Intan Sarafina ‘maintain’ langsing dan fit, usia dah 44 tahun tapi nampak macam anak dara. Jika dilihat pada raut wajah dan bentuk tubuhnya, tiada siapa yang menyangka penyanyi, Intan Sarafina sedang meniti usia 44 tahun.
Intan Sarafina ‘Maintain’ Langsing & Fit, Usia Dah 44 Tahun Tapi Nampak Macam Anak Dara
Penyanyi bersuara lunak ini kekal awet muda persis wanita usia 20 an. Bakal mencecah usia 44 tahun pada 2 Julai lalu, Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Tak hairanlah, dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan muda remaja.
Bekas pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005 ini gemar berkongsi aktiviti hariannya. Rata-rata perkongsiannya melibatkan aktiviti kecergasannya seperti berjoging, berbasikal dan mengikuti marathon.
Aktif bersenam dan bersukan maka tidak hairanlah pelantun lagu ‘Kembali’ ini kekal jelita, ramping dan fit. Menyentuh tentang petua kecantikan, penyanyi ini mengakui bahawa dia tidak mempunyai sebarang amalan petua tradisi.
Menurut Intan, selain aktif bersenam, dia juga mengamalkan minum air secukupnya selain menggunakan produk perawatan wajah yang sesuai agar kulit lebih cantik dan tegang.
Untuk info, Intan Sarafina mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada 16 Oktober. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16.
Ads
Hasil perkongsian hidup, Intan dan suami dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Ifrafel Raez dan Megat Noah Raez.
Bakteria dan kuman berkembang di celah kuku. Oleh itu, ibu ayah awasi anak yang suka gigit kuku. Memang kebiasaan seperti menggigit kuku sering kali dipandang remeh. Namun, semua itu salah! Ternyata, kebiasaan menggigit kuku merupakan suatu kebiasaan yang negatif yang dapat memberikan kesan yang buruk pula terhadap kesihatan seseorang kanak-kanak.
Tabiat ini jika sering dilakukannya boleh membuatkan kulit jarinya terkelupas atau berdarah. Selain itu, anak-anak akan berisiko besar mengalami keracunan, ekoran kotoran yang melekat pada kuku ketika anak-anak bermain di dalam rumah ataupun di luar rumah.
Hakikatnya kuku, merupakan tempat berkumpulnya pelbagai kuman dan bakteria. Bakteria yang sering terdapat pada lapisan kuku merupakan bakteria keluarga ‘enterobacteriaceae’ yang merangkumi bakteria E coli mahupun bakteria salmonela. Bakteria dan kuman tersebut akan berkembang dengan baik di celah-celah kuku.
Ketika seseorang kanak-kanak menggigit kuku, maka bakteria-bakteria berbahaya tersebut akan berpindah dari kuku ke mulut dan akan menuju ke usus. Bakteria yang menyebar sampai ke usus akan menyebabkan infeksi yang biasanya menyebabkan terjadinya penyakit seperti sakit perut serta cirit-birit.
Selain itu, menggigit kuku dapat meningkatkan pendedahan kepada penyakit seperti flu kerana tangan yang kotor masuk ke dalam mulut.
Malah, ia juga dapat meningkatkan risiko ‘paronychia’ atau infeksi kulit di sekitar kuku. Hal ini ditunjukkan dengan adanya warna kemerahan atau pembengkakan serta rasa sakit di bahagian kulit kuku.
Kebiasaan menggigit kuku juga akan mengganggu kepada kesihatan gigi. Gigi akan bergeser dari tempat semulanya dan juga dapat berpotensi menyebabkan gigi patah atau merosak lapisan gigi.
Pakar kanak-kanak beranggapan tabiat menggigit kuku ini dicetuskan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan psikologi seperti kebosanan, tekanan, kegelisahan, rasa tidak selesa atau hanya sekadar kebiasaan. Kebiasaan menggigit kuku ini sama juga dengan kebiasaan mengigit-gigit rambut, menggaru hidung atau melagakan gigi.
Semasa ibu bapa mendapati anak mulai menggigit kuku, langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti punca ia berlaku. Pelbagai situasi boleh dikenal pasti, yang mungkin menjadi punca pencetus tabiat ini termasuk mengikuti ‘playgroup’, adanya haiwan peliharaan baru di rumah atau lahirnya adik baru.
Kebanyakan ibu bapa secara spontan akan berusaha menghentikan kebiasaan tersebut dengan pelbagai cara termasuk memarahinya. Masalahnya si kecil sendiri pun tidak memahami kenapa dirinya melakukan kebiasaan itu.
Dorongan untuk menggigit kuku boleh berlaku begitu saja tanpa disedari misalnya semasa dimarahi. Malah, pakar pendidikan awal kanak-kanak cenderung mencadangkan ibu bapa membiarkan ia berlaku kerana akan kebiasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Tips mengatasi kebiasaan menggigit kuku si kecil
Bagaimanapun, jika sikap kebiasaan tersebut dibiarkan berlarutan, ia boleh mengganggu aktiviti makanan atau boleh menimbulkan luka pada jari tangan si manja. Terdapat beberapa tip yang dapat dilakukan untuk mengurangi atau bahkan menghilangkan kebiasaannya tersebut.
1.Beri amaran secara lembut. Semasa si kecil mulai menggigit kukunya, ibu bapa perlu memberi amaran dengan lembut untuk menghentikan aktivitinya, atau berikan isyarat khusus misalnya dengan geleng kepala supaya si manja tidak rasa seperti dimalukan. Mengherdik atau menarik tangan si kecil dengan kasar terutama di tempat umum adalah cara yang kurang bijak.
2.Alih perhatian. Memberikan si kecil objek untuk alih perhatiannya daripada perbuatan kebiasaannya itu. Berikan benda ‘pengalih’ untuk dipegang seperti bola kecil, gelung, permainan doh atau mainan kecil. Secara umumnya objek tersebut dapat mengurangi kebiasaan mereka menggigit kukunya. Teknik ini juga sering diterapkan pada anak remaja atau dewasa yang mengalami situasi yang sama.
3.Potong kuku. Menjaga agar kuku si kecil selalu pendek. Kuku akan dipotong untuk mengelak menjadi panjang bagi mengurangi kebiasaan menggigit kukunya.
4.Pakaikan sarung tangan. Mengenakan sarung tangan kain yang bersih dapat menghalang si kecil menggigit kukunya dengan harapan dapat mengurangi kebiasaan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Patah tumbuh hilang berganti, mungkin mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata hakikatnya hanya empunya diri yang faham situasi.
Memasuki bulan kelima pulangnya isteri tercinta ke Negeri Abadi, pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lain.
Begitupun, hubungan tersebut akui Shuib masih terlalu baharu dan mereka masih di peringkat berkawan.
“Memang saya ada kenal orang baharu, tetapi hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap.
“Kali ni lain sikit, saya bukan orang bujang yang tak banyak benda nak difikirkan. Expectations orang tentang siapa yang bakal ‘menggantikan’ Sarah. Itu yang saya takut sangat.
“‘Pemergian’ dia sangat luar biasa yang orang ingat. Saya takut nanti ada perbandingan padahal tak perlu ada sebenarnya. Sarah berada pada kelasnya manakala orang baru ni ‘chapter’ baru
“Untuk kali ini Saya ‘straight to the point’. Kalau dia sesuai ok,kalau tak sesuai saya kena beritahu cepat-cepat.” Ujar Shuib yang berharap semuanya baik-baik sahaja dan menyerahkan kepada Allah.
“Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” ujar Shuib ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tudung Loveta X Anzalna.
Tambah bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, dia sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya untuk mencari pengganti arwah isterinya.
“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya duda dengan anak empat.
“Selagi tak jumpa orang baru, saya asyik terkenang dan simpan perasaan sendiri. Tetapi ada yang cakap masih terlalu awal. Ada juga yang nak saya terus bergerak.” ungkap Shuib lagi.
Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada tahun 2011.Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.
Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.
Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Dua beradik warga Myanmar maut dipercayai selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di Langkawi.
Memetik laporan Bernama, ketika kejadian sekitar jam 5.30 petang, bapa mangsa ternampak kedua-dua anaknya yang dikenali dengan nama Nizambudin dan Ngei Jamaludin berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari, si bapa yang panik dengan situasi tersebut segera membawa anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun itu ke rumah jiran berdekatan. Beberapa minit kemudian, penduduk kampung mendapati kedua-dua mangsa sudah tidak bernafas sebelum menghubungi pihak polis.
Hasil siasatan awal mendapati bapa mangsa bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot selain melakukan kerja-kerja kampung. Keluarga kecil ini juga tidak mempunyai kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.
Difahamkan, mayat kedua adik beradik itu di hantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...