Ibu bapa mesti sedia maklum, kesan habuk boleh menjejaskan kesihatan anak-anak. Malah orang dewasa juga tidak terkecuali. Paling dikhuatiri, boleh menjadi punca serangan asma yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
Nyata sekali, habuk ini jika tidak dihindarkan daripada ruang kediaman membawa banyak masalah. Jadi ketahui bagaimana petua atau tip untuk membasmi habuk dan sekali gus mengelakkan rumah menjadi tempat habuk bersarang.
Cara Elak Rumah Berhabuk
1. Kurangkan peletakan hiasan atau peralatan yang boleh memerangkap habuk di dalam kediaman.
2. Letakkan alas kaki. Satu di luar pintu dan satu lagi di dalam kediaman. Ini bertujuan untuk memerangkap habuk daripada di bawa masuk ke dalam kediaman.
3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain.
4. Penggunaan sofa jika materialnya daripada fabrik, pastikan mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk terus terperangkap.
5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.
Ekstra Info!
Ada 3 Punca Rumah Senang Berhabuk
1. Penggunaan kipas
Memang benar, tujuan kipas digunakan untuk memberi rasa nyaman dan keselesaan. Pun begitu, kipas adalah perangkap habuk terhebat. Oleh itu, pastikan anda membersihkan kipas sekurang-kurangnya dua minggu sekali. |
2. Jarak rumah terlalu hampir dengan jalan
Ini juga menjadi punca rumah lebih mudah terdedah dengan habuk. Apa yang perlu dilakukan pastikan pintu dan tingkap yang menghadap ke jalan ditutup sentiasa. Pun begitu, pastikan pintu atau tingkap di bahagian lain dibuka untuk aliran udara bersih masuk ke dalam ruang kediaman. |
3. Dekat dengan kawasan pembinaan
Ini tidak dapat dinafikan, bila ada sahaja projek pembinaan baru berdekatan kediaman pasti memberi kesan. Biasanya jumlah habuk yang ‘singgah’ di dalam kediaman akan bertambah dua hingga tiga kali ganda daripada sebelum projek dijalankan. |
Dr Ini Kongsi Petua Nak Hilangkan Pening. Boleh Follow.
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh dan adakala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormon dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar, hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening. Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
PETUA PENING KEPALA
.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
.
2. Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa. Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut. Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
.
4. Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secara meniup bibir).
.
5. Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
.
6. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
7. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetes. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
8. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air teh panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
.
9. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolisma dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
.
10. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
.
11. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia dapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
.
12. Makan makanan yang sihat. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekurangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber dapat membantu merawat rasa pening itu. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Haid Berpanjangan. Segera Ketahui Puncanya Agar Tak Bahayakan Diri!
Mengalami tempoh haid yang panjang tentu membuatkan sesiapa pun berasa bimbang. Manalah tahu, takut juga berlaku kekurangan darah dalam tubuh atau pun membawa kepada masalah yang lebih serius.
Jadi untuk memahami situasi itu, mari kita dengar penjelasan doktor ini. Jom semak.
HAID YANG PANJANG DAN BANYAK DARAH KELUAR
Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga menyebabkan wajah menjadi pucat dan cepat penat, sehingga rutin seharian terganggu.
Keadaan ini dinamakan MENORRHAGIA apabila kedatangan haid yang berpanjangan dan kehilangan darah yang banyak. Dari sudut syari’e pendarahan haid yang melebihi 15 hari dikira sebagai darah istihadah, di mana seorang wanita itu diwajibkan bersolat dan berpuasa.
Banyak punca berlaku keadaan seperti ini. Antaranya puncanya ialah :
1. KETIDAKSEIMBANGAN HORMON
Dalam kitaran haid yang normal, keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron akan menyebabkan lapisan dalam rahem (endometrium) menjadi tebal, kemudian akan runtuh menjadi darah haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium berkembang secara berlebihan dan akhirnya menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
2. KEGAGALAN FUNGSI OVARI
Jika ovari tidak berfungsi dengan baik, ia tidak melepaskan telur dan ovulasi tidak berlaku. Ini mengakibatkan tubuh gagal menghasilkan hormon progesteron, dan akhirnya membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
3. FIBROID RAHIM
Fibroid rahim boleh menyebabkan pendarahan haid yang lebih banyak dan berpanjangan dari biasa.
4. POLIP
Ia adalah ketumbuhan yang kecil dan tidak berbahaya yang muncul pada permukaan dalam rahim dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan. Polip rahim sering berlaku pada usia wanita 30an akibat penghasilan kadar hormon yang tinggi.
5. ADENOMYOSIS
Keadaan ini berlaku apabila kelenjar pada lapisan dalam rahim (endometrium) menjadi tertanam di dalam otot rahim, biasanya menyebabkan pendarahan berlebihan dan haid yang menyakitkan. Adenomyosis sering berlaku pada wanita pertengahan umur yang telah mempunyai anak.
6. ALAT PERANCANG KEHAMILAN DALAM RAHIM (IUD)
Menorrhagia merupakan kesan sampingan apabila seorang wanita menggunakan alat perancang kehamilan IUD yang tidak mempunyai tambahan hormon. Jika IUD adalah penyebab pendarahan haid yang berlebihan, maka dinasihatkan agar alat ini dikeluarkan.
7. KANSER
Kanser rahim, kanser ovari dan kanser pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan, tetapi jarang berlaku.
8. PENYAKIT KETURUNAN BERKAITAN DENGAN GANGGUAN PEMBEKUAN DARAH
Penyakit seperti penyakit Von Willebrand, suatu keadaan di mana pembekuan darah sukar berlaku, ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak normal.
9. UBAT-UBATAN
Ubat-ubatan tertentu, termasuk ubat-ubatan tahan sakit dan pencair darah boleh menyumbang kepada masalah pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan.
Jika anda mengalami pendarahan haid yang berpanjangan, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan bagi mencari punca masalah ini.
#HealthDrZubaidi
sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
“Tidak Sampai 14 Hari Aku Telah Bebas Covid.” Syukur Ya Allah!
Tiada apa yang lebih menggembirakan bila dimaklumkan oleh doktor, ujian saringan covid-19 adalah negatif.
Rasa syukur yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Begitulah yang dirasai kini oleh Aiza Syafinaz Aiza apabila ujian saringan kali kedua dan ketiga yang dijalaninya adalah negatif.
Bahkan, kegembiraan yang dirasai berganda apabila ayahnya juga telah disahkan bebas Covid-19.
Warganet turut merasai kebahagiaan tersebut dan mengucapkan rasa syukur malah ada yang hiba apabila membaca perkongsiannya itu.
Diharapkan juga lebih ramai pesakit Covid-19 akan kembali sembuh seperti biasa…amin.
Saya telah Bebas covid19😭😭
Allah maha baik.. ❤️
Allah maha baik.❤️
Allah maha baik…❤️
Dakaplah aku ya Allah swt dalam cinta mu ya Wadud.. hambamu yg penuh dosa mohon keampunan 😭😭 kuatkan iman ku ya Allah..
Dengan keberkatan dan kemuliaan hari jumaat sayyidul ayyam… penghulu segala hari.. akhirnya ujian saringan ku yg ke 2 (30.03.2020) dan ke 3 ( 4.4.2020) telah di sahkan negative dan bebas covid19… ya Allah sujud syukur kepada Allah…Allah maha berkuasa🙏 Ayah saya juga telah pulang ke rumah di Simpang renggam setelah 19 hari berjuang di wad hospital permai Jb…. terima kasih semua… terima kasih Muslimin dan muslimat..
Tidak sampai 14 hari aku telah bebas covid😭😭😭 satu keajaiban dr Allah swt… dan berkat doa keluarga…mak abah adik beradik . sahabat fb..doa master leader ku semua.ibu ibu ayah ayah angkat.. . .doa ustaz ustaz ku di Makkah dan di Malaysia.. ustazah semua.. ustazah aishah..para pengamal perubatan tradisional… sahabat AIM.. jiran jiran ku yg budiman..doa rakan karib.. kekanda semua.. sahabat Lpu mara.. .. doa sahabat syurga dan seluruh rakyat Malaysia…akhirnya dpt discharge… 😭😭😭😭
hampir 8 hari dlm wad doktor sahkan aku telah negative dan di pindahkan ke Pusat Belia Antarabangsa cheras utk self kuarantin selama 14 hari.. alhmdulillah… di situ akan di jaga oleh APM.. RELA.. KKM…
Terima kasih ya Allah kau izinkan aku bernafas lagi meneruskan perjuangan dan engkau angkat kesakitan ku…. berikan aku peluang ke 2 utk bertaubat… dan membantu lebih ramai lg insan di luar sana… Kekuatan yg Allah pinjam kan utk aku yg berlawan dengan emosi setiap hari… setelah covid 19 meragut nyawa buah hati tercinta… suami yg menjadi tempat bergantung harapan… 😭 Al fatihah utk Mohd Fairos bin Saberon
Terima kasih ya Rahman Ya rahim memperkenan kan doa ku.memperkuatkan cinta ku Kepada MU.. memperkuatkan antibodi ku…. memperkukuhkan imunisasi badan ku…Alhmdulillah speedy recovery..aku sedar ya Allah covid ini tiada ubat.. tetapi ubat nya penawar nya ada dalam diri kita dengan izin Allah swt..
Teruskan berdoa utk rakan rakan sy di dlm wad bilik 14 ini dan semua Pejuang covid sama ada di dlm icu atau di wad biasa.. plz ikut saranan kerajaan…patuhi pkp.. teruskan berdoa…
Doa Mohon Kesembuhan Penyakit
Sakit adalah takdir yang tidak ada seorangpun yang tahu bila akan datang. Semua orang pernah mengalami sakit. Dan semua yang mengalami sakit pasti menginginkan kesembuhan dari Allah swt
Ikhtiar yang dilakukan adalah dapatkan rawatan dgn cepat sabar dan redha.Maka sempurnakanlah ikhtiar itu dengan do’a, memohon pada Allah. Ini adalah doa memohon kesembuhan atas penyakit yang diderita.
اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذهِبِ البَأسَ اشفِ أَنتَ الشَّافِيء لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاوءُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Allahuma rabbannas, adz-hibil ba’sa isyfi antasy-syafi laa syifa’a illa syifa’uka, syifa’an laa yughadiru saqaman.
Ertinya:
Wahai Allah Tuhan manusia, hilangkanlah rasa sakit ini, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan yang sejati kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu. Yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan komplikasi rasa sakit dan penyakit lain.
Kini saya berada di pusat kuarantin IYC cheras dalam keadaan sihat dan walafiat… terima kasih semua..
Aiza Syafinaz binti Shahak
0137572177
Sembuh kerana Allah.sakit kerana Allah.
Terima kasih Daniel… alia.. doktor zulaikha… para nurse.. matron.. sister… para doktor…. kkm.. pdrm… perkep.. para frontliner yg begitu ambil berat tentang saya dan pesakit covid yg lain… …Terima kasih atas doa semua…. terima kasih Allah swt.nikmat malam nisfu syabaan… Allah angkat doa kami semua.. ampuni aku ya Allah.. . 😭😭😭😭😭😭😭😭😭
sumber : Aiza Syafinaz Aiza