Kalau dulu, selebriti terkenal, Rozita Che Wan, sering mendapat perhatian ramai dek kerana personaliti yang menarik dan cantik, di tambah pula dengan trendmark bulu mata yang lentik!
Sejak dikurniakan anak perempuan, siapa sangka kanak-kanak itu menurun penuh perangai ibunya dan juga sering mendapat perhatian walaupun masih kecil!
Keletah Aaisyah Dhia Rana yang suka berdandan dan semakin cantik apabila meningkat remaja sentiasa mendapat pujian memandangkan Rozita Che Wan atau biasa disapa Che Ta tak lokek berkongsi gambar atau video Aaisyah.
Terbaru, Che Ta ada memuatnaik video anaknya yang bergaya seperti orang dewasa dengan memegang telefon bimbit dan juga beg tangan. Gaya yang ditunjukkan sama persis seperti model-model terkenal yang sedang bergaya dengan cermin mata hitam.
Ads
Bukan itu sahaja, Aaisyah juga sempat membuat aksi jelingan mata dengan membuka cermin mata tersebut terlebih dahulu yang menjadi tarikan orang ramai untuk melihatnya! Tindakan comel Aaisyah itu telah membuatkan Che Ta berasa ‘tergugat’ dan mengaku kalah dengan gaya anaknya.
Meninjau di ruangan komen, rata memuji raut anak itu saling tidak tumpah seperti ibunya. Malah, ada juga yang terhibur dengan gelagatnya yang menangkat telefon pintar itu seakan berat sehingga senget bahu jadinya!
Sedikit info, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak ketiga Che Ta dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telahpun berusia sembilan tahun.
Apa aktiviti malam minggu anda sekeluarga. Nak keluar bimbang dengan wabak covid-19, lebih baik duduk di rumah kan. Apa kata ajak anak-anak tonton cerita menarik ini.
Ada kelainan yang cuba disampaikan dalam siridrama terbaru Take CTRL yang bakal menemui penonton tak lama lagi. Mengetengahkan elemen game dalam ceritanya kerana ia merupakan kisah sains fiksyen tetapi menghiburkan seisi keluarga.
Di dalam drama ini diselitkan elemen cinta,benci , kasih sayang dan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa. Selain itu, ditunjukkan bagaimana cara mereka berdamai antara satu sama lain dalam dunia digital.
Adegan lucu antara ibu bapa pasti membuatkan anak-anak terhibur. Namun, yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan menerusi drama ini.
Sesuai dengan slogan “with control, comes chaos”, anak-anak akhirnya dapat pengajaran bahawa mengawal tidak semudah yang disangka, dan sentiasa ada akibatnya.
Justeru, anak-anak perlu tahu dan terima bila mana ibu bapa katakan ‘tidak’ bagai sesuatu perkara.
Siri ini mengisahkan tentang Sky dan Ramunah, adik-beradik yang dikawal ketat oleh ibu bapa mereka, sehingga mereka terjumpa permainan video kawalan minda.
Kanak-kanak ini kemudian mengalami peranan mereka dan ibu bapa yang ditukar. Take CTRL akan ditayangkan pada 29 Januari, setiap Sabtu, 9 malam di TA-DAA! (Saluran 612), Astro GO dan On Demand.
Menariknya, peminat Shaheizy Sam boleh melihat bagaimana karekter yang dibawakan pelakon ini sebagai papa. Manakala watak mama pula di pegang oleh Hana Nadira. Turut berlakon dalam siri ini adalah Faiz Najib (Sky) dan Sry Khairudin (Ramunah), sebagai penampilan sulung buat ketiga-tiga pelakon utama dalam siri TV.
Jangan lupa saksikan #TakeCTRL bermula 29 Januari ini, setiap Sabtu 9PM di Astro, TA-DAA! CH 612 dan On Demand.
Bercakap tentang doa makan, anak sekecil 4 tahun pun sudah pandai menghafalnya. Apa yang pasti, kita sekeluarga sudah tahu adap-adap yang perlu dilakukan sebelum menjamah hidangan.
Namun tentu tidak semua tahu, doa makan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri.
Bukan sahaja perlu dibaca sebelum makan, malah dalam menjaga hubungan suami isteri agar lebih damai, tenang dan bahagia juga perlu mengamalkan doa yang sama. Caranya bagaimana? Ikuti perkongsian daripada seorang isteri bernama Ainul Elmy di akaun fbnya.
RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA
Ya, rahsia besar yang tak ramai orang tahu, terutamanya pasangan suami dan isteri. Izinkan saya kongsi kan sedikit RAHSIA BESAR ini. Tak lama, hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.
Baru baru ni, saya berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.
Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.
Sempat saya bertanya pada dia,
“Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? Sebab macam yang kita tahu, ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga”
Ustaz Sadini jawab, “Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan anggota badan suami kamu ?”
Ustaz Sadini pandang semua yang hadir,dan tanya lagi pada yang lain,
“Ada doakan anggota badan suami ? Suami pulak, ada doakan untuk anggota badan isteri?”
Ustaz Sadini pandang saya semula, menunggu jawapan. Ahhh sudah! Apa nak jawab? Sebab saya tak paham maksud soalan tu.
Tapi saya jawab juga, “Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat, minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki, menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab”
Ustaz Sadini : “Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain. Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni. Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga”
Persoalannya, bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?
Di sini saya kongsi kan.
1. Pegang tangan suami / isteri kita, usap tangan nya sambil baca :
Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar,
Habis baca sambung,
YA ALLAH, BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK, DI HARAMKAN DARI API NERAKA.
Pelik? Yer, kami semua yang hadir pun tercengang. Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau, ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja. Sedangkan banyak fungsi doa makan tu, untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.
2. Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita.
3. Ketika isteri hamil, baca kan juga doa tersebut, sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri.
4. Ketika sedang bersama, lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut, minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai. Minta diharamkan hati nya dari api neraka.
ALLAHUUU, saya yakin ramai sangat yang tak tahu perkara ni ?
Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita? Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan, ketika suami bawa balik sekampit beras. Waktu di tuang ke dalam tong beras, pegang butiran beras tu sambil bacakan juga ,
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Mudah pada pandangan mata tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Kredit: Ustaz Syed Shahridzan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.