Kadang-kadang kipas siling di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut.
Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan.
Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru. Anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Md Helmee Abu menerusi laman fecebooknya.
1. Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :- ring dan cover sensor
2. Tanggalkan ring pada kipas tersebut dengan memusing ke arah “open” dan tanggalkan.
3. Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka pakai Phillips screwdriver)
4. Tanggalkan 2 wayar soket.
5. Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.
Ads
6. Alat yang diperlukan a) soldering iron b) solder wire c) kapasitor.
7. Desolder kapasitor lama (bahagian bawah board)
8. Tanggalkan kapasitor lama.
9. Masukkan kapasitor baru.
Ads
10. Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yang berlebihan)
11. Board yang telah siap diganti kapasitor.
12. Pasang semula board pada kipas. (Sambung semula soket wayar)
13. Switch on kipas dan semoga berjaya.
Ads
Tip tambahan:
• Jangan lupa ikat semula skru cover sensor.
• Kapasitor boleh dibeli di kedai letrik
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Soda Bikarbonat banyak manfaatnya baik dalam pembuatan kek mahupun kecantikan. Kalau nak kulit wajah berseri dan bebas jerawat bolehlah gunakan bahan ini.
Nota Penting
Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal. Kulit sensitif sila elakkan guna soda bikarbonat.
Masker Scrub 2 In 1 yang dikongsikan oleh Awatif Osman ini bantu buang jauh-jauh kulit kusam. Yang pasti ia juga menjimatkan kerana cuma guna dua bahan dapur anda saja.
Bahan-bahan
2 biji limau nipis@ limau kasturi atau 1 biji yang sederhana.
1 sudu besar soda bikarbonat
Langkah Demi Langkah
2. Picit limau pada soda bikarbonat.
3. Terkejut ya? Normal. Bagi ia dan kita masa untuk bertenang ye.
Cara Pakai
Dah okay? Boleh tonyoh pada muka untuk buat scrub. Tonyoh lembut-lembut je. Baru lah ayu dan kewanitaan. Atau tepek kat muka jadikan sebagai masker sambil tengok drama.
Jangan simpan untuk esok ya. Habiskan je. Kalau tak sengaja terbanyak, hulur kat jiran tetingkap. Barulah hubungan #TillJannah. ❤
Syarat Pakai Masker Alami
Sumber/Foto: Awatif Osman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik anak lelaki zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu. Tidak terkecuali dalam hal melakukan kerja-kerja pengurusan rumah. Mungkin selama ini kita sebagai ibu dan ayah terbiasa dengan didikan orang-orang tua terdahulu, mengatakan hanya anak perempuan perlu membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah.
Sedangkan situasi hari ini, kita sebagai ibu bapa seharusnya melengkapkan anak-anak lelaki juga perlu pandai dan ringan tulang untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah. Sebabnya apa dan kenapa? Ayuh baca perkongsian ini.
TUGAS ANAK LELAKI DI RUMAH
Kita pastinya mahu anak lelaki kita membesar dalam didikan yang baik. Kerana kita tahu, satu hari nanti dia akan berkahwin dan berkeluarga, mempunyai isteri dan anak-anak mereka sendiri.
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Dulu orang lelaki hanya pergi kerja, selebihnya orang perempuan uruskan segalanya di rumah. Sekarang zaman berbeza, kebanyakan pasangan suami isteri, dua-dua kena bekerja atau mahu bekerja.
Kalau kita masih nak ikut cara dulu, pengurusan rumah tangga memang tak akan baik. Masa yang suntuk di rumah ditambah lagi dengan kepenatan yang amat sangat kedua-dua pasangan.
Jika masih dengan norma lama, kesian kepada isteri yang pastinya sangat kepenatan untuk uruskan segalanya. Emosi yang tak baik akan cenderung kepada pergaduhan yang kemudiannya menyumbang kepada asbab keruntuhan rumah tangga.
Jika anak-anak lelaki kita tidak diajar dan dibiasakan dari kecil dengan kerja-kerja rumah. Bagaimana mungkin kita nak harapkan keajaiban berlaku. Kerana dalam kepalanya sudah tertanam bahawa ini kerja perempuan.
Silapnya kita, jika kita lebih suka untuk minta anak perempuan kita bantu buat kerja rumah.
Sikit-sikit panggil kakak atau adik perempuan untuk uruskan dapur, tolong basuh baju dan sebagainya. Kerana kita masih berpendapat ini semua kerja perempuan. Sementara anak lelaki tidak dipanggil untuk membantu.
+ minta anak lelaki cuci pinggan
+ suruh anak lelaki buang sampah
+ ajar anak lelaki sidai kain
+ tegas dan pastikan mereka mengemas
+ biasakan anak lelaki memasak
Beritahu dan ajar anak lelaki kita yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan, tapi ia sebenarnya tanggungjawab bersama.
Ramai melihat betapa seronoknya menjadi suri rumah, Tak perlu stres dengan kerja yang menimbun di pejabat dan sebagainya.Sehinggakan ada yang membuat perbandingan wanita yang bekerja dengan mereka yang bergelar suri rumah.
Padahal, sesetengah wanita tidak punya pilihan harus menjadi suri rumah kerana mahu menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil. Sebab itu ramai wanita yang berpendidikan tinggi sekali pun, sanggup berkorban meninggalkan kerjaya profesional mereka.
Namun tanggapan orang luar banyak berfikir kononnya suri rumah boleh banyak berehat. Kalau bertemu kawan-kawan pun mereka pasti akan kata, “Eh seronoklah kau tidak bekerja, duduk rumah jaga anak sahaja.
Sedangkan, mereka ini tidak ada masa untuk diri sendiri walaupun untuk melelapkan mata sekejap pada waktu petang apatah lagi mahu melayan cerita sinetron di televisyen. Tidak ramai yang cuba menyelami kehidupan sebenar mereka. ‘Terperap’ seorang diri dengan anak-anak di rumah. Tidak bercampur dengan orang luar.
Rasa sukar menggendong anak kecil semata-mata untuk keluar window shopping menyebabkan mereka lebih rela duduk di rumah. Mereka bekerja 24 jam sehari tujuh hari seminggu. Tidak pernah ada cuti, tidak ada istilah ‘MC’. Atas faktor-faktor ini ada antara mereka mengalami kemurungan, rasa bosan dan kehilangan keyakinan diri. Inilah yang dikongsikan oleh puan Intan Dzulkefli sebelum ini menerusi laman facebooknya.
Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak membaca luahan & berita isteri yang mengalami depresi. Terutamanya dalam kalangan isteri yang duduk di rumah/bekerja dari rumah.
Ya memang betul, semua orang ada masalah hidup, semua orang ada stress masing-masing, bukan hanya wanita bergelar surirumah sahaja. Tetapi untuk situasi surirumah, lebih mudah untuk mengalami depresi, tambahan jika jenis yang 24jam/7hari terperap di rumah dengan anak-anak kecil berderet.
Saya menasihati diri sendiri & semua, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk dikomen/dikatakan kepada wanita yang sedang depresi.
1) JATUH HUKUM WANITA NERAKA
Bila ada wanita meluah, mulalah ada je yang terus kecam “inilah wanita yang Nabi SAW sebut sebagai penghuni neraka.”
Fuh, semudah itu kita melemparkan kecaman, jatuhkan hukum tanpa meletakkan diri kita untuk memahami & melihat mereka dengan kasih sayang.
Semudah itu kita nerakakan orang lain sedangkan kita sendiri tidak pasti berapa lama sudah mereka bersabar.
Kemudian, apabila keluar berita mak cekik anak, mak kelar anak, mak meninggal masa dalam pantang, barulah semua nak celik mata betapa beratnya kaum mak-mak ini telah menanggung stress seorang diri.
2) MEMBANDING HIDUP
Sangat menyedihkan apabila yang sama-sama wanita bergelar housewife turut sama condemn wanita yang meluah ini.
Sangat tidak adil membandingkan diri kita dengan orang lain. Tak adil kalau kita kata “kenapa nak stress, saya happy je duduk rumah,”
Sila faham, situasi yang dihadapi setiap orang tidak sama. Cabaran anak seorang lain, cabaran anak hyperaktif lain, cabaran anak berpenyakit lain, cabaran anak rapat selang setahun seorang lain, cabaran anak kembar pula lain.
Begitu juga dengan cabaran isteri duduk sekali dengan suami, isteri duduk berasingan dengan suami serta pasangan suami isteri yang duduk sekali dengan ibubapa juga adalah berbeza.
Come on, lauk dinner kita dengan jiran sebelah pun lain-lain setiap hari.
How could you expect your life same as others?
3) KOMEN SARKASTIK MEMBUNUH
Kadang ada wanita yang peram stress sejak dari waktu dalam berpantang yang tidak dirawat, bertambah melarat dari hari ke hari membuatkan keadaan mental & emosi wanita ini bertambah tenat.
Maka kita sebagai outsiders, berhenti beri komen tidak membina seperti, “Orang nak anak tak dapat anak, kau beranak setiap tahun tapi mengadu stress pulak.” Atau “Dah tahu susah jaga anak kenapa nak beranak? Kenapa kahwin?”
What?
Boleh ke kalau orang mengadu stress kerja, kita cakap, “kau resign jelah sebab kau ni tak bersyukur. Ramai lagi nak kerja kau tu.”
Orang stress hadap krisis rumahtangga, kita cakap “kau bercerai jelah sebab kau ni tak bersyukur. Ramai lagi orang tiap hari post nak bertemu tulang rusuk, jumpa bakal imam.”
Orang stress sebab sakit, kita cakap “kau ni baik mati sebab tak bersyukur masih hidup.”
Allahuakbar. Entah sejak bila entah komen sarkastik & komen sentap begini jadi biasa sangat kita lihat.
This kind of comments won’t help. Judging won’t solve any problems.
If you can’t say any good, then please remain silent. Nobody want to read & be affected by your ‘masterpiece’ advice anyway.
4) MEMBANDING DENGAN KAUM MAK TERDAHULU
Tidak kurang ada suara sumbang yang membanding surirumah depresi ini dengan kaum nenek & mak-mak dahulu kala yang dikatakan sabar, tabah, kuat, taat tahap super saiya, bukan seperti wanita sekarang.
Semua maklum, kaum mak nenek kita dulu mana ada akaun facebook, instagram, whatsapp. Paling-paling pun mampu meluah sesama jiran semasa kupas bawang di majlis rewang, atau meluah dalam diari peribadi bagi wanita yang tidak buta huruf.
Kalau ada facebook, twitter & semua media sosial ni, boleh jadi satu dunia pun sudah mendengar keluhan penat lelah mereka.
Kita tak dengar & baca bukan makna keluhan mereka itu tiada. Kita tak lihat mereka menitiskan air mata depan anak cucu tak bermakna malam-malam bantal mereka tak basah dengan hingus & air mata.
Mereka manusia biasa. Mereka bukan robot. Maka, jangan main petik untuk menyedapkan komen kita, sedangkan kita tak tahu apa yang mereka benar-benar lalui
Jadilah masyarakat yang bersifat seperti comforter yang menghangatkan di kala badan mengigil kesejukan.
Mohonlah kepada Allah agar sentiasa menyuburkan sifat kasih sayang, belas kasihan & kemanusiaan dalam hati setiap dari kita, yang nampaknya semakin terhakis dari hari ke hari.
Sangat melegakan bagi penderita depresi apabila ada orang sudi mendengar luahan, memberikan semangat & memahami situasi yang dialami.
Depression is real. The struggle is real. The pain is real. I had mine once.
You feel like a living zombie with no will to live. You feel so unworthy, unwanted & replaceable. You unable to construct future, you unable to be a dreamer. ?
Hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.
Jangan sesekali memperkecilkan ujian yang sedang ditanggung orang lain.
Ittaqullah. Takutlah kita kepada Allah sebelum mengeluarkan apa-apa komen. Kita tak tahu apa kesannya tulisan kita itu kepada hidup seseorang.
Muhasabah saya yang menukil. Semoga sahabat-sahabat wanita yang sedang diuji dengan depresi akan segera sembuh, sihat & ceria seperti sediakala. Amiin.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.