Pastinya setiap pasangan yang berkahwin, tidak sabar menantikan kelahiran cahayamata yang pertama. Anak-anak adalah harta yang tidak ternilai kurniaan Ilahi kepada pasangan suami isteri sebagai penyeti dalam rumah tangga. Begitu juga dengan pasangan selebriti ini, Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob yang sedang menghitung hari menantikan kehadiran permata hati pertama.
Menerusi muat naik video di instagramnya, Raf Yaakob memaparkan majlis doa selamat bagi menanti kelahiran anak pertamanya.
Sekitar majlis doa selamat semalam sempena @mawarashid yang sedang menanti hari. Kami semua berdoa semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Insyaa’Allah. Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin.
Ads
Lebih manis, video ini tanpa disangka telah menarik rasa kekaguman daripada netizen yang memuji sikap suami Mawar Rashid yang menjad imam untuk majlis doa selamat itu.
Family goals
Ads
Sejuk perut Mawar, ayahnya buat majlis doa selamat
Ads
Beruntung Mawar cinta hati yang sendiri imamkan
Ini namanya family goals. Lengkap melengkapi antara pasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Prof Dr Muhaya pagi tadi mengumumkan berita kematian cucunya dalam satu perkongsian di laman instagramnya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah.
Cucu lelaki Prof Muhaya yang berusia dua tahun lima bulan, Muhammad Ahmad Aiman meninggal dunia pada pukul 9.50 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur. Cucu Dr Muhaya dimasukkan ke PPUKM pada Isnin. Muhammad merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan sakit sejak kecil. Sebelum itu, Prof Muhaya ada memuat naik perkongsian mengenai cucunya yang tenat di hospital dan bergantung kepada sistem sokongan hayat. Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk.
Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga.
Bercakap tentang bab packing barang untuk beraya di kampung, biasanya ibu-ibulah yang paling sibuk. Boleh kata bukan hanya perlu menguruskan pakaian raya yang perlu di bawa balik untuk seisi keluarga, malah keperluan-keperluan lain juga perlu diberi tumpuan.
Jika anak tak ramai, mungkin mudah sedikit kerjanya. Tapi cuba bayangkan jika ada 5 orang anak. Fuhhh! penuh bonet kereta dibuatnya. Dan bukan perkara yang pelik, pasti akan ada benda, barang hatta baju raya pun boleh tertinggal dek kerana terlalu sibuknya ibu-ibu ni.
Mengelakkan semua ini terjadi, sebenarnya ada cara genius yang boleh dipraktikkan. Jom semak!
1) Sediakan senarai untuk setiap ahli keluarga
Buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga dalam satu kertas A4 untuk setiap ahli keluarga (longgok sekali pun boleh aje kalau muat dan tulis barang yang ingin dibawa ikut kategori (contohnya pakaian, alat2 mekap, dan makanan).
Contohnya seperti senarai yang biasa saya buat seperti dalam gambar ni. 3 beranak je kami, jadi cukup sekeping kertas aje.hehe..
Tip:simpan senarai ini sehingga sebelum pulang ke rumah untuk check kalau2 ada yang tertinggal (naya je kalau kampung nak balik tu jaraknya 50km++).
2) Lipat dan gulung baju dalam beg
Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Lagi mudah untuk tengok sekali imbas dan ambil dari menyelongkar sampai ke dasar beg, takut kacau baju lain yang dah dilipat cantik. Malah menggulung baju pun amat menjimatkan ruang.
Untuk baju yang mudah berkedut (biasanya baju raya perempuan), gosok dahulu baju cantik2 dan simpan dalam baju pelindung plastik sebelum dilipat kemas. Plastik itu akan melindungi baju dari sebarang kedutan yang menjengkelkan.
3) Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil
Pengunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang dengan banyak.
Bekas yang mempunyai banyak bahagian (contohnya bekas ubat) adalah yang terbaik untuk mengasingkan barang kemas dari tersimpul dan hilang dicelah2 beg.
Takdalah pin2 yang hilang bila nak bersiap untuk raya ni. hehe..
Gunakan juga bekas yang kecil (travel size orang kata) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembab, dan BB cream. Sebab ia dalam bentuk cecair, sebaiknya guna bekas yang pentupnya tutup rapat (lihat gambar).
Tip: kalau ada je bekas2 yang kecik terus bersihkan dan simpan. Boleh guna masa2 kritikal mcm ni kan?
4) Simpan pencukur dengan selamat
Gunakan klip fail seperti gambar untuk melindungi tangan ketika mengambil pencukur dalam beg. Tip ini amat penting lagi2 kalau ada anak yang kecil lagi. Anak saya dah terkena, tobat lah terus guna tip ini dalam rumah sekalipun.
5) Balut barangan berkaca dengan kain
Barangan berkaca seperti pewangi dan deodorant kalau berlaga kuat boleh pecah (lagi2 yang bentuk cecair, habis bercampur bau dan rosak fabrik baju). Sebaiknya balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas dengan getah atau lagi mudah, guna aja stokin lama dan sumbat terus sebelum disimpan dalam beg (basuh stokin lama dulu ye)
6) Gunakan bekas yang lutsinar untuk mudah dilihat
Bekas lutsinar yang berzip seperti dalam gambar sangat mudahkan kerja kita dari membazir masa mengorek satu persatu kan?
Kotak keras atau plastik ziplock juga boleh dijadikan alternatif, janji dia lutsinar.
Labelkan juga bekas2 tersebut untuk memudahkan anda mencari barang.
7) Sediakan ruang penyangkut untuk barang keperluan dalam perjalanan
Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini (biskut kudapan, botol air). Malah sedikit mainan anak juga boleh disimpan untuk membantu anak mengisi masa dan mengelakkannya dari bosan.
Tip: Ia sangat berguna lagi2 jika ruang dalam kereta adalah terhad kerana penyangkut ini boleh memaksimumkan ruang.
8) Simpan makanan dalam bekas KHAS sahaja
Makanan kalau dah dibawa masuk dalam kereta pasti akan bersepah. Elakkan dengan menyediakan bekas khas untuk makanan sahaja.
Dengan bekas ini lebih mudah, hanya perlu pass bekas sahaja tanpa risau tertumpah/meleleh keluar.
Tip : ini juga berguna dengan menyediakan bekas/plastik khas untuk sampah di dalam kereta.
Kala kita sedang merancang untuk mengadakan majlis open house atau makan-makan bersama keluarga, malam tadi kita dikejutkan berita pilu apabila berlaku kemalangan di Terowong Menaro. Lebih menyedihkan dipercayai lima individu rentung selepas kereta yang dinaiki terbakar. Dalam pada itu, menerusi perkongsian di media sosial, mangsa nahas dipercayai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
UPDATE TERKINI: Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi mengesahkan kelima-lima mangsa merupakan penuntut universiti berkenaan. Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.
Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.
Memetik laporan Kosmo bahawa kemalangan itu membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora di sini, tengah malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.52 tengah malam.
Katanya, setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kenderaan dinaiki mangsa dengan sebuah treler membawa muatan besi.
“Kereta dinaiki mangsa dan treler 20 tan itu masing-masing terbakar 90 peratus. Mangsa yang terperangkap di dalam kereta disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
“Pemandu treler bagaimanapun terselamat dan operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap kini sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.
Operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa turut dibantu BBP Meru Raya, BBP Ipoh dan BBP Kamunting.
MANGSA DIPERCAYAI PELAJAR USAS
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di media sosial, mangsa nahas dipercayai pelajar USAS. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Takziah kepada ahli keluarga mangsa nahas.
Sumber: Kosmo Online, Sinar Harian dan sumber warganet di media sosial