Sudah tentu ramai yang rindu untuk menjamah hidangan roti canai di kedai mamak. Biasanya ia dihidangkan dengan kuah dal, kari dengan sambal ikan bilis. Tentu menyelerakan. Malah anak-anak juga sudah tentu dah lama teringin untuk makan makanan kegemaran ramai ni.
Jika dahulu sebelum PKP,kita bebas bergerak untuk makan dimana sahaja, namun kini telah ditetapkan syarat tertentu mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kepada yang teringin nak makan roti canai ala kedai mamak, apa kata buat sendiri roti canai di rumah. Anak tentu suka dapat makan panas-panas macam kedai mamak.
Menerusi perkongsian oleh puan Iza Haliza Mohd Zaid melalui group Masak Apa Saja Asal Sedap oleh Tok Mat Lesung , memberikan resipi cara membuat roti canai. Sukatan yang digunakan pun mudah iaitu mengunakan sukatan cawan dan sudu. Bukan itu sahaja, beliau berkongsi rahsia bagaimana mendapatkan doh lembut dan elastik.
Jom buat minum petang ni!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Ads
Doh jadi lembut dan elastik
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
Cara membuat nya:
1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tp campur semuer kalau pakai mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjarin
Ads
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat,
tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)
Dan saluti dgn marjarin utk mengelakkan ia dari melekat.(maisya salut dengan minyak)
Tinggalkan selama 2 jam.
Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
Ads
lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu…nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu
Di sini PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
Sarapan pg td..roti canai homemade..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian kali cukup berguna untuk peminat tegar masakan bersambal. Pasti di dalam peti sejuk tersedia stok cili kisar.
Bagi memastikan cili kering yang telah dimesin kekal elok dalam tempoh berbulan-bulan lamannya, anda boleh amalkan cara ini sebagaimana yang sering dipraktikkan oleh Puan Mim Nazihah.
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…mesti ramai yang dah tau kan… tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan…
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan…
inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat…
Bahannya :
40gm cili kering
3 labu bawang putih
Air tapis
Cara buat :
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3. Kemudian toskan. (Tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
4. Biarkan sekejap agak² sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip ye, guna air tapis. Dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
selamat mencuba.
sumber : Mim Nazihah Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari ini sudah raya ke lima, tentu ada antara kita merancang untuk membuat open house untuk saudara mara dan rakan-rakan.
Tentu pelbagai menu akan jadi juadah pada hari berkenaan. Salah satunya menu mesti ada kek raya.
Cara homemade lebih menjimatkan. Perkongsian daripada laman facebook Bulan Indah via Masak Apa Hari Ini yang menyediakan 3 resepi kek yang mudah dan enak.
?Kek Mejerin
?Kek Coklat Lembab Koko Leleh
?Apam Susu Viral
Jom buat!
Berikut cara membuatnya.
?Resepi Kek Mejerin
☘1 cwn mejerin (butter lg sdp taw/1 cwn jgk)
☘1 cwn gula(sy gn gula pasir je)
☘4 biji telor B
?1 sdm esen vanila
?2 sdm susu pekat
?1 sdm serbok penaik
?2 cwn tepong gmdum(ayak)(sy gn cap bnga ros)
?tepong ayak sekali dgn serbok penaik?
?pukul mejerin dan gula dlm 5 mnt…lps tu msukkan telor satu2..di ikuti esen vanila n susu..pukul lg dlm 3 mnt…mskkan tepong yg dah d ayak bersama serbok pensik,masukkan sikit2…pukul skejap agak sebati je..x perlu lama2..atau x perlu pukul dgn kelajuan..
?ok boleh bahagiankan kpd beberapa bhgian/ikot warna yg korang sk laa..
?sblum tu..panaskan oven 5 dulu..dgn kpnasan 180’ć atau..dan acuan perlu di sapu dgn minyak atau mejerin dulu yee…ok boleh bakar selama 45 mnt atau sehingga msk..cucuk dulu..baru taw msk ke x..tngok x lekat tuu..kira dh msk lee..ok
?Resepi Kek Coklat Koko Leleh
?3/4 cwn gula(gula pasir je)
?1 cwn susu pekat
?1 cwn susu cair(sy gn susu segar yg kotak kecil tu/sm sukatan 1 cwn)
?1 cwn minyak masak
?1 cwn serbok koko
?3 biji telor B
?1 1/4 cwn tepong gamdum(sy gn cap ros)
?1 sdt serbok penaik
?1 sdt soda bikabonat
?panaskan pengukus dulu yee
?dalam blender…mskkan telur,serbok koko,gula,susu pekat,susu cair n minyak..
?ok bleder semua bahan ni smpai sebati..agak2 laa yee…
?bekas lain..aykkan tepong skali serbok penaik n soda tu..
?ok..boleh tuangkan bhn yg dh d kisar td ke dlm tepong td tu…kacaw gn wisk jee…smpai sebati je…kalo korang rajin boleh tapiskan dulu..adunan ni..baru mskkan dlm bekas pengukus…xnk pon x pee…sy mls..sy x buat.sy terus tuang dlm acuan n kukus..tp acuan tuu perlu sapu minyak dulu yee…tdk nnt melekat plk ms nk keluarkan kek nnt.ok kukus api sederhana besar dlm 45 mnt..atau smpai msk..nk taw msk ke dak…cucuk ngan lidi dulu ye..
?ok..tudong pengukus sy x bungkkan dgn kain pon..tp sy bungkuskan acuan dgn plastik..tp plastik agar besar sikit dari acuan yee…ini utk elakkan air wap menitik ats adunan td…okkk
?Bahan Koko Leleh(tiada sukatan main agak2 je)(nak taw sedap ke idak,sambil2 lah rasa)
?korang satukan semua ni dlm kuali dulu…kacaw guna wiks je…dan rasa dulu jee..kalo manis boleh tambah serbok koko sikit…kalo pahit tambah susu pekat..kalo pekat sangat boleh tambah susu cair…
?pastikan dia x terlalu cair dan x terlalu pekat taw…x maw cair x besttt
?dah puas hati boleh panaskan atas api sekejap..api kecik jee taww!!kacaw selalu takot hangit/hangus…sekejap jee..agak2 panas jee
?kek bagi sejuk dulu..baru buat toping koko leleh nii….kek dah sejuk…boleh terus curahkan kat kek…
?blh hiasa dgn apa2 jee yang korang suke yee…
toping koko nii..kalo korang buat pekat…korang boleh letak kek korang ats papan kek tu..dan korang boleh hiasa/dekok kek korang mcm kek2 span kek2 yang toping2 tuu..sy lupe..apa nmnya.nii sbb dia x meneleh…
…….dan kalo korang nk dia meneleh mcm sy buat tuu..korang kena laa letak dlm bekas yg dlm sikit/tepawe kee…sbb dia meneleh..itu yg buat budak2 sk tu..tapi yg sy buat nii..x cair taw…agar2 kurang pekat
?Resepi Apam Susu Viral
?4 biji telor B
?1 sdm ovellete
?1 sdm esen vanila
?3/4 cwn gula
?6 sdm susu pekat
?1/2 cwn minyak
?2 cwn tepong gamdum
?perwarna ikot sk hati
?panaskan pengukus dahulu
?pukul telor,gula,ovalet,esen vanila…sampai kembang/gebu/putih(lama jgk…)kn betul2 gebu taw..baru jadi…(boleh tngok cek FB #cekdayang)(sy blajar dari situ)
?boleh masukkan susu dan minyak..pukul lagi..masukkan tepong sikit yee…boleh kaup balik je(tapi saya gn mixer pelahan dan sekejap je)
?okk…siap…acuan sapukan minyak terlebih dahulu ye..ini untuk memudahkan kek keluar dari acuan nnt
?boleh bahagikan kepada beberapa bagian..dan letak warna yang korang suke yee..
?ikot lah nk letak mcm mn…nk letak 2 warna saja pon blh…nak letak tompok2 pon boleh..kalo mcm sy…letak dulu warna hijau d bawah bagi habis,dan seterusnya…
?ok pastikan air kukusan dh mendidih ye..boleh la kukus dlm 45 mn..atau smpai msk..boleh cucuk dulu yee
?ok…sy x bungkus tudung periuk dgn kain..tp..sy bungkuskan acuan td dengan plastik yang lebih besar..ini utk elakkan air wap jatuh atas adunan tadi
?okkk…cucuk x lekat tuu kira dh msk laa yee….ok siap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ayam Goreng Berkunyit, Lembut & Juicy Berasa Sampai Ke Tekak. Confirm Makan Bertambah!
Bila dilihat dalam peti sejuk hanya ada ayam, rasa-rasa menu apa yang paling ringkas dan enak yang anda boleh sediakan ya?
Jika buntu, mungkin menu ayam goreng kunyit adalah pilihan terbaik untuk dimasak. Maklumlah dengan satu hidangan sudah cukup lengkap dengan sayur. Jadi tidak perlulah kita masak banyak menu, jimat masa. Apatah lagi diakui anak-anak memang suka makan lauk sebegini. Ringkas namun menyelerakan, boleh buat mereka makan bertambah!
Jadi jom buat resipi ayam goreng kunyit seperti yang dikongsikan oleh Roha Adrinna yang nampak begitu menawan selera.