Bahagia itu adalah impian semua orang. Malah setiap pasangan yang berkahwin inginkan bahagia ke hujung nyawa. Pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain sudah tentu akan saling membantu dalam menguruskan rumahtangga.

Begitu juga peranan seorang suami, semua kerja tidak perlu disuruh isteri, sebaliknya dilakukan dengan ikhlas malah secara senyap tanpa perlu ketahui orang tersayang.

Sikap ini memang nampak remeh tetapi sebenarnya memberi impak kepada keluarga dan hubungan dengan pasangan. Malah ia mulia di sisi tuhan.

Begitulah kisah yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif mengenai sikap ayahnya  yang suka melakukan perkara kebaikkan tanpa diketahui oleh orang lain termasuk anak sendiri.

Inspirasi cara ayahnya, beliau berkongsi kisah ini agar menjadi panduan untuk kita mendidik diri menjadi pasangan yang baik kepada isteri.

IKUTI PERKONGSIAN INI

KEIKHLASAN

Pukul 5 pagi tadi tiba tiba saya terdengar bunyi pelik di dapur. Takkan perompak masuk pintu belakang kot. Rasanya dah kunci.

IKLAN

Bila jengah ke dapur “Ya Rabbi. Ayah rupanya!”. Rupanya ayah saya tengah bertungkus lumus cuci pinggan mangkuk di sinki dapur.

Saya perasan lama dah benda ni sebenarnya. Kadang tengah tengah malam dia akan bangun senyap senyap dan bersihkan dapur. Kadang senyap senyap dia bantu potong dan cuci barang basah yang nak dimasak.

Ayah saya tak bagitahu orang benda ni. Dia buat senyap senyap je.

IMBAU KISAH ARWAH TOK GURU NIK AZIZ

Teringat pula saya kisah seorang budak darjah 6 ternampak seorang pakcik sedang cuci tandas.

IKLAN

Masa tu budak darjah 6 tu berjalan makan angin bersama keluarganya ke Kelantan. Mereka pun berhenti solat Asar di satu masjid di sana.

Masa tengah ambil wudhuk budak darjah 6 ni ternampak sorang pakcik tua sedang cuci tandas masjid. Budak darjah 6 ni tak kenal pun siapa pakcik tua tu.

Tiba-tiba ayah kepada budak darjah 6 yang baru habis solat tu meluru ke arah pakcik tua yang sedang cuci tandas tersebut dan bersalam sambil mencium tangannya. Laaa rupanya orang tua tersebut adalah arwah Tok Guru Nik Aziz!

Bila ditanya kenapa tak upah orang je untuk cuci tandas tu jawapannya kerana cuci tandas ni hina di mata masyarakat tapi sangat mulia di sisi Allah.

IKLAN

KERJA YANG REMEH TAPI MULIA DI SISI TUHAN

Inspirasi Cara Ayah Bahagiakan Keluarga Secara Senyap, Dr Ini Kongsikan Kisah Ini. 

Tiba tiba sebak pula bila teringatkan peristiwa ayah saya bangun tengah pagi sebelum subuh untuk cuci pinggan mangkuk dan dapur rumah ni.

Sama seperti yang Arwah Tok Guru amalkan. Senyap senyap buat perkara yang nampak remeh di mata orang tetapi sangat mulia di sisi Tuhan!

Semoga Allah memberikanmu syurga tertinggi ayah kerana pengorbanan dan amalanmu membantu isteri dengan seikhlas hati.

Banyak belajar daripada peristiwa pagi tadi

Sumber: Taufiq Razif

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI