Selain mendapatkan nasihat doktor, kita boleh juga mencuba petua dengan mengamalkan bacaan selawat dan doa.
Begitulah yang dikongsi oleh ustazah ini.
Ikuti cara ini.
Petua terbaik hilangkan segala bengkak pada anggota badan termasuk bengkak kelenjar, ketumbuhan, bengkak gusi, kaki, mata dan sebagainya.
Perkongsian seorang sahabat yang pernah menderita kanser stage 3. Sepanjang dalam proses rawatan inilah doa yang di amalkan sehingga kini beliau sembuh sepenuhnya.
Kemudian diikuti dengan doa surut bengkak. Semasa baca doa ini pejam mata dan bayangkan Allah mengecutkan bengkak, mematikan akar dan menyembuhkan segala luka.
Ads
Setap usaha yang kita lakukan sandarkan pada Allah. Dapatkan nasihat Doktor kemudian susuli dengan doa-doa syifa’ agar kita sentiasa tenang dan hampir dengan Allah SWT.
Putera sulung kepada pasangan pelakon terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar, 6 tahun sekali lagi menarik perhatian ramai.
Terbaru, menerusi Instagram, theyusufiskandar memaparkan video riak wajah Yusuf menjalani ibadah puasa.
Ramai yang teruja melihat Yusuf telah besar dan mula berpuasa. Ada juga sebak melihat kesungguhan Yusuf berpuasa hingga kelihatan keletihan.
Yusuf terjaga Subuh tadi menangis, Daddy tanya why, dia jawab “I want to puasa, I want pahala”. Daddy terus bawak turun sahur and support dia the whole day. Yusuf satu hari nanti tengok video ni okay, your first day of puasa on your own will.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu maut kemalangan hantar anak ke sekolah. Seorang wanita berusia 30 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya bersama anak lelaki berusia lima tahun terbabit dalam kemalangan di Kampung Tembak B, Jalan Parit Panjang-Kuala Ketil. Kanak-kanak itu bagaimanapun dilaporkan terselamat.
Memetik Berita Harian insiden berlaku ketika si ibu dipercayai sedang dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah prasekolah yang baru memulakan sesi selepas cuti penggal kedua.
Kejadian tragis itu berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila orang awam menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat kemalangan maut membabitkan dua motosikal.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali berkata, siasatan awal mendapati insiden tersebut melibatkan motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 28 tahun yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kuala Ketil ke Kampung Tembak B. Pada masa sama, mangsa bersama anaknya datang dari arah Kampung Padang Besar menuju ke sebuah stesen minyak di kawasan berkenaan.
“Hasil siasatan mendapati kejadian membabitkan sebuah motosikal ditunggang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun dari arah tempat kerja di Kuala Ketil menghala ke Kampung Tembak B, dengan motosikal ditunggang wanita tempatan berusia 30 tahun yang membawa anak lelakinya berumur lima tahun.
“Dua beranak itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah rumah mereka di Kampung Padang Besar, Kuala Ketil, menghala ke sebuah stesen minyak di Kampung Tembak B.
“Bagaimanapun, kejadian itu masih dalam siasatan polis,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, wanita terbabit meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah, manakala anaknya bersama penunggang sebuah lagi motosikal dikejarkan ke Hospital Baling bagi menerima rawatan. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk proses bedah siasat.
Ahmad Salimi menambah, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.
“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000,” katanya.
Melihat seorang anak yang berjaya bukan sahaja akademiknya malah akhlaknya begitu terpuji tentu sahaja ingin kita kenali siapa ibu dan ayahnya hingga mampu mendidik menjadi anak yang cemerlang.
Sebagai ibu bapa, kita juga mahu melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.
Melalui perkongsian ini diharapkan dapat memberi inspirasi.
Saya suka untuk berkongsi tip kejayaan seorang ibu mendidik anak-anaknya. Beliau merupakan seorang ustazah dan ibu kepada lima orang anak.
Subhanallah… takjub saya mendengar cara pendidikan beliau kepada semua anak-anaknya.
Pertama, urus masa dengan baik. Kata beliau, sepanjang cuti sekolah, beliau akan habiskan masa bersama anak-anak dengan mengaji al-Quran. Beliau tidak pernah makan angin atau berjalan-jalan.
Kedua, sarapan untuk anak-anak ke sekolah sangat penting. Beliau berikan sarapan anak-anak madu dan susu. Sarapan pagi tidak perlu berat, kerana ia akan menyebabkan anak-anak rasa mengantuk.
Ketiga, beliau memberi makanan tambahan (supplement) kepada anak-anak. Tujuannya, agar minda dan jasmani anak-anak cergas sepanjang hari.
Keempat, beliau menghantar anak-anak ke tuisyen. Ini kerana beliau tidak mampu untuk mengajar subjek teras.
Kelima, tip yang paling wow! Ibu dan anak-anak bersama-sama bangun tahajjud. Kata beliau, “Tahajjud memberi suatu kehebatan kepada pelakunya. Jika ibu dan anak inginkan kehebatan itu, bangunlah tahajjud.
Bangun tahajjud memang susah. Tetapi, janji Allah, setiap yang susah, pasti Allah balas dengan sesuatu yang mudah.”
Keenam, tip ini agak berat sedikit kata beliau. Jika boleh, di rumah, tutup televisyen. Jika boleh, tengok rancangan TV yang memberi manfaat sahaja.
Kata beliau, “Apa yang anak-anak lihat, akan memberi kesan kepada hati. Kajian mengatakan, apa yang anak lihat, mereka boleh ingat sehingga 20 tahun.”
Ketujuh,selepas solat Subuh, baca surah al-Fatihah, surah al-Insyirah dan ayat Kursi. Kemudian, tiup pada wajah anak-anak. Lakukan amalan ini setiap pagi.
Kelapan, hormati guru-guru kepada anak-anak. Kata Saidina Ali krw, “Aku adalah hamba kepada yang memberi aku ilmu.”
Satu tambahan daripada saya sendiri, doa dan redha ibu sangat penting kepada anak-anak. Doa dan redha ibu adalah payung yang menaungi perjalanan hidup mereka.
Akhirnya, kata beliau, apa sahaja keputusan anak-anak nanti, terimalah. Ia adalah kurniaan Allah. Tiada yang berlaku di dunia ini secara kebetulan. Semuanya atas ketentuan dan ketetapan dari Tuhan.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.