Inspirasi buat rakyat Malaysia! Wanita ini menjadi kebanggaan setelah rekaan tudungnya menjadi uniform anggota polis British yang beragama muslim. Kisahnya menjadi tular setelah masyarakat melahirkan rasa kekaguman atas kejayaan yang dikecapi di luar negara. Pemikiran cakna diluar kotak, wanita ini layak menjadi idola kejayaan wanita.
Malah, kecemerlangannya itu telah menarik perhatian encik Hafizul Hakim dalam perkongsian dilaman facebooknya. Memang inspirasi!
Inspirasi!
Orang Malaysia reka tudung anggota polis British! Disaat ramai hanya tahu mencari masalah, wanita ini jadi penyelesai masalah!
1. Dr. Eliesmaziah Alias, 45, atau lebih mesra disapa Dr. Elies mengambil langkah berani ketika berjumpa beberapa orang polis atasan ketika satu pameran di UK.
Ads
2. Beliau menyatakan tudung sedia ada digunakan anggota polis wanita muslim bertudung tidak sesuai dipakai dari segi rekaan serta material.
Dan disitulah bermulanya sejarah hingga ia menjadi anggota seragam rasmi polis wanita beragama Islam di England.
3. Dr. Elies yang juga merupakan pemegang PhD Biomaterial & Biomedical Engineering bukan sahaja merupakan pemilik kepada tudung sukan jenama ‘MoreSlim’ tetapi juga merupakan pemilik, pengasas dan penyelidik bagi ‘Instant Hijab UK’.
Ads
4. Tudung rekaan Dr Elies berbeza daripada segi reka bentuknya, ciri-ciri keselamatan dan yang paling penting tentang komposisi fabriknya yang direka khas.
5. Tudung itu juga ada pengesahan ISO (International Organization for Standardization) EN (European Standard) dan AATCC (American Association of Textile Chemists and Colorists) malah sangat selesa dipakai untuk waktu yang panjang, lama atau keadaan tertekan.
6. Tudung MoreSlim yang boleh dibeli menerusi laman web www.instanthijabs.co.uk itu dilancarkan di London pada April 2018.
Ads
Kini pihak bomba di London juga telah meminta Dr Elies untuk mereka hijab bagi kegunaan anggota wanita muslim mereka. Very inspiring!
Saya suka dengan kata-kata ini,
“Whatever the problem, be part of the solution. Don’t just sit around raising questions and pointing out obstacles.”
Hafizul Hakim Nak ke London, selfie dengan mereka!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dulu saya sentiasa rasa tak cukup untuk beri duit belanja kepada isteri. Banyak benda perlu selesaikan dulu. Hutang kena bayar, bil kena bayar, barang dapur dan barang rumah kena beli. Akhirnya baki cukup-cukup sahaja. Tiada pun bahagian isteri.
Tapi lama kelamaan saya sedar. Dia jadi tak cukup sebab saya letak keutamaan memberi duit belanja kepada isteri itu di tempat yang terakhir.
Jadi, saya mula ubah. Saya bagi bahagian isteri dahulu. Yang lain saya buat selepas itu. Cukup pulak. Magik sungguh.
Sebenarnya bukan magik pun. Tapi keberkatan rezeki yang kita dapat tu. Sebab saya sentiasa percaya, apa juga rezeki yang saya dapat ini ada bahagian isteri saya. Sebab, tanpa dia di sisi membantu, menyokong, menggembirakan dan mempermudahkan urusan saya, saya takkan dapat rezeki yang saya dapat sekarang.
Isteri yang tidak mempunyai pendapatan sendiri, pendapatan dia patut datang dari suami. Bayangkanlah, pembantu rumah pun kita kena bayar, inikan pula isteri sendiri.
Cuba fikir satu benda ni sahaja. Isteri yang tiada pekerjaan, tiada bisnes, menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga rumah, menjaga anak, menjaga makan pakai semua ahli keluarga tapi tidak ada langsung pendapatan. Dapat tak rasa sesaknya kehidupan seperti itu?
Kalau masa di luar, nak beli apa suami bagi. Bagus macam tu. Tapi duit di tangan langsung tiada. Tak banyak, sikit pun jadilah. Isteri perlu ada kuasa membeli sendiri apa yang dia inginkan. Bukannya setiap masa perlu melalui suami.
Kalau jadi apa-apa pada suami bagimana? Jika sudah buat hibah atau rumah dan kereta dah habis bayar, lainlah ceritanya. Kalau tak cakna langsung bab tu? Terkontang-kantinglah si isteri nanti.
Pasanglah niat dari sekarang untuk beri duit bulanan secara konsisten kepada isteri. Kalau masih rasa berat, mulalah dengan RM50 dahulu. Lama-kelamaan amaun tu akan naik dengan sendirinya. In Shaa Allah.
Yang penting, tukarkan tangga keutamaan untuk memberi duit belanja kepada isteri dari kedudukan yang bawah kepada yang teratas.
Saya bukan nak menghasut, saya nak mendetikkan sesuatu je. Mungkin selama ni tak terfikir benda macam ni. Harap janganlah salah faham. Ini untuk kebaikan.
Kalau berat hati nak bagi tunai, bagilah dalam bentuk Hibah. Hubungi saya untuk realisasikan Hibah buat yang tersayang. Sebulan lima puluh ringgit je pun ada.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang ibu membawa anaknya yang berumur 2 tahun ke klinik gigi kerana risau gigi anaknya mengalami kerosakan (karies). Walaupun anaknya belum pernah mengadu sakit gigi, tetapi si ibu risau dengan keadaan gigi anaknya yang mulai hitam-hitam.
“Doc, saya perasan gigi anak saya sekarang ni banyak yang hitam-hitamlah.”
“Anak Puan menyusu botol ke?”
“Aah Doc. Dia hisap susu botol. Tapi tidaklah sampai dia tertidur. Kalau dia tidur pun saya akan cabut botol tu dari mulut dia.”
“Oh macamtu. Puan ada berus atau bersihkan gigi anak tak ya setiap hari?”
“Ya ada Doc. Saya memang berus gigi dia setiap hari guna ubat gigi K***** **** tu. Tapi hairan sebab gigi dia rosak juga. Kenapa ya Doc boleh jadi macamtu? Risau pula tengok gigi dia dah tak cantik dan hitam-hitam gitu.”
“Maaf Puan. Ubat gigi yang Puan guna untuk anak tu, mengandungi fluorida tak ya?”
“Haa tak Doc. Saya tak guna ubat gigi yang berfluorida sebab saya dengar fluorida tu bahaya. Anak saya pula memang suka telan ubat gigi tu. Tu yang saya tak berani nak guna ubat gigi berfluorida.”
Sebenarnya ubat gigi berfluorida ini boleh dan perlu digunakan untuk anak-anak kecil yang sudah mempunyai gigi susu.
Fluorida yang terkandung di dalam ubat gigi bermanfaat untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat bagi mencegah gigi tersebut menjadi mudah rosak.
Seperti yang kita tahu, lapisan enamel gigi susu pada kanak-kanak tidak sepadat seperti gigi kekal yang ada pada gigi orang dewasa dan ianya mudah rosak.
Risiko kerosakan akan semakin meningkat jika anak terdedah kepada diet yang tinggi gula serta penggunaan botol susu untuk tempoh waktu yang lama.
Jadi, penggunaan ubat gigi berfluorida dan ditambah dengan teknik memberus gigi yang betul berupaya untuk menjadi langkah yang berkesan bagi mencegah terjadinya kerosakan gigi.
“Tapi Doc, takpe ke kalau ubat gigi berfluorida tu ditelan oleh anak-anak? Tak bahaya ke?”
Ubat gigi bukanlah sejenis makanan. Ianya adalah bahaya untuk ditelan tidak kira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak kerana ia turut mengandungi bahan kimia yang lain. Jadi jangan biarkan atau biasakan anak anda menelan ubat gigi walaupun ianya tidak mengandungi fluorida.
Disebabkan hal tersebut, maka adalah penting untuk anda memantau dan membantu anak anda untuk memberus gigi.
Jangan biarkan mereka memberus gigi sendiri kerana:
1️⃣ Mereka belum pandai dan tahu meludah. Dikhuatiri mereka akan menelan ubat gigi ketika memberus gigi.
2️⃣ Mereka belum pandai memberus gigi sendiri dan tidak tahu cara memberus gigi yang betul. Akibatnya bahagian gigi yang tidak diberus akan mengalami kerosakan.
Kuantiti ubat gigi juga perlu diperhatikan. Ini bagi mengurangkan risiko anak menelan sisa lebihan ubat gigi tersebut.
✅ Untuk anak yang berusia 1-3 tahun, gunakan kuantiti ubat gigi sebesar butir beras atau selapis tipis sahaja.
✅ Untuk anak berusia 3 tahun ke atas, kuantiti ubat gigi yang perlu digunakan adalah sebesar biji kacang pea.
Kuantiti ubat gigi ini adalah penting untuk diperhatikan kerana jika anda membiarkan anak anda menggunakan ubat gigi secara berlebihan, buih yang terhasil akan lebih banyak dan anak akan lebih cenderung untuk menelan sisa ubat gigi tersebut.
Oleh yang demikian, jika anda belum memperkenalkan ubat gigi berfluorida kepada anak anda, mulai sekarang mulalah beralih kepada ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida agar anak anda mendapat manfaat daripadanya dalam usaha kita untuk mencegah gigi mereka daripada mudah menjadi rosak.
Terdapat pelbagai jenama ubat gigi kanak-kanak yang berada di pasaran sekarang dengan pelbagai perisa yang sesuai dengan cita rasa mereka. Pilihlah jenama ubat gigi apa sekalipun yang digemari oleh anak anda, asalkan ianya mengandungi fluorida.
Jangan kerana sentimen anti fluorida dan fakta yang salah mengenai fluorida yang dilaungkan oleh kelompok-kelompok tertentu membuatkan anda takut untuk menggunakan ubat gigi berfluorida kepada anak anda.
Ingat, fluorida mengandungi kebaikan yang boleh dimanfaatkan asalkan ianya diguna dalam kuantiti yang betul. Sebab itulah pentingnya anda untuk memantau dan membantu anak anda ketika mereka memberus gigi.
Sekali lagi perlu diingatkan bahawa ubat gigi bukanlah makanan dan ianya adalah berbahaya untuk ditelan tanpa mengira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak.
Jadi jangan abaikan kebaikan serta manfaat fluorida terutama terhadap anak-anak anda hanya kerana anda dimomokkan oleh fakta yang salah berkenaan bahan tersebut.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Fb Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab ~
Pegawai Pergigian KKM
Jika sebelum ini E-Keluarga Gader mengadakan program belajar memasak bento untuk anak, roti, kelas kobis serta tanaman cili, kali ini Majalah Keluarga membuat kelainan sikit.
Selalunya kita bergader-gader bersama keluarga di event kan? Buat pertama kalinya, pihak Majalah Keluarga mengadakan aktiviti e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara maya!
Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi program ini memberi peluang ahli keluarga melakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Seramai 50 famili menyertai program ini.Antara aktiviti yang diadakan adalah meneroka ke Ripleys Believe It Or Not, Adventureland Genting Highlands. secara maya. Istimewanya, selain dapat melihat tempat-tempat menarik di sini, para peserta juga mendapat dua tiket percuma untuk merasai sendiri keseronokan di sana.
Bagi memeriahkan lagi program, pihak E-Keluarga Gader turut menjemput keluarga penyanyi pop terkenal, Ezad Lazim bersama keluarga menerusi Meet & Greet. Para peserta berpeluang mendengar sendiri secara live nyanyian Ezad yang sememangnya cukup merdu.Sepeerti kebiasaan, pihak penganjur turut mengadakan sesi kuiz dengan pelbagai hadiah menarik. Mengakhiri program, pastinya saat dinantikan peserta iaitu cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan berupa Mandian Carrie Jounior berserta lunch box, Bekas hidangan Tupperware dan. 4 tiket masuk ke Zoo Melaka
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.