Sukar diungkapkan dengan kata-kata perasaan empunya diri. Setahun terpisah dek tuntutan kerja, namun pertemuan semula sang suami hanya mampu memandang jasad insan tersayang tanpa dapat menyentuh, jauh sekali memberi pelukan buat kali yang terakhir.

Paparan kisah LKpl Mohd Noh bin Samsudin memberikan penghormatan terakhir buat isteri kesayangannya Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru cukup menyentuh hati warganet.
Setahun Tak Jumpa Demi Tugas Di Lubnan,  Hanya Jenazah  Isteri ‘Sambut’  Suami Ni Pulang.  Meruntun Hati Baca!Sementelah beliau terpaksa mengharungi perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia. Namun ketentuan Ilahi mengatasi segalanya. LKpl Mohd Noh bin Samsudin tidak berkesempatan berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.

Dalam seluruh dunia dilanda wabak pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM.

Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE) dan dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Setahun Tak Jumpa Demi Tugas Di Lubnan,  Hanya Jenazah  Isteri ‘Sambut’  Suami Ni Pulang.  Meruntun Hati Baca!Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 Sep 2020.
Kisah yang cukup memilukan ini dikongsikan oleh MyJointForce menerusi facebook rasmi page berkenaan.

IKLAN

PENGHORMATAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERSAYANG; ANGGOTA MALBATT 850-7
Setahun Tak Jumpa Demi Tugas Di Lubnan,  Hanya Jenazah  Isteri ‘Sambut’  Suami Ni Pulang.  Meruntun Hati Baca!
Kehilangan insan yang dicintai sangat memilukan hati sementelah insan tersebut merupakan suri hati. Itulah yang sedang dirasai seorang suami bergelar anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 yang telah kehilangan isteri tercinta yang pergi buat selama-lamanya.
Setahun Tak Jumpa Demi Tugas Di Lubnan,  Hanya Jenazah  Isteri ‘Sambut’  Suami Ni Pulang.  Meruntun Hati Baca!Perpisahan selama setahun demi tugas bertukar menjadi perpisahan selamanya buat anggota pengaman MALBATT 850-7, LKpl Mohd Noh bin Samsudin yang pada ketika itu menjalankan amanah Negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan.

Isteri beliau, Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin telah pulang ke Rahmatullah pada 17 Sep 20, jam lebih kurang 7.01 malam di Hospital Besar Kuala Pilah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Setahun Tak Jumpa Demi Tugas Di Lubnan,  Hanya Jenazah  Isteri ‘Sambut’  Suami Ni Pulang.  Meruntun Hati Baca!Perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia dan takdir ketentuan Ilahi yang mengatasi segalanya tidak mengizinkan LKpl Mohd Noh bin Samsudin berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.

IKLAN

Dalam keadaan dunia bergelut dengan Wabak Pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM. Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE).

Beliau dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IKLAN

Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 Sep 20.
Setahun Tak Jumpa Demi Tugas Di Lubnan,  Hanya Jenazah  Isteri ‘Sambut’  Suami Ni Pulang.  Meruntun Hati Baca!Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7 dan Seluruh Warga MALBATT mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga dan mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.

Tambahannya lagi, jutaan terima kasih jua kepada yang sudi membantu melancarkan urusan pengkebumian Allahyarhamah. Al Fatihah.
Setahun Tak Jumpa Demi Tugas Di Lubnan,  Hanya Jenazah  Isteri ‘Sambut’  Suami Ni Pulang.  Meruntun Hati Baca!#setiapyangbernyawapastiakanmerasakanmati
#MALBATT8507
#DEVOTEDTOWARDSPEACE

Sumber: MyJointForce & Irdina Qaisara

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI