Mengamalkan makanan sihat adalah keperluan setiap manusia. Makanan secara natural adalah yang terbaik namun kadang kala pengambilana makanan tambahan perlu untuk keimbangan badan.
Dengan cara hidup yang sibuk dan masalah cerewat makan adalah salah satu isu yang menjadi pencetus masalah kesihatan.
Di samping itu, turut dipersoalan mengenai banyak real food yang telah diubah secara genetik (GMO).
Bukan untuk menafikan kebaikkan makan makanan segar tetapi kadang kala, perlu juga makanan tambahan untuk bantu boost kesihatan diri. Namun kena juga pengambilannya atas nasihat doktor agar dos dan usia yang bersesuaian. Bimbang jika tersalah pilih makanan tambahan dan terlebih dos boleh mudaratkan kesihatan.
Setiap lapisan masyarakat mungkin memerlukan suplemen yang berbeza.
Ads
1. Suplemen untuk lelaki dan wanita. Terutamanya dalam hubungan suami dan isteri dan dalam proses mendapatkan zuriat.
.
2. Suplemen untuk atlet bagi meningkatkan pencapaian sukan. Jadi pilih suplemen yang organik, bukan “suplemen” yang dicampur dengan dadah atau bahan terlarang.
Ads
.
3. Suplemen untuk meningkatkan daya tahan terutama bagi mereka yang kerap demam dan selsema, ada masalah kulit yang kronik, atau penyakit kronik yang telah menerima rawatan tetapi masih tidak terkawal. Pilih suplemen yang sesuai dan dos yang optima.
.
4. Suplemen bagi kanak-kanak terutama yang obes akibat kegemaran mereka mengambil banyak makanan dan minuman bergula, banyak makan makanan berproses dan tidak suka makan sayur. Sebab itu banyak vitamin dan bahan tambahan yang ditambah pada susu tepung yang dijual dan diiklankan di TV.
Ads
.
5. Suplemen bagi wanita yang hamil dan menyusukan anak. Mereka kerap dibekalkan dengan asid folik, zat besi dan omega 3 untuk keperluan ibu dan anak.
.
6. Suplemen untuk meningkatkan tenaga dan berasa lebih positif dalam hidup.
Semua suplemen ini akan lebih berkesan dengan mengamalkan pemakanan yang betul dan menjalankan aktiviti fizikal yang secukupnya.
#HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai ibu bapa panik apabila mendapati anak mengalami pendarahan hidung secara secara tiba-tiba.
Perasaan takut turut datang bersilih ganti apabila memikirkan hidung berdarah sebagai petanda penyakit serius.
Usah bimbang mengenai hal ini, Otorinolaringologi Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M Sallih menjelaskan hal ini menerusi perkongsian di facebook miliknya.
Mesti ramai yang masih tertanya-tanya, apa punca hidung kerap berdarah? Ramai yang bertanya kepada saya, apa sebenarnya punca yang menyebabkan anak mereka mengalami pendarahan hidung secara kerap, walaupun fizikalnya mereka nampak sihat.
Di bawah merupakan beberapa sebab biasa dan common yang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku. Saya beri sepuluh punca. Antaranya :
1. Cuaca yang kering : persekitaran yang kering dan panas akan mengakibatkan lapisan mukosa dalam hidung anda kering dan mudah berdarah. Sekiranya anda sering mengalami pendarahan daripada hidung, pastikan anda mengelak daripada berada di kawasan yang terlalu kering yang boleh menyebabkan pendarahan lebih mudah berlaku.
2. Kerap mengorek hidung : ini biasa berlaku kepada anak-anak termasuk juga dewasa. Bagi kanak-kanak biasanya mereka akan menggaru hidung akibat gatal dan sebagainya, manakala bagi golongan dewasa tabiat mengorek hidung yang sudah menjadi ‘habit’ perlu dihentikan. Trauma dan luka pada lapisan dalaman hidung boleh mengakibatkan pendarahan.
3. Terlalu kerap menggunakan ubat nasal spray: ya, penggunaan ubat nasal spray adalah bagus bagi mereka yang mengalami masalah alahan, alergik dan sinus. Namun, untuk penggunaan sesetengah ubat nasal spray yang digunakan melebihi dan tidak mengikut nasihat doktor, ia boleh mengakibatkan lebih iritasi pada lapisan dalam hidung. Pendarahan boleh juga berlaku.
4. Ubat-ubatan : hati-hati dalam penggunaan ubat-ubatan khususnya jika anda mempunyai masalah pendarahan. Ubat-ubat seperti ubat tahan sakit jenis NSAIDS (non-steroidal antiinflammatory drug), ubat cair darah dan beberapa lagi yang lain boleh mengakibatkan pendarahan mudah berlaku. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat seperti ini.
5. Penyakit hati: sekiranya anda mempunyai penyakit yang boleh mengganggu fungsi pembekuan darah, seperti organ hati… ia boleh juga menyebabkan pendarahan berlaku. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya masalah yang anda alami tidak berkurang.
6. Alahan dan resdung : masalah ini merupakan antara yang biasa ditemui di kalangan pesakit saya. Sekiranya masalah sinus atau alahan anda tidak terkawal, anda memang berisiko untuk mengalami pendarahan hidung. Gunakan ubat yang diberi atas nasihat doktor. Cuba elakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan masalah anda bertambah serius.
7. Darah tinggi : masalah ini biasa berlaku kepada mereka yang mengalami ‘hypertension’ yang tidak terkawal. Pesakit biasa boleh mengalami gejala seperti pening kepala, kabur mata dan mereka juga boleh mengalami simptom pendarahan hidung akibat pressure terlalu tinggi. Kawallah tekanan darah anda. Pastikan anda mendapat follow up yang regular dan teratur bersama doktor.
8. Penyakit dalam darah : kadang-kadang kita tidak sedar bahawa pendarahan daripada hidung juga merupakan antara simptom kepada penyakit dalam darah seperti thrombocytopenia, leukemia, hemophilia dan sebagainya. Sekiranya anak anak anda ada tanda-tanda pendarahan atau lebam pada anggota lain selain hidung, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
9. Penggunaan bahan dan makanan tradisional : ada juga di kalangan pesakit saya yang mengalami pendaran hidung akibat masalah ini. Ada yang terlalu percaya pada suplemen atau minunan tradisional berbanding ubat-ubat hospital. Tujuannya untuk supaya badan lebih kuat, memutihkan kulit, mencuci buah pinggang kononnya, mengawal kencing manis… namun akibatnya, masalah lain pula yang datang. Penggunaan makanan atau minuman seperti ini tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan pendarahan berlaku juga.
10. Kanser : untuk mereka yang berusia khususnya(walaupun boleh berlaku kepada golongan muda), pendarahan daripada hidung secara tiba-tiba perlu diambil lebih serius. Apabila ia berlarutan melebihi tiga minggu disertai benjolan pada leher, masalah pendengaran, maka dapatkanlah pemeriksaan daripada doktor.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika kita ada membela kucing di rumah, tentu kita akan berasa bimbang dan sedih bila melihat kucing peliharaan yang dianggap sebagai ahli keluarga tiba-tiba sakit. Tentu sahaja kita akan cuba berikan ubat agar segera pulih.
Pun begitu, diakui bukan mudah sebenarnya untuk kita memberikan ubat kepada kucing kesayangan. Tersilap cara ubat tidak berjaya ditelan bahkan lebih teruk lagi bila kucing mula bertindak kasar dengan mencakar kita kerana tidak selesa dengan cara pemberian ubat yang kita lakukan.
Tapi jika kena tekniknya, mudah sahaja. Ini sebagaimana perkongsian video di laman TikTok oleh @ikahazira, rupanya ada dua teknik yang boleh kita lakukan untuk memberi ubat kepada kucing dengan mudah dan pantas.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga warganet turut berkongsi cara dan tip memberi kucing ubat malah ada juga berkongsi pengalaman ‘diserang’ kucing semasa memberikan ubat.
Tidak dinafikan sayur adalah makanan yang wajib untuk setiap hidangan kita. Lazimnya kita akan memasak sayur-sayuran ini. Pada masa yang sama kita inginkan kandunga nutriennya untuk kesihatan tubuh badan kita.
Bagaimana pun, tahukan anda sayur yang tidak dimasak, hanya dimakan mentah sahaja, menjamin nutrien yang lebih banyak. Malah terdapat beberapa jenis sayur sahaja yang boleh dimakan tanpa masak. Menerusi Dr Magaret Sivapragasam melalui group Makmal Makanan (MaMa), ikuti lanjut info yang bermanfaat ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Perlukah saya memasak sayur-sayuran?
Makanlah sayur-sayuran! Tidak ada cara yang betul atau salah untuk memasak sayur-sayuran, namun mengetahui pilihan yang paling sihat akan memberikan anda manfaat nutrisi maksimum.
Baiklah, hari ini kita akan membincangkan sayur mana yang paling sesuai dimakan mentah. Sayuran mentah sememangnya mempunyai nutrisi yang berbeza daripada yang dimasak.
Dalam beberapa kes, sayur-sayuran mentah lebih baik untuk anda; namun, tomato memberikan lebih banyak khasiat setelah dimasak.
Sayuran kaya dengan vitamin dan mineral. Vitamin ini boleh dikelaskan kepada jenis yang larut lemak dan larut dalam air. Vitamin A, D, E dan K adalah vitamin larut lemak sementara Vitamin B dan C adalah vitamin pula larut air. Vitamin larut lemak lebih stabil daripada vitamin larut air disebabkan yang sensitiviti terhadap haba memasak.
ALERT KANDUNGAN NUTRIEN SAYUR-SAYURAN
Oleh kerana sayur-sayuran yang mengandungi vitamin larut dalam air sangat mudah termusnah kerana haba memasak, mari kita lihat cara terbaik untuk menikmati sayur-sayuran ini! Mengutamakan pengambilan sayur-sayuran mentah dapat membantu meningkatkan pengambilan vitamin B dan C.
Brokoli, salad dan bayam mengandungi Vitamin C yang tinggi. Ini menjadikannya antara sayur-sayuran yang paling sihat untuk dimakan MENTAH.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Nutrition and Food Science (Zeng, 2012) melaporkan bahawa ketika dimasak, sayur-sayuran kaya vitamin C kehilangan antara 9% hingga 55% peratus kandungan vitamin C (bergantung pada kaedah dan suhu memasak).
KUKUS ADALAH TERBAIK DARIPADA MEMASAK
Mengukus mempunyai kesan yang paling tidak ketara, sementara mendidih menghancurkan nutrien yang paling banyak. Penulis kemudian menyimpulkan bahawa mengukus adalah kaedah memasak terbaik untuk mengekalkan vitamin C kerana ini kerana semasa mengukus, sayur-sayuran sebenarnya tidak bersentuhan dengan air dan wap panas mengunci nutrien sayur-sayuran.
Antara sayuran kaya vitamin C yang terbaik untuk dimakan mentah termasuk; • Brokoli • Tauge • Kacang salji • Kale • Salad • Kacang hijau
Sayuran enak ini boleh dijadikan ulam dan dinikmati bersama kuah (dressing), sos atau sambal belacan yang enak!
Reference: Zeng, C. (2013). Effects of different cooking methods on the vitamin C content of selected vegetables. Nutrition & Food Science
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.