Anak adalah anugerah yang amat bernilai buat ibu bapa. Jadi setiap ibu bapa pastinya ingin mendidik  dan menjaga anak dengan penuh kasih sayang.

Persoalan ini juga dikatakan oleh wanita di laman facebooknya Maryam Thoraya Arifin  mengenai pentingnya hubungan erat anak dan ibu bapa. Ikuti perkongsianya.

 

Mesra Dengan Anak, Ibu Bapa Pendidik Pertama. Deep Perkongsian Ini.

Mesra Dengan Anak: Ibu ayah pendidik pertama
.
Seminggu dua ini, sangat banyak diskusi dan lontaran pendapat mengenai mendidik anak, anak manja, rotan dan seangkatan dengannya.
.
Saya tidak mahu menyentuh mana-mana isu secara spesifik.

Tetapi, saya ingin ketengahkan tentang, pentingnya ibu bapa untuk rapat dengan anak-anak.

Bukan bermaksud ada bersama mereka 24 jam.
.
Anak-anak amat memerlukan masa untuk kita membina hubungan baik dengan mereka. Ia memakan masa. Hubungan baik ini termaksuklah percaya kepada mereka, ramah dengan mereka, mereka rasa dihargai, mereka rasa ada kepentingan.
.
Ia bukan sekelip mata. Ia tak boleh kita setting, tekan tekan sana-sini…siap. Mereka bukan robot. Kita perlu fahami dari realiti ini.
.
Membina hubungan itu mengambil masa. Memperbaiki hubungan juga mengambil masa. Anak tersalah tingkahlaku itu, biasanya bukan hasil satu dua pelajaran kehidupan sebelumnya, ia mungkin hasil kebiasaan salah langkah kecil-kecil yang lain.
.
Justeru memperbaiki kesilapan juga perlukan masa yang adil, bukan untuk dinanti tanpa usaha, tetapi untuk kita pelajari, cari dan usahakan bagaimanakah anak kita ini boleh dibantu.
.
Berbuallah, santai, sebelum kita meminta macam-macam..kemas rumah, angkat baju, siram pokok.. Bersahabat dengan anak, tidak akan rugi, insyaAllah. Lebih baik mulakan dari kecil, supaya tidak kekok besar nanti. Kita dan anak kita akan berbicara sampai tua, kalau panjang umur.
.
Merekalah aset kita . Yang setiap kelahiran anak-anak ini pasti ada istimewanya, hebatnya. Kepercayaan kita, kasih sayang kita buktikanlah dengan banyakkanlah membina hubungan mesra dengan anak. Ia adalah bateri penting untuk jiwa anak.
.
Kenapa sering diulang ini? Kerana apabila mesra, lebih mudah dibawa berbincang. Lebih mudah kita kita menyampaikan kebaikan.
.
Ibu ayah, anda tetap pendidik pertama bagi anak, mendahului para guru. Apabila anak beradab, ia membantu rakan lain dalam kelas. Apabila anak tak beradab, anak orang lain juga akan terkena tempias perangainya. Kalau setiap hari jumpa dalam sekolah, pasti ada serba sedikit impak negatif pada rakan
.
Kerana itu perhalusi bagaimana kita menyantuni anak. Setiap hari anak melihat kebaikan dirumah, pasti mereka pelajari sesuatu disitu. Anak yang melihat setiap hari keburukan dirumah juga, pelajari sesuatu walaupun dia diam sekarang.
.
Pilihan di tangan kita. Sekiranya kita memilih habit dirumah yang baik, kita usahakanlah ke arah itu. Semoga semuanya dipermudahkan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI