Kaum wanita dan hobi membeli-belah memang sukar dipisahkan. Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, golongan mak-mak ini beralih minat membeli keperluan untuk anak pula.
Antara barangan yang paling mak-mak suka beli untuk anak adalah pakaian dan alat permainan. Walaupun koleksi pakaian anak sudah banyak di rumah tapi bagi kaum ibu tak salah membeli pakaian baru untuk anak.
Biasanya ‘geng mak-mak’ siap ada kategori tertentu pakaian untuk anak antaranya pakaian duduk rumah, pakaian ke taska atau rumah pengasuh, pakaian jalan waktu malam, pakaian ke shopping mall dan sebagainya lagi.
Kanak-kanak merupakan golongan kecil yang mempunyai personaliti unik tersendiri. Mereka boleh berubah daripada sifat ingin tahu, cheeky, lantang bercakap kepada menjadi kelakar, berwawasan dan bertimbang rasa dalam sekelip mata.
Tetapi mereka sentiasa tulen, individualistik dan jujur kepada diri mereka sendiri.
Biasanya bila membeli pakaian untuk anak, ibu-ibu akan membuat pilihan fesyen berdasarkan kepada karektor anak mereka.
Adakalanya pening juga kepala ibu untuk memilih fesyen yang dapat memenuhi citarasa anak mereka.
Pakaian Untuk Kanak-Kanak Yang Unik
Jenama Round Ages merupakan jenama fesyen kanak-kanak yang ingin memupuk rasa keperibadian yang kukuh melalui koleksi pakaiannya.
Ads
Pakaian ini menawarkan alternatif kepada fesyen kanak-kanak terkini. Round Ages bukan dihasilkan secara besar-besaran di kilang.
Sebaliknya setiap reka bentuknya bertujuan untuk memuji kanak-kanak yang unik dan memberi karektor kepada golongan kecil ini dengan personaliti unik mreka tersendiri.
Koleksi pakaian jenama ini memahami bahawa tidak semua kanak-kanak atau ibu bapa masih mempunyai citarasa pada rekaan corak kereta api, trak, dinosaur atau renda tradisional.
Gaya fesyen Round Ages sangat urban, kemas, bergaya dengan gabungan perincian yang bergaya menjadikan setiap koleksi sentiasa menonjol dan sesuai digayakan pada bila-bila masa seperti percutian bersama keluarga di hujung minggu atau menghadiri acara khas.
DNA rekaan Round Ages bukan untuk membebankan atau membiarkan pakaian itu sekadar menyarung tubuh si kecil sebaliknya untuk menonjolkan keanggunan dalam gaya sederhana secara bersahaja serta membolehkan personaliti kanak-kanak lebih menyerlah.
Ads
Jenama ini dihasilkan idea daripada empat orang rakan sekolah dan universiti yang ingin mempopularkan jenama tempatan yang mempunyai kualiti antarabangsa.
Bosan dengan lambakan koleksi pakaian kanak-kanak yang dibuat dari kilang, empat sahabat ini melihat potensi dalam menawarkan ibu bapa yang berfikiran sama dengan kualiti premium, reka bentuk yang menonjol dan pastinya harga yang tidak membebankan dompet.
Fakta Menarik Jenama Round Ages
Koleksi pakaian untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan antara usia 3 hingga 12 tahun ini mempunyai beberapa ciri yang menarik.
Ads
1. Diperbuat daripada fabrik tenun berkualiti tinggi yang diperolehi dari seluruh dunia membuatkan jenama ini tahan lama, tahan luntur serta regangan.
2. Harga koleksi pakaian ini bermula dari RM49 hingga RM159.
3. Setiap rekaan difikirkan dengan teliti dan mesti mendapat kelulusan kanak-kanak.
4. Kerjasama dengan tukang jahit berpengalaman tempatan untuk memastikan kualiti dan perincian rekaan diberi perhatian.
5. Reka bentuk tak lapuk dek zaman dan fabrik berkualiti membuatkan pakaian ini tahan lebih lama untuk digunakan oleh adik-beradik yang bakal lahir atau didermakan.
Round Ages akan mengadakan jualan pengenalan dari 30% hingga 50% di laman web mereka bermula 15 Julai sehingga 15 Ogos 2022.
Jenama pakaian ini boleh dibeli di Zalora atau di laman web www.roundages.com atau kalau nak menang hadiah boleh jawab soalan berikut. Peraduan bermula 20 hingga 30 Julai 2022.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau sebut jamu rata-rata daripada kita pasti menolaknya. Mungkin memikirkan rasa dan baunya yang kurang enak dan pahit.
Tak mahu makan jamu yang ada dipasaran? Apa kata anda buat sendiri. Bukan hanya lebih bersih, malah kita boleh olah sendiri mengikut rasa yang kita inginkan.
Salah satu jamu yang anda boleh lakukan sendiri di rumah adalah Jamu Asam Kunyit yang dihasilkan oleh saudara Noor Mila ini difacebooknya. Nampak menarik!
Minum jamu kunyit asam ini, selain membuang angin dalam badan, juga berkesan menurunkan berat badan. Malah ia juga dapat melancarkan proses metabolisme tubuh, melancarkan peredaran darah dan membakar lemak. Jom cuba.
Jamu Asam Kunyit
Bahan-bahan:
Kunyit hidup
Halia
Manjakani
Gula melaka
Asam jawa
Air secukupnya
Caranya:
1. Masukkan halia, kunyit dan manjakani ke dalam periuk.
2. Rebus halia, kunyit dan manjakani sehingga masak dengan 2 cawan air.
3. Setelah selesai merebus, kisar kesemua bahan yang direbus bersama-sama dengan air rebusan.
4. Saringkan dan ketepikan hampasnya.
5. Jus yang telah disaringkan tadi dimasukkan semula ke dalam periuk, di rebus di atas api perlahan bersama-sama dengan gula melaka dan air asam jawa.
6. Setelah masak, bolehlah di minum perlahan-lahan.
Sumber: Noor Mila
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setuju tak selain dari keselesaan susun atur di dapur, peti sejuk yang teratur juga jadi punca untuk ambil mood nak masak. Kan? Bila tengok peti sejuk yang barangnya tunggang langgang dalam tu, terus tak ada idea nak masak, silap-silap boleh stress mikir!
Lebih-lebih lagi bila nak masak dalam keadaan yang tergesa-gesa, ye la tugas mak ni bukan boleh fokus satu kerja je, mana nak jenguk anak lagi. Bagi ibu yang bekerjaya pula, dah penat kat ofis, balik kerja terus masuk dapur nak masak cepat-cepat untuk makan malam.
So tak nak stress tengok peti sejuk tu, ibu boleh la guna tip susun atur peti sejuk ni perkongsian dari Deco Viral. Boleh praktikkan weekend ni, gadai la masa sikit untuk mengemas peti sejuk supaya hari yang sibuk kita tu, sejuk je mata memandang seperti sejuknya peti sejuk kita. Gitu! Jom semak tipnya!
Susun Atur Dalam Peti Sejuk
Seperti yang dijanjikan, hari ni saya berkongsi tips susun atur di dalam peti sejuk.
1. Tiada kotoran dibawa masuk dalam peti sejuk. Contohnya, sayur perlu di bersihkan akarnya yang masih mempunyai tanah.
2. Simpan bahan mentah dalam bekas yang sesuai dan bersih.
3. Bahan mentah contohnya ikan dan daging di siang dan dibersihkan dahulu serta dipotong pada saiz yang lebih kecil supaya tidak dinyahbeku berkali-kali.
4. Labelkan bahan mentah. Jika perlu, letakkan tarikh bila kita beli. Amalkan “first in, first out”.
5. Asingkan tempat simpanan makan siap dimakan “ready to eat food (RTE) ” dan bahan mentah. Letakkan RTE ini di rak bahagian atas dan bahan mentah yg belum dimasak di rak bawah untuk elakkan pencemaran silang berlaku.
6. Tin susu sejat yang telah dibuka, jangan disimpan terus ke dalam peti sejuk. Tukar ke bekas lain yg bertutup. Tin akan berkarat.
7. Daging, ayam, ikan dan hasilannya perlu di susun di ruangan sejuk beku dengan baik. Jangan terlalu padat supaya semua bahan mentah ini akan sejuk sekata.
8. Begitu juga pada ruangan dingin. Jangan terlalu banyak barang disimpan. Rancanglah pembelian barangan anda.
9. Selalulah keluarkan makanan RTE yang disimpan seeloknya jangan melebihi 2 hari.
10. Pastikan suhu di ruang sejuk beku dan dingin pada suhu yang betul.
11. Pastikan anda tidak selalu buka dan tutup peti sejuk ini dikhuatiri suhu akan bertambah (naik) dan makanan RTE tiba-tiba berkurang.
Sumber : Sazly tulih, Puan Fazilah Ali via Deco Viral
Kalau muka kusam dan berjelaga kesan daripada percutian hujung tahun ni, ada baiknya anda sental wajah dengan skrub muka yang sesuai.
Nak lagi hebat dan mujarab, pilihlah skrub tradisional yang dibuat sendiri di rumah. Perkongsian Awanie Hashim yang mencuba melakukan skrub sendiri di rumah dengan hanya menggunakan tiga bahan dapur, buat kita rasa tertarik untuk mencuba. Nampak mudah sebab hanya guna tiga bahan saja!
Jom cuba ikut caranya. Mana tahu hasilnya mantap.
Hari cuti ni tak tau nak buat apa kan, apa kata kita buat homemade skrub. Guna apa yang ada kat dapur je. Mudah kan? Senang pun senang dan jimat duit.
Apa yang bestnya skrub ni boleh tanggalkan sel kulit mati. Lepas pakai kulit kita rasa lembut dan halus je. Bukan boleh pakai dekat muka je, badan pun boleh.
Bahan-bahan:
Beras
Kunyit
Asam jawa
Caranya:
1. Ni bahan-bahannya. Hanya guna beras, kunyit(seeloknya kunyit hidup tapi kalau tak ada, kunyit pun boleh) dan asam jawa. Kuantiti agak-agak je.
2. Kisar bahan-bahan tadi dalam pengisar kering sampai hancur semuanya.
3. Ok ni hasil lepas dikisar.
4. Bila kita nak guna ambil sikit dan campur dengan air.
5. Jangan cair sangat ataupun terlalu pekat.
6. Lepas tu, sapu lah dekat muka, badan kat mana kita nk pakai. Dah siap, bilas dengan air kemudian baru cuci dengan sabun pencuci biasa.
7. Lihat hasilnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Awanie Hashim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di