Isteri kepada Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menitipkan kata-kata semangat buat suaminya yang juga penyampai radio Era selepas terpalit kontroversi membabitkan perkauman baru-baru ini.
Menerusi Instagramnya kata Zira, dia dan akan sentiasa berada di samping suaminya untuk terus memberikannya semangat walau apa pun yang berlaku.
“Anggaplah ini sebagai peringatan bahawa Allah mahu kita sentiasa mengingati-Nya, sama ada dalam kesenangan atau kesusahan.
Ads
“Ayah ada kami, kami akan sentiasa menyokong dan menyayangi ayah. Ayah seorang yang penyayang, prihatin, dan penuh sifat keibubapaan,” tulisnya.
Tambahnya lagi menerusi kapsyen, biar apa pun pandangan orang lain namun dia dan anak-anak akan tetap memberikan sokongan padu buat Nabil.
Ads
“Saya peminat terbesar ayah sampai bila-bila. Mungkin ada yang berkata buruk tentang ayah, tetapi saya lebih mengenali ayah berbanding mereka,” tulisnya.
Ads
Melalui entri itu juga, Zira turut memuat naik gambar mereka sekeluarga bersama tiga anak perempuan kesayangan.
Terdahulu, Nabil serta dua lagi rakan penyampai, Radin dan Azad Jasmin bagi segmen 3 Pagi Era digantung tugas di stesen radio itu kerana dikatakan telah turut serta dalam video yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali masih belum bersedia untuk berkongsi wajah dan nama anak lelakinya kepada khalayak walaupun sudah lebih dua bulan menimang cahaya mata.
Menurut kata Nabila, salah satu perkara yang menjadi kebimbangannya dan suami adalah risiko penyakit ain yang boleh menimpa bayinya itu.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Radzali, 33, berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan suaminya.
“Saya dan suami ada pemahaman yang sama dan bersetuju untuk tidak dedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.
“Saya sedar ramai yang bertanya, cuma saya pasti semua akan tahu juga. Mana yang boleh kita simpan hanya untuk keluarga, kita simpan dulu.
“Ya risau juga dengan penyakit ain dan sekarang pun macam-macam kes berlaku membabitkan bayi. Saya tak nak ambil risiko, tambahan pula bila menjadi figura awam ni saya risau mungkin akan diperhatikan.
“Orang biasa pun boleh jadi mangsa inikan pula saya yang kerjanya perlu berjumpa orang ramai,” katanya.
Nabila bagaimana pun berkata dia akan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bersama suami bila sampai masanya kelak.
“Insya-Allah kalau sudah bersedia nanti saya akan kongsi di media social,” ujarnya berkongsi.
Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiga beradik di Kelantan, Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8 kanak-kanak berbangsa Cina menarik perhatian ramai apabila turut sama menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.
Tiga beradik itu ditemani bapa mereka, Tan Wee Lee dan ibu, Tan Bee Kam, mereka tidak kekok bersama-sama kanak-kanak Melayu lain mandi air semburan dari kenderaan bomba seawal jam 8 pagi.
Ketiga-tiga beradik itu juga begitu teruja untuk bersunat malah bangun seawal jam 5 pagi kerana tidak sabar untuk menjalani prosesnya.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka dengan suka rela meminta untuk berkhatan tanpa paksaan kerana pernah mendengar cerita daripada rakan-rakan mereka beragama Islam.
“Ramai ahli keluarga kami yang berkhatan kerana bertujuan menjaga kesihatan dan kebersihan.
“Saya mendapat tahu daripada rakan sekampung yang memaklumkan mengenai program berkenaan dan terus mendaftarkan ketiga-tiga anak kami,” kata ibu, Tan Bee Kam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, seramai 50 kanak-kanak menyertai program berkhatan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan HTM.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Konvokesyen ‘All Out’, Bajet Cecah RM3,000, Persiapan Mewah Pelajar IPT!. Hari Konvokesyen adalah detik penuh makna yang dinantikan oleh setiap pelajar universiti, termasuklah para graduan UiTM minggu ini. Dalam usaha untuk kelihatan sempurna pada hari bersejarah tersebut, ramai yang sanggup berbelanja besar malah ada yang cecah hampir RM1,000, bahkan cecah RM3000!
Dari menyewa jubah, solekan profesional, pakaian elegan, hingga sesi fotografi, semuanya memerlukan kos yang bukan sedikit. Bagi mereka, ini adalah pelaburan untuk merakam kenangan terindah yang hanya datang sekali seumur hidup. Tambahan pula, majlis graduasi bukan sekadar untuk meraikan diri sendiri tetapi juga detik menggembirakan ibu bapa yang telah berkorban demi kejayaan anak-anak mereka.
Walaupun ada suara-suara yang mengatakan perbelanjaan sebegini mungkin berlebihan, bagi para graduan, momen ini sangat berharga. Ia melambangkan titik kejayaan setelah bertahun-tahun berusaha, menempuh cabaran, dan mengorbankan masa serta tenaga. Bak kata mereka, sekali seumur hidup, apa salahnya.
Menerusi perkongsian Instagram yang dipaparkan oleh laman rasmi ERA yang membuat tinjauan bajet mengenai peruntukan perbelanjaan graduasi. Namun pendedahan seorang mahasiswa ini membuatkan ramai teruja dengan memberikan pelbagai komen positif dan sebaliknya.
Dikenali sebagai Naja Nabihah Zulkeflee, mahasiswa ini dengan jujur dan terbuka berkongsi jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk meraikan hari penuh bermakna dalam hidupnya.
Pastinya bagi Naja Nabihah Zulkeflee, hari graduasi bukan sekadar majlis penyampaian sijil, tetapi detik yang melambangkan kejayaan dan pengorbanan bertahun-tahun. Justeru, beliau memilih untuk menjadikan momen ini lebih istimewa dengan persiapan rapi, mencerminkan rasa syukur dan kegembiraan atas pencapaiannya.
“Secara keseluruhannya kurang RM1000, tapi dah kira-kira dalam RM859.00. “Kira berjimat tu, kalau orang lain mungkin dalam RM3000.” -Naja Zulkeflee
Katanya jumlah peruntukkan itu termasuk baju dan solekan.
“Saya tak nak over sangat. Tapi pada masa yang sama, I nak all out..”
Untuk info, Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ‘selempang pink’ merujuk kepada selempang berwarna merah jambu yang dipakai oleh graduan semasa majlis konvokesyen sebagai tanda penerima Anugerah Naib Canselor (ANC). Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 ke atas sepanjang pengajian mereka. Memakai selempang pink menjadi simbol penghormatan dan pengiktirafan atas usaha gigih serta dedikasi pelajar dalam mencapai prestasi akademik yang cemerlang.
Dalam pada itu, meninjau diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan jumlah perbelanjaan . Ada juga berkongsi pengalaman masing-masing terdahulu.
Apa pun, jumlahnya tepuk dada tanya selera. Ia bergantung kepada kemampuan masing-masing.
“Selempang pink, pelajar pandai. Self reward. Tahniah..”
Apa pun dari menyewa jubah, solekan profesional, pakaian elegan, hingga sesi fotografi, semuanya memerlukan kos yang bukan sedikit. Bagi mereka, ini adalah pelaburan untuk merakam kenangan terindah yang hanya datang sekali seumur hidup. Tambahan pula, majlis graduasi bukan sekadar untuk meraikan diri sendiri tetapi juga detik menggembirakan ibu bapa yang telah berkorban demi kejayaan anak-anak mereka.
Walaupun ada suara-suara yang mengatakan perbelanjaan sebegini mungkin berlebihan, bagi para graduan, momen ini sangat berharga. Ia melambangkan titik kejayaan setelah bertahun-tahun berusaha, menempuh cabaran, dan mengorbankan masa serta tenaga.
Buat semua graduan UiTM minggu ini, tahniah diucapkan! Anda bukan sahaja membanggakan diri sendiri tetapi juga keluarga dan insan-insan yang menyokong anda dari awal hingga kini. Semoga perjalanan seterusnya akan terus membawa kejayaan yang lebih besar. Ingatlah, graduasi ini bukan pengakhiran tetapi permulaan kepada langkah lebih besar di masa depan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Empat anak hafaz al-Quran dalam tempoh kurang setahun menjadi kejayaan membanggakan buat pasangan Wan Azuadi dan Normajan yang menerima Anugerah Tajul Waqar.