Yatt Hamzah selamat melahirkan bayinya yang keenam hari sabtu yang lalu, bayi lelaki dan satu-satunya putera sulung Yatt ini awalnya dijadualkan bakal dibedah, namun saat-saat akhir, yatt dapat melahirkan anaknya secara normal.
Jam 11 mlm semalam hampir2 masuk ke OT utk dibedah (caesarean), dengan kuasa YG MAHA BESAR, pada saat2 akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad. Pengalaman yg LUAR BIASA.. HEBATNYA KUASA DOA.. ALLAHUAKBAR!
Dalam pada itu, Yatt melahirkan rasa syukur dan gembira kerana akhirnya dikurniakan anak lelaki. Dia turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakannya selama ini.
. Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak LELAKI PERTAMA Bonda.. satu2nya anak LELAKI. Terima kasih semua keluarga, sahabat2 dan followers Bonda yg baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yg tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini..
Ads
. Paling utama doa suami @zulfadhli_khiruddin ♥ . Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni pd jam 11.16 mlm ini. Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah.. Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yg Soleh, Pejuang Agama.
. In shaa Allah nanti Bonda akan share perjalanan di Labour Room dan betapa besarnya KUASA DOA. Tapi sekarang Bonda dan baby nak rehat dulu ya.. . SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR..
Yatt yang mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.
Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak sebenarnya kegunaan nasi putih. Selain dijadikan nasi goreng untuk esok paginya atau keropok jajan, ibu-ibu boleh buat resipi apam nasi ni. Resipi ini dikongsikan oleh puan
Fazilah Md Yussop yang di ambil dari page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Lebih sedap dan menarik apabila ditambah dengan perasa pandan di dalamnya. Cicah pula dengan kelapa parut yang ditabur sedikit garam. Perghhh memang sedap. Jom cuba!
Selamat pagi semua..pagi ni kita sarapan apam beras pndan..terima kasih sahabat empunya share resepi dlm group ni.. Alhamdulilah..sdap sangat 2..
Apam nasi pandan Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk
11/2 cawan gula
2 cawan pati daun pndan
Bahan b
11/2cwan tpung gandum
2 cawan tepung beras
1 peket mauripan
Cara membuat:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami isteri saling memerlukan. Ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan, masing-masing memainkan peranan sendiri dalam menggerakkan bahtera rumah tangga.
Justeru, kerjasama, bertolak ansur dan saling memahami adalah kunci kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga.
Perkongsian lelaki bernama Mizan Dzai ini sangat bermanfaat buat pasangan suami isteri.
Jom kita baca dan jadikan panduan dalam melayari alam rumah tangga dengan harmoni dan bahagia!
WANITA-WANITA YANG SETIA.
Suami dan isteri ada peranan masing masing. Peranan dan tanggungjawab suami besar, bukan hanya sekadar berstatus suami. Kita yang lelaki ni, kalau tak diberitahu dan kalau tak di ingatkan, kalau tak ditimpa musibah, kita lupa.
Itu memang sifat kita. Ini sekadar pedoman buat lelaki dan suami seperti aku yang seringkali terlupa.
Kita duduk dalam rahim wanita 9 bulan 10 hari lamanya, sampai koyak isinya untuk lahirkan kita dulu, anak-anak kita nanti. Luka kulitnya dengan benang jahitan yg kekal parutnya sampai bila-bila.
Darah dan airmata yang tumpah tu kita nak kira macam mana? Saat diorang menahan derita dan sakit tu kita nak balas dengan apa?
Kita tanya diorang, sejak lahirkan kita sejak lahirkan anak-anak kita, bila last diorang makan kenyang sekenyangnya?
Bila masanya diorang dapat tidur senyenyaknya?
Pernah kita bangun teman isteri susukan anak, tahan belakang badan isteri masa menyusukan zuriat kita dengan sakit epidural, czer, meneran yang masih berbaki?
Jangan cakap kau, aku sendiri tak mampu, serius. Tak terlayan nak bangun setiap 2-3 jam. Dioranglah bangun paling awal, tidur paling lambat.
Kita tanya mak dan isteri kita, waktu bila yang diorang paling takut sekali?
Waktu diorang rasa nak demam. Siapa nak jaga anak-anak, siapkan makan pakai kita? Nak harap kita yang lelaki ni? Harapan.
Tak pernah langsung dikisahnya pasal sihat atau sakit asalkan kebajikan dan keperluan suami serta anak-anak terjaga.
Apa yang susah, apa yang sombong sangat nak pura-pura tak ingat? Tegas mempertahankan ego ‘Aku Suami’ tak kena pada tempatnya? Sampai ada yang terajang anak isteri kononnya nak mengajar.
Kalau mak kau tau perangai kau macam tu dari kecik dia dah picit-picit kau sampai keluar taik hijau. Cuba kita ingat balik, bila waktu diorang cuti sejak kau terima nikahnya? Cuti dari tugas isteri dan ibu.
Mak dan isteri pengorbanannya sama.
Disisi Tuhan mereka adalah makhluk yang dimuliakan. Sehina dan sejahat jahat kita dulu, mak dan isterilah yang takkan berpaling muka dari kita. Setia di sebelah dengan harapan ada sinar untuk kita berubah, nikmati bahagia bersama.
Kita komplen isteri tak dengar cakap, tak turut perintah, tak lawa macam dulu. Kalau nak cerita pasal dulu, kau ingat dulu kau sorang je ke nak dia?
Kalau dia tau perangai kau kaki pukul, kaki dadah, buat dia macam khadam kau ingat dia nak ke kat kau? Nak bini lawa bukan main tapi minta beli set makeup pun kau kata membazir, baik buat makan dari beli benda yang tak penting katerr koo.
Baju seluar isteri dari kahwin sampai anak 3 tak bertukar-tukar tapi kau bukan main melaram dengan baju Supreme, sportrim 20 inci.
Siapa isteri kita adalah siapa diri kita ni. Tengok balik diri kita sebagai suami macam mana. Bila kita rasa kita bagus tapi isteri tak bagus dan tak betul memanjang, itulah permulaan masalah.
Kita nak cakap pasal tugas dan tanggungjawab isteri, kau list-kan kita punya, dia list kan dia punya. Kau tengok siapa punya lagi panjang berjela terutama bagi isteri yang tidak bekerja. Cuba buat, berdebar tak berdebar bila kau tengok kau punya tak sampai suku dari isteri kau.
Aku tak nak cakap pasal agama sangat sebab kau orang lebih arif, lebih pandai. Ini soal menyantuni, memahami, menghargai dan kesepakatan dalam rumahtangga.
Bertahun tahun kau abaikan anak isteri dengan lebihkan benda kat luar atau kawan-kawan yang menjahanamkan kau, jangan nanti bila anak kau tak dengar cakap, isteri kau rasa dia boleh hidup tanpa kau baru kau nak tepuk dahi. Itu jam, tengok kau happy tak happy.
Kawan yang kita patut berkawan adalah mereka yang
“Tak apa bro settle anak bini dulu. Lepak ni bila bila boleh”.
Bukan yang “Pirahhh! Dengan bini pun takut ke woi, kah kah”.
Kau tak tau dia keluar rumah sampai tolak kereta tolak motor, dah jauh baru start. Kau tak tau dia punya masalah kat rumah menimbun-nimbun. Melepak, kalah orang bisnes sampai ke tengah pagi. Tiap hari tiap minggu pulak tu.
Kawan ni penting jugak, bukan tak penting. Cuma aku nak kau tanya diri kau 1 benda je. Kau sakit, kau lumpuh, kau susah tak makan anak beranak esok, siapa yang jaga siapa yang mandikan kau dan siapa yang bantu kau cari duit nak suap anak anak?
Betul, kawan datang bagi bantuan, sokongan dan bagi sumbangan, tapi setakat mana dan sampai bila? Diorang pun ada keluarga, ada komitmen lain. Isteri kau jugak nanti kat sebelah. Isteri kau yang luar biasa tu.
Jangan lebihkan kawan sampai anak anak dan isteri terasa. Pandai-pandailah kau atur.
Bila aku cakap pasal ego lelaki atau suami, kau tahu marah, apatah lagi nanti bila mak atau isteri kau tegur pasal ego kau. Bila isteri suruh baca, kau suruh lukis. Malas benor nak membaca. Kalau bermanfaat, cedoklah buat panduan tapi kalau buruk, kau abaikan sudah. Peningkan kepala kau buat apa?
Isteri ni baik buruk kita semua dia terima, ikhlas. Tujuan dia tag atau mention kau sebab dia nak cakap terima kasih atau untuk kau buat panduan mana yang baik dan bermanfaat.
Aku tak cakap aku cukup bagus untuk nasihat orang, anak pun baru 2 orang tapi kau lelaki aku lelaki, hanya kita yang tau dan kita sahaja yang faham perangai kita.
Ingat, tak semua memiliki peluang kedua dan tak semua peluang kedua sama seperti peluang pertama.
Jangan sia-siakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hubungan diantara menantu perempuan dan ibu mertua seringkali di tafsirkan sebagai ‘love-hate relationship’. Perselisihan faham,rasa cemburu dan memendam perasaan sering dialami dalam perhubungan ini terutamanya jika anda bukan menantu pilihan.
Sekiranya keadaan ini berterusan, suami pasti rasa tersepit diantara ketaatan pada ibu dan rasa cinta pada isteri. Sekaligus, perkara ini mampu menggugat keharmonian dalam rumahtangga dan keluarga yang dibina.
Oleh yang demikian, bersyukurlah andai dikurniakan ibu mertua yang sporting dan memahami keadaan menantu. Namun begitu, jika mendapat mertua yang cerewet dan tidak mesra, berusahalah untuk menambat hatinya.
Ini kerana ia secara tidak langsung merupakan cara yang paling mudah untuk membuatkan suami lebih sayang sekaligus mampu menawan hatinya. Percayalah!
Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid, ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya.
Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak.
“Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu. Sebab itu, kalau ada peluang bersama memang saya akan hargai betul-betul.
Pun begitu, Mawar juga sangat rapat dengan ibu mentuanya. Dia juga punya cara tersendiri dalam menawan dan membeli jiwa ibu kepada suami kesayangannya Raf Yaakob.
“Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu mentua. Tahun ini kali pertama beraya dengan status isteri dan menantu, memang teruja sangat kerana dapat beraya dengan keluarga baru. Saya juga menyediakan kelengkapan raya untuk suami tercinta.
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami, famili dan juga peminat yang banyak memberi sokongan padanya selama ini.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apapun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.