Saya ada terbaca 1 perkongsian yang menarik tentang pengunaan kata JANGAN untuk anak.
Perkongsian itu menarik bila dikaitkan dengan pengunaan perkataan ‘JANGAN’ di dalam Al Quran.
Jadi, menurut perkongsian itu kita tak perlu lah teragak agak nak guna jangan dengan anak anak.
Kemudian, ada beberapa komen kata.
Yang selalu beri nasihat jangan guna perkataan ‘ JANGAN’ itu ialah orang barat yang tidak tahu apa apa tentang islam bla bla. Sesat..bla bla.
Sebenarnya kan.
Kalau ikut apa yang saya baca selama ini, bukanlah kita tidak boleh guna langsung perkataan jangan, cuma kita tidak boleh berlebih lebihan menggunakan perkataan itu.
Ini menyebabkan kata tegahan kita itu sudah tidak efektif.
Dalam sehari kita guna 100x jangan.
Jangan bising
Jangan lompat
Jangan kacau
Ads
Lama kelaman perkataan jangan itu sudah sebati dengan anak anak. Jadi bila kita larang mereka buat sesuatu lagi lah mereka buat.
Sebab itu pengunaan kata JANGAN itu sebaiknya gunalah pada waktu yang penting penting, untuk perkara yang juga penting
Biar anak kita faham, bila kita kata JANGAN itu bermakna mereka dilarang sama sekali untuk melakukan perkara itu.
Lagipun, psikologi kanak kanak itu sendiri, makin di larang makin dibuat.
Sebab itu, kalau kita nak larang anak buat sesuatu tidak semestinya perlu guna kata tegah. Alihkan perhatian mereka kepada perkara yang sepatutnya mereka buat.
Contohnya kalau anak kita asyik melompat atas sofa.
Ads
Dari kita asyik ulang
“Jangan lompat atas sofa, jangan lompat atas sofa..”
Lebih baik kita kata
“Turun bawah sini”
Beri alternatif kepada anak anak jika mereka masih mahu melompat.
Bila anak lelaki suka main anak patung, memang kena cepat buat aktiviti lasak. Apabila anak lelaki menonjolkan perwatakan lemah lembut, tentu mak ayah risau kan! Bimbang akan terbawa sehingga meningkat dewasa. Dr. Abdul Halim bin Masnan, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengupas isu ini daripada perspektifnya. Memang mengejutkan! Moga jadi kita muhasabah diri dalam mendidik anak.
Isu lelaki lembut dewasa ini semakin gamat dan kontroversi. Lebih-lebih lagi kita digemparkan dengan golongan LGBT khususnya, sudah berani bersuara untuk mendapatkan hak kebebasan mereka. Dari segi hukum agama memang salah dan perlu dibanteras dengan segera. Takut-takut mempengaruhi anak kita dengan gejala yang sangat songsang ini.
Saya tak nak ulas banyak sebab ramai dalam kalangan masyarakat tak kira dalam kalangan ulamak, orang politik mahupun rakyat jelata pelbagai bangsa sudah memperkatakannya dengan berharap agar ia dapat ditanggani segera dengan hikmah dan sejahtera bersandarkan agama.
Cuma saya kembalikan semula situasi kepada anak-anak kita yang mungkin akan menghadapi cabaran ini bila mereka meningkat dewasa. Dari segi psikologi perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur taska, iaitu 0-4 tahun, sebenarnya masih belum menampakkan dengan jelas sifat fizikal dan tingkah laku kelakian atau keperempuanan mereka Tetapi pada peringkat prasekolah ke atas, sifat ini sudah mula muncul dan akan lebih ketara berdasarkan tahap kematangan yang dibantu faktor hormon dan persekitaran.
KONTEKS ISLAM
Pengaruh gadget misalnya, sangat mempengaruhi jiwa kanak-kanak melalui perasaan ingin tahu setelah menerima terlalu banyak maklumat sama ada yang baik ataupun tidak. Apabila kita fokus kepada kanak-kanak lelaki khususnya, kecenderungan mereka untuk berada dalam dunia kelakian atau keperempuanan sebenarnya boleh dikenalpasti.
Dalam Islam, sifat kelembutan sang lelaki memang ada dinyatakan dalam Quran dan Hadith. Saya sendiri seorang lelaki lembut. Maksudnya nama saya, Halim itu maknanya lemah lembut. Dan nama tersebut merupakan nama bagi Allah Yang Maha Lemah Lembut. Tapi, untuk menampakkan maksud yang lebih jelas, nama itu perlu berpasangan dengan Abdul, iaitu Hamba Allah. Apabila nama Abdul Halim digabungkan membawa makna Hamba Allah Yang Lemah Lembut.
Jadi apa makna kelembutan dalam Islam bagi seorang lelaki yang nampak kontradik dari sifat lelaki yang lebih diterjemahkan sebagai keras, lasak, bertenaga dan macho?
Berdasarkan pemahaman saya, Islam menghendaki seorang lelaki itu mempunyai ciri kelembutan dalam tutur kata yang sopan, perbuatan yang lemah lembut dalam melakukan kerja yang berhati-hati, serta tenang dalam menghadapi situasi tegang yang memerlukan kita berfikiran rasional dan sejahtera.
DEDAH AKTIVITI LASAK
Jadi berbalik pada persoalan utama, adakah bahaya anak lelaki lembut, atau sebaliknya? Pengalaman saya mengajar prasekolah 15 tahun lepas, pernah berhadapan dengan anak murid lelaki yang bersifat lembut dari segi tutur kata dan perbuatannya. Sebenarnya, bagi saya anak itu didapati cenderung untuk memberikan banyak imej positif yang ditonjolkan dalam diri mereka.
Walaupun dia mudah mesra dengan semua rakan lelaki atau wanita, dia jarang menunjukkan situasi buli atau nakal yang boleh menimbulkan pergaduhan. Dia tekun buat kerja yang disuruh dan sangat sopan bertutur kata disebabkan suaranya yang lembut. Prihatin dalam melihat kawan-kawan yang lambat siap kerja, membuatkan dia seorang yang sangat membantu.
Tetapi mungkin menampakkan masalahnya bila dia suka bermain dengan aktiviti perempuan seperti memasak, dan bermain anak patung. Bagi saya itu adalah masih terkawal.
Jadi, walaupun pelbagai usaha di pra untuk menonjokan dia dengan aktiviti bersifat kelakian, sewaktu program perjumpaan dengan ibu bapanya, nasihat saya lebih berfokuskan kelebihan dia dari segi tingkah laku yang lembut dan bersopan yang perlu ibu bapa dikekalkan.
Walau bagaimanapun, kecenderungan untuk berimej kelakian perlu diwujudkan dengan lebih kerap seperti bermain aktiviti yang lasak seperti berbadminton, berlari, memanjat bukit dan berkebun.
Itu antara pengalaman yang saya lalui sejak kecil hasil didikan abah saya yang sering membawa saya berbadminton dan berkebun untuk menonjolkan perlakuan aktif dan lasak.
Dari segi sains, hormon testosteron pada lelaki dan estrogen pada perempuan, sangat mempengaruhi faktor fizikal dan emosi mereka. Namun, hormon estrogen misalnya, ada juga dimiliki oleh lelaki sama ada pada kadar yang sedikit ataupun banyak. Ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi tubuh badan fizikal dan perlakuan mereka yang sama ada terus kekal dengan perlakuan kelakian atau kecenderungan untuk ke arah keperempuanan.
KECENDERUNGAN BERMULA DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Persoalan bilakah anak lelaki atau anak perempuan ini akan mula nampak kecenderungan ke arah keperempuanan atau kelakian? Perkara ini sebenarnya akan lebih terlihat apabila mereka berada di sekolah rendah dan menengah.
Bagi murid lelaki, mereka akan mencuba untuk bercakap dan beraksi lembut, memakai pakaian yang berwarna lembut dan cerah seperti merah jambu dan jingga, serta menyertai aktiviti bersama perempuan. Ini boleh dilihat dengan lebih ketara apabila mereka akan mula cuba untuk memakai alat solek atau memakai pakaian wanita.
Begitu juga bagi murid perempuan yang menampakkan ciri-ciri mereka ke arah kelakian. Perkara tersebut seharusnya boleh diawasi oleh ibu bapa dan guru khususnya, dalam membendung dan mengatasi masalah ini.
Jadi, sama ada anak lelaki kita lembut atau anak perempuan kita lasak, masih belum terlambat untuk kita mendidik mereka untuk menonjolkan ciri kelakian atau keperempuan dengan aktiviti yang sesuai. Hormon yang ada dalam setiap anak itu walaupun berbeza-beza tahapnya, boleh dibantu untuk mereka menguasai sifat yang seharusnya ada dalam diri mereka.
KESIMPULAN
Sentiasa diterapkan dalam diri anak-anak dengan menghargai jantina yang mereka perolehi. Berikan khidmat sokongan sewajarnya kepada mereka. Dekatkan diri mereka dengan agama, ia lebih banyak membantu untuk mengetahui kenapa mereka diciptakan Tuhan. Juga berikan sokongan dan bimbingan agama sebenarnya boleh membantu kanak-kanak atau golongan tersebut untuk kembali kepada fitrah kejadian serta menghargai apa jua yang Tuhan beri. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Mengasihani.
Sumber: Majalah Keluarga via Dr. Abdul Halim Masnan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar seorang ibu dan dalam masa sama bekerja mencari rezeki bukan satu perkara mudah. Biarpun sudah mempunyai Wan Khair Amir, itu bukan menjadi penghalang buat pelakon popular, Mira Filzah untuk bergerak aktif dalam industri.
5 malam berjauhan
Baru-baru ini, Mira, 29, berkongsi pengalaman berjauhan selama enam hari dengan anak lelakinya atas tuntutan kerja di Bali, Indonesia. Akui pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman, dia menangis hingga bengkak mata pada hari pertama.
“Ini pun kali pertama tinggalkan Amir untuk lima malam. Hari pertama photoshoot mata bengkak, sebab malam sebelum tu video call Amir nangis nangis. Hari pertama saja lah tapi. Hari kedua dan seterusnya dah okay sikit.. Hehe.
Lepas ni ada lagi beberapa kali outstation. Lagi jauh, lagi lama. Tak tahu lah nak bawa balik susu macam mana untuk flight berbelas jam. Semoga cukup lagi bekalan susu dekat rumah bila outstation nanti. Semoga Mama pun kuat!”
Pernah terlepas timing
Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda turut menyediakan keperluan barang untuk dijadikan tempat penyimpanan bekalan susu di sana.
Katanya, bukan mudah untuk bekerja sambil menjalankan tugas ibu bagi mengelakkan berlaku bengkak susu.
“Pengalaman kerja di luar sambil pam susu bukan senang. Curi curi masa nak pam. Kadang-kadang tengok jam sampai terlepas timing, tahu tahu dah enam jam tak pam susu lagi!
Haa faham tak perasaan itu? Dengan bawa macam macam barang ke sana sini, ice packs, cooler bag lagi. Salute sangat mommies yang sibuk kerja tapi masih boleh ikut rutin pam susu!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata golongan ibu faham dengan situasi ‘kelam kabut’ itu di samping menitipkan kata-kata semangat.
Sekadar info tambahan, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dikurniakan Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Kala ini, beberapa buah negera seperti Pahang, Kelantan dan Johor sedang mengalami banjir di kawasan tertentu. Air naik dengan cepat hingga mencecah paras lutut di dalam rumah sehingga memaksa penduduk segera berpindah. Lebih menyedihkan ada yang telah menjadi mangsa banjir di Johor beberapa hari lalu.
Kelazimnya apabila berlaku banjir ia akan memberi kesan kepada semua orang termasuk haiwan. Malah mangsa akan dipindahkan ke pusat pemidahan banjir. Semua ini tentunya ada kisah tersendiri.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini, coretannya membuatkan kita rasa sebak apabila melihat kepada mangsa banjir yang akan melalui situasi ini.
Ikuti perkongsian ini. Moga kita semua berdoa agar banjir ini segera surut agar mangsa dapat pulang ke rumah.
Ini perkara yang mungkin ramai tak tahu bila berlaku banjir. Ini berdasarkan pengalaman 3 kali duduk pusat pemindahan banjir.
1. Makanan BUKAN satu masalah besar. Malah ia berlimpah ruah sampai beberapa bulan tak habis. Semua bagi bantuan makanan. *Sambil kongsi gambar banjir lepas. Baca di setiap gambar.
2. Masalah terbesar adalah TANDAS.
Semua tandas TAK BERFUNGSI. Lubang tandas dipenuhi air. Tak boleh flush sebab sekeliling kawasan pusat pemindahan banjir juga digenangi air.
Kasihan orang tua, ibu mengandung atau yang ada anak kecil. Bayangkan situasi itu. Siksa & ngeri.
3. Penternak binatang paling kasihan. Ada beratus-ratus ekor lembu, kambing, puluh ribu ekor ayam kena pindah ke tempat lain.
Takde kandang utk letak. Takde makanan (rumput tenggelam). Banyak binatang lemas.
Itu belum ayam, kucing dll yang 1-2 minggu duduk atas pokok tak makan.
4. Banyak pokok mati.
Bila air bertakung, banyak pokok (buah-buahan, bunga, sayur dll) akan lemas.
Kampung aku langsung takde pokok durian. Ia pokok paling manja. 100% confirm mati bila banjir.
Pokok paling tahan, pokok sawit. Sebulan bergenang air, takde satupun yang mati.
5. Banyak perabot rosak & pintu tak boleh buka.
Kenapa? Perabot zaman sekarang semua dari serbuk kayu. Bila terendam air, kitchen cabinet, almari baju, meja makan, perabot Ikea dll akan kembang & rosak.
Pintu kayu merantipun kembang. Kena ketam semula. SEMUA kena beli lain
6. Selamat tinggal karpet dan tikar getah. Kawasan yang selalu banjir akan pasang tiles satu rumah. Senang nak kemas.
7. Binatang dalam tanah semua keluar. Cacing banyak keluar di lantai tanah (tak timbul). Panjangnya dekat 1 meter. Takut kalau nampak.
8. Kena jauhi pokok. Semua jenis binatang liar akan panjat pokok untuk berlindung. Ular sawa, ular tedung, biawak, musang dll.
9. Kejadian kecurian berleluasa. Setiap kali musim banjir, banyak rumah kena pecah masuk. Diaorang ambil kesempatan rumah kosong.
10. Banyak penyakit kulit & cirit birit berlaku kat mangsa selama berminggu-minggu.
Cukuplah setakat ini. Semoga semua tempat yang dilanda banjir di seluruh negara segera pulih.
Ujian banjir ini seksanya hanya yang pernah alami faham. Emosi, fizikal dan kewangan akan terjejas.
Semoga mangsa banjir tabah dan bersabar hadapi situasi kini yang melanda kawasan masing-masing.
Sumber: Faisal Rahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.