Memang benar, apabila sudah berkahwin, ramai wanita yang tidak mempunyai cukup masa terutama dalam hal menguruskan rumahtangga. Biarpun ada suami yang membantu, mereka tetapi memastikan urusan rumah ‘settle’ sebelum masuk tidur. Selagi tak siap, tak lena tidur.

Begitu juga dengan perkongsian ini yang tidak menafikan ada isteri yang bersikap begitu. Mereka fokus kepada apa yang dilakukan untuk memastikan rumahtangga terurus dengan sempurna.

IKUTI PERKONGSIAN INI

Ini Sebabnya Orang Perempuan Terakhir Masuk Bilik Tidur. Antaranya Fikir Kerja Rumah Yang Belum Siap. 

Lepas je tol kulai suasana dalam kereta terus senyap sepi.

Padahal sebelum tu rancak juga berbual. Sambil sambil memandu tu nak bagi hilang ngantuk ajak la isteri borak pasal kerja, pasal bisnes dan pasal anak anak.

Sedang sedap berborak tu tiba tiba isteri mengadu,

“Syg tak boleh tidur dalam kereta ni, sakit pinggang ni tidur menegak”, katanya..

Saya balas sedapkan hati “Iyee syg, Memang la sakit tak biasa tidur duduk”

IKLAN

Borak borak punya borak. Tak sedar sampai sudah tol kulai. Pandu masuk lorong touch n go.

Kalut punya pasal tak perasan baki ada berapa. Kalau tak cukup kena la berhenti topup dulukan. Cuba la tanya isteri mana tahu dia perasan,

“Syg nampak tak tadi baki touch n go ada berapa?”

“Syg.. syg..”

Hampeh, dah lena rupanya. Sakit sakit pun tidur juga. Huh!

IKLAN

Orang perempuan ni kalau masuk kereta mesti mudah lena. Kereta ni boleh di ibarat zon “lena” diorang.

Anak kalau dah lena mak comfirm akan lena juga. Sudahnya memandu sorang diri juga sampai ke melaka.

Tapi kasihan juga. Nasib baik dia sempat lena dalam kereta.

Sebab sampai je rumah dia terus bertukar masuk zon “kalut” para mak mak

Masuk rumah, buka tudung, lipat lengan baju terus ambil baju kotor dalam bagasi masuk dalam mesin basuh.

IKLAN

Lepas sumbat baju dalam mesin tu dia pergi pula mandikan anak. Sorang sorang dia mandikan.

Lepas tu dia siapkan makanan pula untuk saya dan anak anak. Sorang nak kicap sorang nak mee. Berkicap kat dapur, kasihan.

Sudahnya dia la orang terakhir yang masuk bilik tidur.

Ini Sebabnya Orang Perempuan Terakhir Masuk Bilik Tidur. Antaranya Fikir Kerja Rumah Yang Belum Siap. 
Gambar hiasan

Itu pun bukan terus tidur. Terkebil kebil mata nak melenakan diri. Barangkali ada terfikir kerja yang belum settle.

Dalam hati saya terdetik. Patut la dia senang lena dalam kereta tadi rupanya “mental state” masa dalam kereta ni sangat tenang dan lapang.

Bila sampai je rumah “mental state” terus berubah jadi fokus pada tugas dan amanah.

Itu la frontliner setiap rumah. Komited pada tugas dan amanah. Rumah ni ibarat medan perang. Susah nak lena, kasihan pada semua mak mak.

Kredit: Mohd Fhais

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI