Bgun awal pagi, sediakan sarapan, bekalkan makanan, kerana suami atau kerana Allah? Hantar anak sekolah, pergi pasar beli bahan2, kerana suami, atau kerana Allah?
Ads
Masak tghari, ptg dan malam, kerana suami, atau kerana Allah? Basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, cuci pinggan, buang sampah, kerana suami atau kerana Allah?
Kita tak pernah pun terfikir, “Aku buat perkara ni, aku buat semua ni, ikhlas kerana Allah s.w.t dan bukan kerana suami suruh, takut suami marah atau terpaksa buat…”
Klu niat kerana Allah, ianya jd ibadah dan dpt pahala…klu niat kerana manusia, kita xdpt apa2 dan kita akan mengharapkan manusia itu utk membalas perbuatan kita itu sebagaimana yg kita telah buat kpdnya…ini yg seringkali membuatkan kita kecewa, ini yg seringkali membuatkan kita marah…ini yg seringkali menghampakan kita…
Ads
Sbb xdpt penghargaan setimpal dgn apa yg kita dh buat kpdnya…
Para isteri sekalian, niatlah akan setiap perbuatan kamu itu kerana Allah s.w.t dan percayalah bahawa akan ada pahala utk setiap perkara yg dilakukan anda, klu tidak didunia, maka di akhirat, klu tidak skrg, mgkin esok atau lusa…apa yg pasti, Allah akan membalas kebaikan itu, dgn kebaikan…
Ads
Perbaiki nawaitu, dan mulai hari ini, apa yg anda buat sebagai isteri adalah لله تعالى…Allah jualah yg dpt membalas setiap budi baik, jasa dan pengorbanan anda selama mana anda bergelar isteri kpd seorang lelaki yg bernama suami…
Barulah ianya tidak menjadi sesuatu yg sia2.
Sumber: Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semestinya ramai antara kita orang perempuan bila lihat ada rekaan terbaru barang kemas yang tengah trending, kalau boleh ingin juga dimiliki. Jadi memikirkan cara yang lebih mudah tanpa perlu menangung kos yang mahal adalah dengan melakukan proses jual barang kemas lama dan dapatkan barang kemas yang baharu. Cara ini bukan sahaja dapat memuaskan keinginan untuk memiliki rekaan yang disukai malah emas juga dikatakan suatu cabang pelaburan yang menguntungkan di masa akan datang.
Pun begitu, sedang kita seronok mendapat emas baru dengan cara trade in emas lama, ada perkara serius yang perlu diambil perhatian agar proses jual beli tersebut bebas daripada unsur riba’.
Untuk mengetahui lanjut tentang ini, baca perkongsian ini.
Penjelasan oleh Ustaz Azhar Idrus , Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Dato Dr Abdul Basit, AAM
Sedikit Ilmu Tentang Emas..Sebenarnya ramai lagi yang masih cetek tentang hukum hakam dalam jual beli emas. Sikit-sikit kita belajar. Cedok ilmu. Supaya tiada syubhah dalam apa yang kita lakukan lagi-lagi bab berkaitan dengan harta. Tau tak apa hukum Trade in Emas dengan Emas?
Perasan tak bila kita nak trade in kat kedai, kita akan bagi emas kita, staff timbang dan bagi harga sekian-sekian. Then staff minta kita pilih emas baru yang kita nak. Then kena tambah duit.
Tahu tak, lebihan duit yang kita tambah tu adalah riba?
Ya RIBA kawan-kawan. Cara trade in yang tidak mengikut syariat adalah haram di sisi Islam ye.
Macam mana cara trade in yang sah di sisi Islam?
Caranya, kita kena jual dulu barang kemas kita, then lepas dapat duit, lepas akad bagai, baru kita beli baru.
Transaksi tersebut mestilah taqabud fil hal yakni berlaku dalam satu masa.
SYARATNYA MESTI KITA PEGANG DULU DUIT HASIL KITA JUAL/TOLAK BARANG KEMAS TERSEBUT. TIDAK BOLEH TIDAK, MESTI PEGANG DULU DUIT TU.
.
Melainkan kalau berat dan nilai harga emas dengan emas tadi adalah sama. Tanpa perlu berlaku penambahan duit dan sebagainya. Maka hukumnya adalah sah. Tapi mana mungkin kan? Harga emas pun berbeza hari ke hari. So cara paling selamat nak elakkan riba adalah dengan menjual terlebih dahulu, pegang duit dan kemudian beli emas yang baru.
Dalam seronok kita menjual dan membeli emas, ada syariat yang perlu dijaga.
.
Kena berhati hati dalam jual beli emas. Agar syariat terjaga, simpanan terpelihara
Sama situasi kita trade in emas online pn kena transfer bayar dulu. Kemudian baru deal balik untuk beli emas lain
Jawapan Bagi ‘Trade in’ Emas Lama Dengan Emas Baru.
Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in’ emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil’ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu’asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu’ al-Sya’iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :
i) Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu’, no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii) Mesti ‘Taqabud fil hal aw fil majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa) – kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.
Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan ‘trade in’ dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?
Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : “Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi”
.
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN ‘TRADE IN’. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.
Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.
Sumber : Puan Tengku Mila
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Secara umumnya pembelajaran seseorang kanak-kanak berbeza mengikut tahap usianya. Kebiasaannya daripada usia 2 sehingga 7 tahun kanak-kanak akan mula membina kebolehan dalam dirinya. Pada tahap ini dia akan mula mencari sebab dan berfikir merujuk kepada dirinya sendiri. Kemudian selepas 7 tahun barulah dia melihat persekitaran lura daripada dirinya.
Ini bermakna jika ingin mengajar anak dengan mudah terutama yang memasuki pra sekolah, berikan contoh-contoh yang mempunyai kaitan dengan diri mereka. Misalnya, kanak-kanak yang lebih kecil memahami untuk belajar konsep abjad, nombor dan warna berbanding perkara-perkara abstrak seperti tatabahasa, pantun dan sebagainya. Seterusnya ikuti panduan lain untuk pembelajaran mudah bagi si manja anda.
1.Tempoh masa
Kanak-kanak hanya mampu memberikan tumpuan untuk jangkamasa yang pendek. Oleh yang demikian, sewaktu anda membuat aktiviti dengan anak anda, misalnya menggunakan flash card, ataupun membuat gerakerja tertentu menggunakan buku atau kertas, pastikan anda berhenti sebentar untuk rehat ataupun tukar kepada aktiviti yang lain apabila anak anda dilihat mula bosan atau menunjukkan kenakalannya.
2.Pengulangan
Lakukan pengulangan supaya pembelajaran yang diajar diingati dengan mudah. Biarkan mereka mengulang sesuatu aktiviti, tajuk atau set perkataan. Di samping itu, penyediaan kerja rumah (homework) dapat membantu anak anda mempelajari pembelajaran dengan cepat. Wujudkan jadual supaya ia dilakukan secara rutin dan konsisten.
3.Kenali personaliti
Bagi kanak-kanak yang mudah mesra, dia mampu bersosial dengan baik dan boleh belajar sesuatu bahasa dengan cepat kerana mereka hendak berkomunikasi. Kanak-kanak jenis ini tidak takut untuk membuat kesilapan. Belajar secara berkumpulan dengan kanak-kanak lain mungkin lebih baik baginya. Manakala bagi yang jenis pendiam, tidak suka melakukan kesilapan dan tidak akan memulakan sesuatu perkara atau tindakan sehinggalah mereka mendapat kepastian. Bagi yang jenis pendiam, ia lebih perlukan privasi, keadaan yang lebih senyap dan tenang untuknya mempelajari sesuatu bahasa.
4.Ketahui minat anak.
Apabila anda memahami dan tahu mengenai hal ini mudah untuk melakukan pembelajaran. Persoalan seperti Apakah kepekaan mereka yang paling utama? Adakah mereka sukakan gambar-gambar atau membaca? Jika ya! Galakkan anak anda menggunakan lukisan, gambar, peta dan gambarajah sebagai sebahagian daripada bahan pembelajaran mereka.
5.Baca kuat
Sejak kecil lagi anak suka mendengar anda membaca buku cerita sebelum tidur. Oleh itu, tidak mustahil ada segelintir kanak-kanak suka mendengar kepada penerangan dan membaca dengan kuat. Malah mungkin cara nyanyian dan lagu.
6.Anak aktif
Anak anda seorang yang lincah dan bertenaga. Sukar untuk mengawalnya supaya duduk diam seketika. Jika mempunyai anak sebegini boleh menggunakan permainan (game) untuk menggalakkan mereka bergerak dan juga menari bersama si manja.
7.Suasana ceria
Untuk menarik minat anak, ia perlu dilakukan dalam suasana yang seronok dan tidak memberikan tekanan (stress-free). Galakkan anak anda untuk menuruti kehendak dan minatnya sendiri. Sebagai contoh, jika anak anda meminati badminton, berikan dia bahan bacaan berkaitan dengan badminton. Cara ini menarik minat anak-anak untuk membaca dengan pekara yang dia suka.
TIP MUDAH
1.Berikan pujian dan galakkan
2.Jangan mengkritik apabila melakukan kesilapan.
3,Sediakan bahan bacaan yang diminatinya
4. Ruang untuk pembelajaran yang selesa
5. Sediakan jadual pembelajaran di rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dulu, selebriti terkenal, Rozita Che Wan, sering mendapat perhatian ramai dek kerana personaliti yang menarik dan cantik, di tambah pula dengan trendmark bulu mata yang lentik!
Sejak dikurniakan anak perempuan, siapa sangka kanak-kanak itu menurun penuh perangai ibunya dan juga sering mendapat perhatian walaupun masih kecil!
Keletah Aaisyah Dhia Rana yang suka berdandan dan semakin cantik apabila meningkat remaja sentiasa mendapat pujian memandangkan Rozita Che Wan atau biasa disapa Che Ta tak lokek berkongsi gambar atau video Aaisyah.
Terbaru, Che Ta ada memuatnaik video anaknya yang bergaya seperti orang dewasa dengan memegang telefon bimbit dan juga beg tangan. Gaya yang ditunjukkan sama persis seperti model-model terkenal yang sedang bergaya dengan cermin mata hitam.
Bukan itu sahaja, Aaisyah juga sempat membuat aksi jelingan mata dengan membuka cermin mata tersebut terlebih dahulu yang menjadi tarikan orang ramai untuk melihatnya! Tindakan comel Aaisyah itu telah membuatkan Che Ta berasa ‘tergugat’ dan mengaku kalah dengan gaya anaknya.
Meninjau di ruangan komen, rata memuji raut anak itu saling tidak tumpah seperti ibunya. Malah, ada juga yang terhibur dengan gelagatnya yang menangkat telefon pintar itu seakan berat sehingga senget bahu jadinya!
Sedikit info, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak ketiga Che Ta dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telahpun berusia sembilan tahun.
Datuk Seri Vida menjadi perhatian selepas Mahkamah Tinggi membenarkan Maybank Islamic menjual beberapa hartanah milik syarikatnya susulan kegagalan melunaskan pembiayaan Islam berjumlah RM15.5 juta.