Nampak kemas dan cantik ruang kediaman, tapi belum tentu bersih. Kerana itulah dalam mengemas rumah tidak sah kalau mengemop lantai tidak dilakukan.
Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di apartment yang mana pasti akan ada kesan minyak bukan sahaja di dapur bahkan ruang tamu dan ruang untuk makan juga. Setiap kali kaki memijak lantai pasti akan terasa melekit dan jika berminyak.
Sebenarnya mengemop lantai pun ada aturannya yang lebih tepat. Barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat.
Tahu cara terbaik mengemop lantai? Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang
lama.
Langkah 1
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 2 – Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan
ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Ads
Langkah 3 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak
kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 4 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau
bunga-bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai
dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 5 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan
hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Ektra Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Aktiviti menanam kunyit adalah sangat praktikal dilakukan. Memandangkan kita boleh berjimat daripada membeli daun kunyit untuk tujuan memasak. Bahkan jika kunyit yang ditanam telah matang, kita juga boleh menuai isinya.
Menariknya lagi menurut perkongsian info dari Shariful Fadzli, setelah 2 minggu kunyit ditanam sudah mengeluarkan daun. Jadi bolehlah digunakan sedikit untuk memasak menu gulai, rendang atau sebagainya.
Untuk itu, jom ketahui cara menanam kunyit untuk manfaat bersama.
Ha, 2 minggu lebih tumbuh dah daun kunyit ni. Boleh la masak rendang untuk Iftar nanti. Fuh jimat duit. Mahal tau orang jual daun kunyit ni!
Orang perempuan, suruh suami/anak/adik beradik korang tanam kunyit ni ha. Bukan susah dan lama pun nak tunggu macam durian kan.
Orang lelaki, korang tanam jelah. Senang je nak buat. For sure boleh menggembirakan hati ibu atau isteri korang. Paling tidak, dapat gembirakan hati sendiri pun jadilah!
Sebelum tu, selain buat rendang, daun kunyi ni nak buat apa? Haa, banyak boleh guna dalam masakan. Saya pun tak reti sangat, minta tolong chef tetap kat dalam rumah ni je decide . Cikgu Sho telan je. Hehe
Ok, step nak tanam kunyit, kena sediakan KUNYIT HIDUP. Jangan korang guna kunyit Adab ka, Faiza ke! Sampai kiamat tak tumbuh! Time beli cakap KUNYIT HIDUP ok.
Rujuk gambar untuk step tanam kunyit. Pada setiap gambar ada diskripsi. Baca ye.
Step 1:
Ni rupa kunyit hidup. Belilah banyak mana korang nak tanam. Beli sikit sikit dah la, jangan buat panic buying plak
Step 2
Cari tempat teduh sikit, gali lubang jangan dalam sangat.
Step 3
Pastu masukkan kunyit.
Step 4
Kambus tanah dan siram dengan air.
Ekstra tip
Korang siram lah air. Paling kurang 2x sehari. Kalau ada baja, guna baja sikit.
Jangan kerap sangat letak baja
terutama baja ketul tu. selalunya dia akan ganggu pH tanah. rosak nanti.
Baja apa nak guna. Paling takde baja, korang guna jelah sisa-sisa makanan, air basuh beras pun layan.
Kena jaga betul betul. Siput babi suka makan. Tengok dia dah makan sikit daun kunyit cikgu sho
Sebaiknya kita sebagai ibu ayah perlu menyesuaikan diri terhadap skop pembelajaran anak-anak di sekolah. Apatah lagi, soalan-soalannya begitu mencabar, walaupun pada peringkat sekolah rendah.
Menyedari itu, seorang guru ini menggariskan beberapa tajuk dalam subjek Matematik bagi anak-anak yang belajar di darjah tiga untuk sama-sama difahami oleh ibu ayah bagi membantu anak-anak menguasai subjek yang dianggap sukar oleh anak-anak.
Jom baca perkongsian cikgu ini.
Apa yang anak kita di Tahun 3 akan belajar nanti? Jom saya 'BEDAH' untuk kalian.
1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 10000.
Haa, makin advance dari Tahun 2 tau. Tajuk pertama ini sama macam anak di Tahun 2. Cuma nombornya makin besar main ribu riban dah.
Jika anak dah kuasai pada Tahun 1 dan 2, Tahun 3 Tajuk ini sepatutnya tiada masalah. Cuma perlu beri tumpuan pada sub topik Pola Nombor dan Penyelesaian Masalah. Makin tinggi aras KBAT soalan Penyelesaian Masalah.
Soalan Penyelesaian masalah ada dalam setiap Tajuk. Dan topik Penyelesaian Masalah PALING RAMAI murid tak faham dan tidak kuasai. Paling ramai. Titik!
2. TAJUK 2 ialah Operasi Asas.
Macam tahun 2, anak-anak perlu kuasai tambah, tolak, darab dan bahagi. Jika anak kalian di tahun 3 belum hafal sifir, ia merupakan masalah yang SANGAT BESAR!
Dan di Tahun 3 anak-anak kita mula belajar Operasi Bergabung tambah dan tolak. Contoh :-
4523 + 1089 – 268.
Juga dalam tajuk ini anak-anak dah didedahkan dengan Penggunaan ANU. Apa itu Anu? Bukan yang kat celah kangkang tu.
Penjelasan secara video ada saya buat dalam Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh. Join, lihat pengajaran saya, fahamkan dan ajar anak pula ya.
3. TAJUK 3 ialah Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Ha, dah makin tinggi aras pecahan, perpuluhan siap masuk peratus lagi di Tahun 3. Sebab tu saya cakap silibus kita bersifat kesinambungan. Ia berhubung dari tahun ke tahun.
Tak kuasai sedari tahun 1 dan 2, memang bermasalah bila masuk tahun 3.
Pecahan dah diajar pecahan tidak wajar pula. Kena pula sebut pecahan perseratus. Dan paling payah nak bagi anak faham ialah tukar ke dalam BENTUK TERMUDAH.
Topik perpuluhan tidak kurang cabarannya. Dah kena kaitan dengan petak seratus dan garis nombor tau. Penambahan dan penolakan nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan juga dah diajar pada masa ni.
Manakala sub topik Peratus agak ringan. Ia sekadar pengenalan simbol, perwakilan peratus dengan petak seratus dan menyatakan kaitan peratus dan perpuluhan.
Dalam topik ini pun ada sub topik penyelesaian masalah tau. Pendek kata, topik ini agak berat. Saya sangat sarankan ibubapa beri pengukuhan topik ini di rumah.
4. TAJUK 4 ialah Wang.
Di tahun 3, topik wang makin mencabar. Selain tambah, tolak, darab dan bahagi wang, ada juga operasi bergabung melibatkan wang.
Di tahun 3 juga anak mula diperkenalkan dengan mata wang asing (ASEAN). Mana la tau kalian bawa anak pergi melancong ke Vietnam ke, mereka dah kenal mata wang tu tau.
Juga tidak dilupakan, sub topik Simpanan dan Pelaburan juga ada. Pendedahan kepada pentingnya menyimpan dan melabur. Last sub topik semestinya Penyelesaian Masalah. Fuh, berasap juga topik ni.
5. TAJUK 5 ialah Masa dan waktu.
Makin jauh dah anak-anak kalian belajar masa dan waktu di Tahun 3 tau.
Perkaitan tahun dengan bulan, minggu dengan hari, membaca kalendar Masihi, tambah dan tolak masa, operasi bergabung, darab dan bahagi masa pun diajar di tahun 3.
Kasar juga mainan Tajuk 5 ni.
6. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan.
Ha, ni tolong bagi tumpuan ya mak ayah. Pastikan anak-anak dah boleh menukar unit m – cm, kg – g, l – ml tau.
Juga mereka kena tahu menyelesaikan ayat Matematik tambah, tolak, darab dan bahagi hingga tiga unit ukuran. Fuh, berasap lagi.
7. TAJUK 7 ialah Ruang.
Dalam tajuk ini anak-anak dah diperkenalkan apa itu prisma dan ciri-cirinya. Prisma tu apa? Hah, aku tanya kau yang tua.
Mereka juga belajar apa itu Poligon Sekata dan Paksi Simetri. Sekali lagi aku nak tanya yang tua ni, ingat lagi apa itu Poligon Sekata dan apa itu Paksi Simetri tak?
Haaa, termenung panjang nampak. Ke dah buka Mak Cik Google nak cari jawapan?
8. TAJUK 8 ialah Koordinat.
Ni tajuk baru yang anak-anak tak belajar di Tahun 2. Koordinat ni topik senang nak bagi murid faham. Biasanya topik ini tiada masalah bagi anak-anak kita.
9. TAJUK terakhir ialah Pengurusan Data.
Di Tahun 3 anak kita diperkenalkan pula dengan carta pai. Ya tuan puan, dah kena tahu ciri-ciri carta pai dan cara baca carta pai dah bila masuk Tahun 3 ni tau.
Tidak dilupakan, pada tahun 3 juga anak-anak kena tahu Perkaitan Antara Piktograf, Carta Palang dan Carta Pai. Tu dia. Bakal pakar statistik anak-anak kita bila kuasai topik Pengurusan Data ni.
Ha, itulah semua 9 TAJUK yang anak-anak kita akan belajar di Tahun 3.
Suka aku ingatkan, di tahun 3 ini mereka WAJIB kuasai dan hafal sifir. Wajib juga kuasai topik PECAHAN yang dinamakan ibu segala topik.
Bahan pengajaran beserta video yang saya sarankan untuk membantu anak kalian faham pecahan dan kuasai sifir saya tulis di ruangan komen ya.
Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 2, baca di link ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2768404103181167&id=100000348124684
Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 1, baca di link ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2764658083555769&id=100000348124684
Sekian, terima kasih.
#MFS
– Membedah DSKP Tahun 3 agar semua bersedia –
Dalam satu perkongsian pelakon dan pengacara Hanis Zalikha memuat naik perbualan awal di antara suaminya pelakon Hairul Azreen semasa awal perkenalan dahulu.
Hanis yang mendedahkan perbualan throwback bersama suaminya itu daripada Facebook untuk tatapan umum.
“Beb next year aku ada 2 filem keluar. Kau tengok ye? By the way aku baru tengok balik cerita Para-Para Sakura :),” tulis Hairul pada perbualan tersebut.
“Okay nanti dah keluar roger balik,” balas Hanis selamba.
Demikian antara perbualan awal pasangan ini sewaktu berkawan dahulu. Hanis Zalika yang berkongsi throwback berkenaan di laman instagramnya dengan kapsyen berikut.
Hahahahahahahahaha tahun ni berapa filem pulak keluar tak roger kita pun @hairulazreen 😘
Apa yang mencuit hati adalah jawapan yang diberikan oleh Hairul mengundang respond netizen yang mengakui terhibur dengan perkongsian tersebut.
Beb tahun ni aku ada 1 filem je K bye 🤪
Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada rakan selebriti dan warganet lain. Rata-ratanya memuji pasangan ini yang nampak comel.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.