Melihatkan pokok-pokok di Thailand yang berbuah lebat, mungkin ada yang menyangka mereka menggunakan baja kimia.
Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Ads
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Ads
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Ads
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalu pagi-pagi tak larat nak masak sarapan pagi yang berat kan? Bukan apa, nak uruskan anak-anak lagi, nak ke dapur lagi, memang macam lipas kudung lah ibu ke sana ke sini.
Jadinya… Nak sediakan sarapan yang mudah boleh la buat Roti Cheezy Balut Telur ni. Boleh anak-anak bawa bekal ke sekolah juga. Semestinya senang je nak buat cara puan Har Ryea ini. Jom tengok cara penyediaannya!
Setiap kali membaca kisah ibu kelar anak sendiri, ibu buang bayi dan sebagainya. Kita jadi marah dan menunding jari kononnya ibu ini tidak ada perikemanusian dan hati perut. Sehingga sanggup berbuat demikian pada darah daging sendiri.
Namun kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya bermain di fikiran ibu-ibu tersebut. Bagi yang jenis senang meluahkan mudahlah untuk membantu, namun bagi yang suka memendam, inilah yang berlaku.
Apabila sudah berlaku kes kematian, barulah kita mula sedar ada ‘yang tak kena’ dengan ibu tersebut. Malangnya sudah terlambat. Tapi bak kata pepatah ‘better late than never’, jangan biarkan si ibu ini terus dirundung masalah tekanan perasaan. Insan terdekat lebih-lebih lagi pasangan patut take note dan alert akan perubahan pada si isteri.
Perkongsian Ibu Rose – Mesejnya Kasih wajar dijadikan panduan untuk kaum suami sekalian. Moga bermanfaat untuk semua. Jom baca sama-sama!
Bukan senang bila mempunyai lebih dari seorang anak dibawah 3 tahun. Kita perlu memberi tumpuan perhatian pada mereka hampir 24 jam. Bila si abang atau kakak baru 2 tahun lebih dan adik baru setahun lebih atau kurang, maka inilah masa untuk anda mendapat tidur pun amat payah. Selalunya tidur akan terganggu kerana perlu menyusukan mereka pula.
Bila tidak cukup tidur, badanpun menjadi lesu dan otak pun menjadi kurang tajam. Penyakit lupapun datang dan keletihan menjadi teman utama. Bila badan lesu dan fikiran tidak tajam, maka tekanan emosi pun datang. Lalu mudahlah si ibu itu melenting dan menjadi cepat marah-marah.
Oleh itu pesan itu untuk;
KHAS UNTUK PARA SUAMI YANG PENGASIH DAN PRIHATIN
Di pagi Jumaat ini, Ibu ingin berpesan sedikit dengan para suami yang merupakan ayah yang beranak kecil. Mungkin tidak ramai diantara anda mengetahui akan hal ini. Iaitu ika isteri anda nampak begitu penat, kurang terurus, mudah lupa dan cepat marah-marah dengan anak, ketahuilah dia sedang diambang DEPRESSION.
Jika anda bernasib baik, dia akan memberitahu kepada anda bahawa dia perlukan masa untuk dirinya. Mungkin dia akan datang kepada anda dan mengatakan ” Abang, saya sangat memerlukan masa untuk bersendirian tanap anak-anak dan abang. Saya sangat memerlukan ME TIME – MASA SAYA.”
Terus peluk dia dan berbincanglah bila anda boleh mengambil- alih menguruskan anak-anak dan rumah-tangga. Dia tidak akan memerlukan masa yang lama. Dua tiga jam pun sudah memadai untuk dia kembali re-charge.
Bila dia meminta ME TIME itu BUKAN bermaksud anda tidak cukup menolongnya atau dia sudah tidak suka menjaga anak-anak atau anda. Itu bukan sebabnya. Sebabnya adalah simple. Dia perlukan rehat yang cukup untuk dia bertenaga kembali untuk diri anda dan anak-anak. Kerana dia amat sayangkan anda dan anak-anaklah dia meminta Me Time itu untuk dia re-charge.
Anda juga boleh meminta ME TIME untuk diri anda. Sebagai suami isteri, hormatilah apa yang diperlukan oleh pasangan kita untuk re-charge untuk menjadi lebih berdaya.
Jika Me Time anda adalah pergi bermain Futsal dengan kawan-kawan di waktu malam, isteri anda mungkin hanya memerlukan masa bersendirian tanpa anak-anak meminta itu dan ini, malah dia boleh melakukan sesuatu sendirian.
Bukan semua orang re-charge dengan berjumpa kawan-kawan, menonton wayang atau pergi shopping. Sebenarnya ramai yang hanya mahukan masa bersendirian tidak bersama sesiapa pun. Mereka ini dipanggil introvert – maksudnya untuk mereka re-charge, mereka perlu bersendirian. Manakala, extrovert adalah mereka yang re-charge dengan menghabiskan masa bersama kawan-kawan atau berjumpa orang ramai.
Ibu bersyukur sangat dan ‘sejuk perut ibu mengandung’ kata orang bila mendapat tahu bahawa anak lelaki Ibu yang telah berkahwin itu, samasa isterinya baru melahirkan bayi mereka sehinggalah setahun begitu, setiap hujung minggu, dia akan memberi isterinya untuk tidur diwaktu siang supaya dapat melepaskan letih dan dia menguruskan anak mereka serta kerja-kerja rumah.
Dan pada satu malam dalam seminggu, dia yang akan menyalinkan lamping anaknya diwaktu malam, supaya isterinya merasa seminggu sekali dapat tidur malam yang tidak terganggu. Bangga hati Ibu bila mendapat tahu akan perkara ini, kerana inilah contoh suami yang kasih dan prihatin terhadap isterinya.
Sekarang ini kita sering melihat para isteri menjadi lebih garang dan adakalanya kurang ajar dengan suami. Ini bukanlah suatu yang elok dilakukan oleh si isteri. Namun sebelum menghukum isteri-isteri yang jadi begini, cuba perhatikan juga rutin harian mereka.
Ada diantara mereka ini, bangun awal menguruskan anak-anak sendirian, hantar anak ke pengasuh sendiri, pergi kerja dan balik kerja sendiri, ambil anak dari pengasuh sendiri, uruskan anak-anak dan makan malam dan urusan rumah sendiri, dan bila malam semasa tidur perlu menyusukan anak. Tentulah mereka ini senantiasa keletihan. Maka cepatlah marah-marah. kepenatan boleh membuatkan sesaorang itu menjadi kurang siuman.
(Tetapi jika seorang isteri itu menengking dan memarahi suami sedangkan semua yang di atas ini tidak perlu dia lakukan, itu namanya akhlak buruk dan amat berdosa bagi si isteri itu. Terutama jika suami itu amat sabar dengan perangai si isteri itu. Sebelum sesuatu yang buruk berlaku segeralah bertaubat. Ini pesan Ibu, sebab syurga wanita yang telah berkahwin adalah di bawah tapak kaki suami yang bertanggung-jawab dengan penuh kasih dan sabar).
Walaupun si isteri itu suri rumah sepenuh masa, dia juga memerlukan masa untuk dirinya. Mungkin ada para suami yang tidak sedar akan hal ini. Sebenarnya, jika anda mempunyai anak-anak kecil berderet, semasa anda pergi kerja, isteri anda mungkin hendak ke tandas membuang air besar pun tidak sempat untuk melakukannya dengan tenang. Apatah lagi hendak mandi. Akan ada sahaja yang menjerit menangis dan memerlukan perhatian. Bukan kerana dia tidak bijak menguruskan anak-anak, tetapi kerana memang menjaga anak-anak kecil begitu. Oleh itu sedikit keprihatinan sayang semua para suami, amatlah besar ertinya kepada isteri anda.
Dan nasihat Ibu pada para isteri yang Ibu kasihi, jika suami anda sangat prihatin kepada keperluan anda terutamanya perkara seperti memberi rehat, me time dan sebagainya itu, hargailah dia dan jangan membebel kepadanya akan perkara yang kurang penting. Biar suami berasa seronok membahagiakan anda.
Ibu mendoakan agar semua pasangan suami isteri dapat bekerjasama untuk membahagiakan satu sama lain supaya anak-anak mudah menjadi anak-anak yang ceria, berakhlak mulia dan berjasa.
Bagi yang ditakdirkan membesarkan anak-anak sendirian. Bersabar ya sayang. Allah telah memilihmu kerana Dia mengetahui bahawa kamu mampu. Bergantung penuhlah kepadaNya dan pohon kekuatan dari Nya.
Malah samada kita ada pasangan yang baik atau kurang, tiada pasangan, semua kita bergantung kekuatan daripadaNya.
Salam Kasih untuk Semua, Ibu Rose
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Teringin pula tengok nasi air yang dikongsikan oleh Cik Puan Yana . Sesuai untuk dijadikan pembuka selera ni. Cara buat cukup mudah dan bahan pun tak banyak. Ini kalau dapat sekali makan tak cukup semangkuk. Nak cuba resipinya. Nah admin kongsikan di sini.
Ore kelate panggil nasik air…
Org jb paggil bubur nasi…
Tp nasik air kelate yg terbaik… Ada kuah sup,isi daging, ayam, ikan bilis,air lada dan myk bwh putih.. Ore klate sep sikit… 🖖🖖🖖
Resepi 👇
Nasi.. Blend beras spruh hancur & masak nasi sampai lembik😋
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.