Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami situasi anak kecil menangis dengan kuat. Bukan itu sahaja, kelakuannya berubah, matanya terbeliak/meliar ke atas pada tempat yang sama terutamanya waktu maghrib?Pasti membuatkan anda cemas dan bingung apakah yang berlaku bukan?
Ini berlaku disebabkan oleh rumah anda mungkin dimasuki jin. Menurut Ustaz Azhar Idrus, 10 minit sebelum maghrib pastikan pintu rumah dan tingkap telah ditutup untuk elak rumah dimasuki oleh Jin bernama Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini hanya akan masuk ke dalam rumah yang mana pintu dan tingkap terbuka luas.
Mengulas mengenai isu tersebut, Dr Taufiq Razif berkongsi mengenai anak perempuannya yang mengalami situasi yang sama.
Mungkin panduan yang diberikan oleh doktor ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mungkin mengalami situasi yang sama.
Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!
Ads
Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai :
– demam tinggi
– jadi taknak menyusu langsung
– muntah-muntah
– penafasan laju
– sawan
– perut kembung
– tak berak dan tak kencing
– cirit birit yang cair ataupun beserta darah
Kalau yang ni memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam ni normal je cuma tangisan dia tu melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.
Ads
Saya jenis tak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.
Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tak bagi anak-anak keluar waktu senja, tutup pintu waktu senja dan tak digalakkan buka pintu pada waktu senja ni memang ada dalam Hadis Sahih.
Nak tahu anak kita kena gangguan ‘luar’ waktu senja ni senang je. Kalau ada tanda ni mungkin dia tengah diganggu :
Ads
1. Menangis pada waktu senja
2. Ada pintu yang terlupa nak ditutup
3. Anak normal dan takde sakit apa-apa
4. Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan la tu.
Kalau dah jadi camtu cepat-cepat cari pintu atau tingkap yang tak tertutup tu dan tutup segera dengan baca Bismillah. Amik air, baca Ayat Kursi 3x dan hembus pada air. Sapu air tu sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tak reda jugak cuba azan dalam rumah ye.
p/s : Jangan pulak ingat semua tangisan bayi ni sebab gangguan. Kebanyakannya normal je insyaAllah. Biasa la budak-budak nak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ni semua mak ayah wajib tahu. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu sebab sangat ramai mak ayah yang tahu tentang info ni.
Memiliki keluarga bahagia tidak akan berhasil dengan hanya mengharap tanpa adanya usaha.
Antara usaha -usaha dan amalan yang boleh dilakukan adalah seperti ini, jom semak.
30 PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
🔴 Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
🔴 Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu– penyayang dan pengasih.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati–
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.” 😭
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak–
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/ meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada.) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Impian pelakon Shima Anuar untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila disahkan hamil luar rahim.
Berita tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Pelakon berusia 31 tahun itu masih berada dalam unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan bagi menggugurkan kandungan di sebuah hospital, semalam.
“Ia sangat menyakitkan. Masih dalam ICU. Saya kehilangan darah ketika pembedahan semalam dan saya kehilangan bayi dalam kandungan kerana kehamilan di luar rahim (ektopik).
“Terima kasih terlalu ramai yang mendoakan saya. Saya akan baik-baik saja Insya-Allah,” tulisnya dengan memuat naik sekeping foto sedang dirawat di ICU.
Sebelum ini, Shima memaklumkan dirinya sedang berbadan dua dan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti seni.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha, 54. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariam Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet berkongsi ucapan takziah dan menitipkan doa semoga Shima kembali sembuh dan sabar dengan dugaan tersebut.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.