihati. Tak sabar untuk merasai sendiri hasil tanaman yang ditanam.
Pun begitu tahukah anda, pokok nanas yang telah dituai buahnya boleh dijadikan sebagai baka untuk menghasilkan anak pokok yang baharu dengan melalui proses tertentu.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Lepas ambil buah pada Sabtu lepas, saya tak terus cabut pokok nanas MD2 tu. Saya “proses” dulu pokok tu supaya ia dapat hasilkan sulur dengan cepat, banyak dan kualiti pun tip top.
Tengokkan pada pokok ni, insyaAllah saya boleh dapat 5 – 10 sulur nanti.
Ekstra info : Pokok asal tak membesar. Di celah celah daun tu akan keluar anak baru secara berperingkat. Anak tu kita panggil sulur. Bila dah besar, lebih 3 bulan kita ambil anak tu dan tanam tempat lain. 3 bulan lagi akan dapat lagi.
Cara “proses” cukup mudah.
1. Lepas ambil buah, potong semua daun hingga tinggal lebih kurang 2 inci dari batang utama.
2. Lepas seminggu, boleh start membaja dan kawalan perosak dan penyakit.
3. Pembajaan saya guna kaedah siram dengan baja NPK 18.18.18 + mikro. Saya buat dua kali sebulan.
4. Kawalan penyakit dan perosak saya guna racun organik dan cuka kayu. Saya sembur 2 kali sebulan.
5. Dalam masa 2 – 4 minggu, kita akan nampak tunas sulur mula tumbuh. Biasanya 1 sulur 1 pokok. Ada juga 2-3 sulur satu pokok.
5. Lepas 3 bulan, kita dah dapat ambil sulur tersebut untuk ditanam di ladang.
6. Lepas 2-3 minggu kita ambil sulur batch pertama, akan muncul pula sulur batch ke 2. Ia akan ada 1 – 2 sulur.
7. Lepas 3 bulan, kita ambil pula sulur batch ke 2 dan tanam di ladang.
8. Batch ke 3 dan seterusnya berulang setiap 3 bulan sehingga la pokok induk tu mati.
9. Bagi induk yang sihat dan subur, ia mampu menghasilkan 10 -15 sulur nanas MD2.
Sebab tu kalau kena gaya, jual anak benih lagi untung daripada jual buah.