Ada orang mengambil gambar kerana suka-suka malah ada juga dek kerana ingin dijadikan koleksi peribadi. Berharap, jika gambar tersebut disimpan rapi akan dapat ditatap oleh anak cucu di masa hadapan.

Begitu juga ada orang ambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan dengan tujuan dapat mengimbau kembali saat manis yang pernah dilalui bersama insan tersayang.

Walau apa tujuannya, apa yang pasti setiap gambar yang dirakam sudah tentu mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Baru-baru ini perkongsian di akaun Tiktok,  Intan Saleh yang dikhabarkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki beberapa bulan yang lalu telah berkongsi momen melakukan sesi photoshoot bersama seisi keluarga di kediamannya.

Intan Saleh Buat Photoshoot Seisi Keluarga. Warganet Dapat Rasa Aura Bahagianya!

Dapat dilihat lima beranak ini mengenakan busana serba putih, bagi menepati tema yang telah ditetapkan untuk sesi bergambar tersebut. Dalam pada itu, Intan Saleh turut berkongsi video dibelakang tabir sepanjang sesi photoshoot dilakukan.

@intanroxssaleh Dia bukan sesiapa..aku terima seadanya macam mane dia terima aku dan anak2 seadanya..seorg yg sangat membantu..tanpa disuruh…dia ckp dia tak bnyak duit tp dgn cara ni harap aku happy… doakan kami bersama sampai bila2.. 🤲🏻 Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar

Hantaran video tersebut turut ditulisnya dengan kapsyen betapa dia sebagai isteri meluahkan rasa penghargaan buat suami tercinta.

IKLAN

“Dia bukan sesiapa..aku terima seadanya macam mane dia terima aku dan anak2 seadanya..seorg yg sangat membantu..tanpa disuruh…dia ckp dia tak bnyak duit tp dgn cara ni harap aku happy… doakan kami bersama sampai bila2.. 🤲🏻 Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus 💚”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang bahagia melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Intan Saleh kini. Memandangkan sebelum ini, netizen cukup terkesan dengan kisah hidupnya yang pernah diuji berdepan dengan perkahwinan yang terdahulu tidak kekal lama.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Intan Saleh Buat Photoshoot Seisi Keluarga. Warganet Dapat Rasa Aura Bahagianya!

IKLAN

Ramai juga yang tidak putus-putus menitipkan doa agar hubungan suami isteri ini kekal bahagia hingga ke jannah.

 

Sumber : TikTok @intanroxssaleh

 

 

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Intan Saleh Buat Photoshoot Seisi Keluarga. Warganet Dapat Rasa Aura Bahagianya!

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Intan Saleh Buat Photoshoot Seisi Keluarga. Warganet Dapat Rasa Aura Bahagianya!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI