Ipar duai bila tinggal serumah, buka ruang curang dalam rumah tangga. Kehidupan berumah tangga adalah satu ikatan suci yang memerlukan kepercayaan, kesetiaan, dan komitmen yang teguh antara suami isteri.
Ipar Duai Bila Tinggal Serumah, Buka Ruang Curang Dalam Rumah Tangga
Namun, apabila ada anggota keluarga lain seperti ipar tinggal serumah, situasi ini boleh menimbulkan beberapa cabaran dan risiko, termasuk membuka ruang bagi masalah curang dalam rumah tangga. Meskipun tidak semua situasi akan berakhir dengan konflik, kes curang atau rasa cemburu, namun ada beberapa perkara penting yang perlu difikirkan apabila berkongsi rumah dengan ipar duai.
Walaupun ipar adalah sebahagian dari keluarga, namun sebagai individu dewasa, terdapat batasan yang perlu dijaga, terutama dalam menjaga aurat dan etika sosial. Tinggal serumah boleh membuka ruang untuk interaksi yang mungkin tidak sesuai, seperti perbualan yang terlalu intim atau pergaulan yang terlampau bebas. Tanpa batasan yang jelas, kemungkinan untuk berlakunya hubungan tidak sihat semakin tinggi.
Semalam kebetulan lapang, buka TV ada cerita Ipar Adalah Maut. Mulanya tengok cerita apa ini nombor satu pilihan untuk carta filem di Malaysia. Berdasarkan kisah benar, dan tajuknya itu petikan hadis Nabi, jadi saya tekan butang “play.”
Baik point dia apa?
1) Pengajaran filem sangat bagus, tapi tak sesuai untuk anak-anak tengok bersama. Ada babak kelamin yang bukan sepatut dibiasakan tayangannya walau atas tujuan pelajaran.
2) Ipar adalah maut. Kenapa maut? Sebab maut ini datangnya tanpa diduga. Bak nasihat temannya Nisa (watak utama), taufan paling bahaya datang secara tiba-tiba. Maut boleh sapa sesiapa saja tak kira walau orang yang berdekatan dengan kita. Kalau nak berlaku, akhirnya terjadi juga. Siapa nak sangka adik ipar menjadi fitnah yang hanya bermula dengan “alah adik ipar saja, eh tu abang ipar saya”. Benar kata Pak Junaedi.
3) Ada orang kata Rani itu yang bersalah, dia yang sengaja menggoda-goda, ada yang kata Nisa dan emaknya yang bersalah kerana membuka ruang fitnah itu bekerja, ada yang feminis menyalahkan Aris sebagai jantan durjana, punya isteri eh tapi masih gatal telurnya.
Baik jom kita tengok macam mana hukum bagi panduan.
HUKUM IPAR-DUAI TINGGAL SERUMAH YANG KETIADAAN MAHRAM ADALAH HARAM DAN PERLU DIJAUHI BAGI MENUTUP PINTU FITNAH (SADD AL-DZARI’AH). LARANGAN TERSEBUT SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA DARIPADA TIMBULNYA SEBARANG KEROSAKAN YANG BESAR PADA MASA AKAN DATANG. ADAPUN, TIDAK MENGAPA IPAR-DUAI TUMPANG TIDUR BERMALAM YANG BERASINGAN BILIK SELAGI ADANYA MAHRAM DISISI IPAR DUAI DAN AMAN DARIPADA FITNAH. MAHRAM YANG WAJIB ADA IALAH MAHRAM DARI PIHAK PEREMPUAN BUKAN LELAKI.
4) Kesimpulannya. Setelah kita bicarakan tentang ruang fitnah yang harus ditutupkan, maka akhirnya kita hanya boleh sebutkan kasihan, inilah sebahagian dari ujian niat baik nak menolong darah daging sendiri.
Bermula dari niat baik ibu nak menjaga anak, bermula dari niat seorang abang ipar untuk melindungi. Dek kerana salah pilihan akhirnya rumah tangga yang baik, berantakan dan tinggal menjadi pelajaran.
Ads
Kehidupan berumah tangga menuntut suami isteri untuk berusaha mengekalkan kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain. Apabila tinggal serumah dengan ipar, cabaran yang timbul boleh menjadi ruang kepada masalah curang jika tidak ditangani dengan bijak.
Namun, dengan komunikasi terbuka, batasan yang jelas, dan penjagaan adab serta etika pergaulan, suami isteri dapat mengelakkan risiko ini dan mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan mereka. Kepercayaan dan kesefahaman adalah asas yang paling penting dalam menghadapi apa jua cabaran dalam rumah tangga.
Video lawak RM100 yang tular dan menjadi trend di Tik Tok kini turut memberi kesan kepada pasangan sebagai bahan gurauan suami isteri.
Pempengaruh, Bengah juga turut sama berkongsi kisah RM100 bila mana dia turut berdepan hal sama.
Bengah pada mulanya menyangkakan isterinya sekadar mahu bergurau ikut trend, namun rupanya telahannya salah sama sekali bila mana isteri kesayangannya meminta wang untuk membeli mainan buat putera kesayangan mereka.
Apa yang menarik perhatian pastinya sikap pemurah abang dan suami penyayang ini yang turut memberi lebih wang saku. Bukan RM100 tapi lebih. Memang terbaik.
“Ingatkan isteri nak buat lawak pinjam RM100 tu? Rupanya isteri Bengah nak shopping beli mainan anak. Takpe bagi lebih.
“Isteri Bengah ni, kalau dia nak apa-apa Bengah ajar jangan guna perkataan ‘PINJAM’ dekat suami. MINTAK JE!
“Kesian isteri ni, gaji tak tetap sebagai suri rumah sepenuh masa forever ever. Kalau tak dapat apa yang dia nak merajuk muka penuh macam bulan,” tulisnya berkongsi menerusi Instagramnya.
Malah ujar Bengah lagi, dia tidak mahu terlalu berkira dengan isteri kerana isteri kesayangannya itu terlalu banyak tanggungjawabnya menguruskan rumahtangga, anak dan adik kesayangannya.
“Bengah susah berkira dengan isteri. Tahu penat lelah isteri menjaga anak, sediakan makanan dan pakaian suami, urus mengemas rumah. Dan dia juga pandai main peranan jaga hati adik istimewa Bengah.
“Tak sempurna kalau tak bergaduh. Mesti la ada gaduh. Tapi bukan gaduh yang melarat. Gaduh penat dengan kerja seharian.
“Bengah pun ada cuba buat lawak PINJAM RM100 kat isteri. Memang dapat RM100 tu tapi kena bagi semula empat angka 😂 begitulah kehidupan suami ❤️ isteri,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, sikap suami, ayah dan abang yang penyayang ini pastinya dipuji ramai.
Dek kerana hangat sana sini perkatakan tentang isu poligami, baru-baru ini isteri pertama kepada pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu iaitu Norazlin Abdullah mendedahkan dia telah mengurung dirinya selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya memberitahu bakal bernikah sekali lagi.
Menerusi hantaran video di TikTok Sinar FM, Norazlin atau mesra dengan sapaan Kolin berkata, mustahil untuk dia tidak berasa sedih apabila mendapat tahu berita tersebut.
Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk melupakan rasa sedih itu selepas dua minggu berkurung.
” Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih.
” Berapa lama masa untuk move on itu bergantung kepada individu, macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja.
” Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.
” Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana.
” Kemudian baru diri saya dah rasa okey. Saya keluar bilik. Terus saya move on dan lupakan perasaan sedih itu,” katanya.
Kolin berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu dalam sebuah segmen di stesen radio tersebut, baru-baru ini.
Dalam masa sama, Kolin berkata ibunya merupakan individu yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.
” Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).
” Waktu berlaku itu saya senang dengan suami, tak akan saya nak lepaskan dia., tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada keluarga, ada anak-anak. Semua sudut diambik kira dan difikirkan,” tambahnya.
Rahim atau nama sebenarnva Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua orang isteri iaitu Norazlin Abdullah, 43, dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor.
Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada umum setahun kemudian.
Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.
Semalam adalah ulang tahun kelahiran Abby Abadi. Apa yang menariknya, dia diraikan dalam satu majlis yang suprise dengan kelolaan Norman Hakim, Memey Suhaiza dan suami Abby Sendiri, Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai Ezzany.
Menurut Norman, majlis tersebut sebenarnya adalah atas rancangan Marissa Dania, anaknya yang menjadi pengurus projek dan beria-ia memujuknya untuk membantu membuat kejutan untuk Abby.
Majlis yang berlangsung meriah ketika mereka sekeluarga hadir di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA2018) di Serdang semalam.
Usai selesai majlis tersebut, Abby diberitahu ada aktiviti meet & greet, namun rupa-rupanya itu adalah kejutan untuknya apabila mereka ramai-ramai membawa keluar kek dan bunga sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi.
Bercerita lebih lanjut kata Abby dia ‘diperdaya’ oleh penganjur kononnya ada sesi ramah mesra bersama peminat sejurus selesai berniaga.
“Ini kerja Norman Hakim, Memey Suhaiza dan suami saya serta anak-anak dibantu team yang menjaga saya di MAHA.
“Ingatkan betullah saya ada sesi meet & greet lagi di MADA hari ini, rupa-rupanya kerja saya dah habis dah, dorang plan benda ini pula.
“Serius, memang tak sangka langsung. Saya memang ingat nak balik dah tadi sebab dah pukul 4 petang.
“Baru hantar mesej bagitahu nak balik, dorang ajak masuk ke Hall A dan surprise!” tulis Abby.
Ini kerja @normanhakim_786@memeysuhaiza suami Sy @jaiezzany serta anak2 dibantu oleh team yg menjaga Sy di Maha, Syafa, En Bukhari & Puan Nuril ☺️ Ingatkan betullah Sy ada sesi Meet & Great lagi di Kg Pulau Pisang( MADA) Hall A hari ni, rupanyaaa kerja Sy dah habis dah, dorang plan benda ni pula ? Seriussss.. memang tak sangka langsung… Sy mmg ingat nak balik dah tadi sbb dah kul 4pm. Baru hantar msg bgtahu nak balik, dorang ajak masuk ke hall A tu.. dan supriseeee!!
Abby yang mengakui terkejut dengan surprise tersebut bagaimana pun terharu dan gembira dengan ingatan tersebut. Dalam masa yang sama, Abby turut berterima kasih kepada suaminya yang menyediakan hadiah yang cukup istimewa.
Cikgu BM dapat hadiah minyak angin waktu sambutan Hari Guru, memang rare. Jika kebiasaannya guru menerima bunga atau pen sempena Hari Guru, lain pula kisah seorang guru Bahasa Melayu ini yang mendapat hadiah tak dijangka, sebotol minyak angin cap kapak daripada salah seorang muridnya.