Satu kes kekejaman rumah tangga apabila seorang wanita muda berusia 21 tahun menjadi mangsa pembunuhan di tangan suami sendiri di rumah sewa mereka di Ciwastra, Bandung, pada hari Rabu yang lalu. Kejadian kejam ini berlaku di Bandung, Indonesia.
Menurut saksi yang dikenali sebagai Kania, sebelum kejadian dia melihat suspek mundar mandir di kawasan rumah mereka.
“Kemudian selepas saya kembali semula ke rumah mereka, saya dapati titisan darah terlihat di lantai.
“Mangsa ketika itu masih hidup dan ibu kandungnya sempat datang untuk menyelamatkannya,” katanya kepada Detikjabar pada Khamis.
Tambah Kania yang juga merupakan jiran kepada mereka, sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa sempat memanggil panggilan ibu sebanyak dua kali.
Ads
“Sebelum pergi, dia sempat memanggil ‘mamah’, ‘mamah’.
“Akhirnya mangsa meninggal dunia dipangkuan ibunya,” ujarnya.
Jelasnya, dia juga tidak dapat mengenal pasti peralatan yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa.
Ads
“Cuma yang saya dapat lihat adalah selain darah dilantai darah juga dapat dilihat dari ruang tamu sehingga ke bilik mereka,” katanya.
Suspek dikenali sebagai D,30 sementara mangsa dikenali sebagai Siti Oktaviani.Pasangan ini baharu setahun berkahwin.
Sementara itu polis mengesahkan kejadian berkenaan dan sedang mencari pelaku yang berjaya melarikan diri selepas insiden tersebut.
Ads
“Betul telah terjadi kejadian pembunuhan suami terhadap isteri pada Rabu jam empat petang,” kata polis Buahbatu Iptu Purnomo kepada pemberita pada Khamis.
Ujarnya lagi, polis masih menyelidik motif pembunuhan berkenaan.
“Suaminya melarikan diri dan kita masih mencari suspek,” katanya. – Agensi
“Bukan nak aibkan sesiapa..tapi saya taknak perkara ini jadi kat orang lain..kena hati hati. Semalam staff saya macam kena scam kat kedai kami di Chatime setia City Mall..orang tu datang, dia order air, lepas tu dia mintak terus duit baki, padahal dia tak bagi lagi duit untuk dia beli air.
“Kalau korang boleh tengok kat video ni..dia macam paksa untuk dapatkan duit baki dengan cepat..so staff saya bagi la duit baki yang dia mintak dalam RM 87 ringgit.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Lepas tu dia datang lagi nak tukar duit pulak, dari duit yang dia ambik tadi.
“Lepas tu dia terus hilang, tak tau ke mana. Macam kena pukau pun yer jugak..saya baru je nak meniaga..senang-senang je dia datang ambik duit. RM 87 ringgit tu banyak, itu baru satu kedai, kalau 10 kedai dia pegi…hati hati tau guys. Report polis kami dah buat. Semoga malaun ni kena tangkap..kurang ajar betul”
Demikian tulis penyanyi Tomok menerusi laman Instagram miliknya di mana pekerja kiosk minuman miliknya di Setia City Mall baru-baru ini telah diperdaya oleh seorang ‘pelanggan lelaki’ dengan meminta wang baki meskipun belum membuat pembayaran.
Tomok menerusi hantaran itu turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang di pasang di kiosk berkenaan. Melihat pada video tersebut, memperlihatkan lelaki memakai baju berwarna hitam itu menghampiri kaunter pembelian dan berbual-bual dengan pekerja wanita.
Kemudiannya, wanita yang menjaga kaunter pembayaran itu telah memberikan wang seperti mana diminta lelaki tersebut.
Sementara itu, Tomok berkata, selepas lelaki terbabit mengambil wang baki daripada pekerjanya, secara tiba-tiba dia muncul kembali dan minta untuk menukar wang sebelum menghilangkan diri.
Tomok dalam masa sama juga memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan berharap kejadian serupa tidak berlaku kepada orang lain.
Berikut adalah kronologi kejadian tanah runtuh di seluruh negara tahun ini.
1 Jan 2022 : Tujuh kejadian tanah dan cerun runtuh dilaporkan berlaku pada hari pertama 2022 melibatkan enam kawasan di Selangor dan satu di Negeri Sembilan.
2 Jan 2022 : Sebanyak 13 laluan melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan susulan kejadian jalan runtuh dan dinaiki air.
14 Feb 2022 : Seramai 31 orang daripada sembilan keluarga petugas Balai Polis Tongod, Sabah dipindahkan sebagai langkah keselamatan susulan kejadian tanah runtuh berdekatan dengan balai itu.
8 Mac 2022 : Sebanyak tiga kejadian tanah runtuh berlaku susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara. Dua kawasan itu melibatkan rizab jalan di 1/27, Taman Gembira dan Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan, manakala di Seksyen 6, Wangsa Maju merupakan tanah persendirian.
10 Mac 2022 : Empat terkorban manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, selain 15 rumah turut rosak serta 10 kenderaan terjejas.
10 April 2022 : Hujan lebat selama beberapa hari menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir berlaku di beberapa kampung di daerah Tuaran. Sebanyak lima rumah turut dilaporkan terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok.
15 Mei 2022 : Dua wanita maut dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika mendaki Hutan Simpanan Kekal Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
14 Jun 2022 : Hujan lebat berterusan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Dr Ismail, Taman Bukit Sentosa serta kerosakan pada sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad.
24 Julai 2022 : Seorang pekerja kontraktor pembersihan pembentungan cedera selepas terperangkap kira-kira empat jam dalam tanah runtuh ketika melakukan kerja pembaikan tangki septik di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi di Johor.
28 Julai 2022 : Dua kanak-kanak maut manakala dua individu dewasa cedera selepas rumah yang didiami Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di Kota Kinabalu, ditimbus tanah runtuh.
29 Ogos 2022 : Enam kediaman di Rumah Rakyat Batang Benar di Nilai runtuh dan mengalami keretakan akibat pemendapan tanah ekoran hujan lebat.
1 Nov 2022 : Enam lelaki terperangkap dalam insiden tanah runtuh di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi di Tenom, Sabah.
15 Nov 2022 : Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila banglo didiami mereka di Taman Halaman di Ampang ditimpa tanah runtuh menyebabkan sebahagian dinding bahagian belakang rumah itu roboh.
17 Nov 2022 : Tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan laluan Mantin-Seremban bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan.
16 Nov 2022 : Beberapa rumah Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di Ipoh tertimbus akibat kejadian tanah runtuh bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
17 Nov 2022 : Seramai 25 penduduk daripada lima keluarga Kampung Orang Asli Sungai Raya di Mantin, Negeri Sembilan terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.
26 Nov 2022 : Seorang lelaki maut dalam insiden tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands.
2 Dis 2022 : Bahagian hadapan sebuah rumah teres di Taman Sri Anggerik di Rantau, Negeri Sembilan roboh akibat kejadian tanah runtuh berikutan hujan berterusan.
9 Dis 2022 : Enam individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang. Dalam kejadian itu, rumah yang didiami mereka turut mengalami kerosakan.
10 Dis 2022 : Penghuni di tiga buah rumah di Taman Halaman, Ampang diarah mengosongkan kediaman mereka kerana pergerakan tanah berlaku susulan hujan lebat berterusan.
16 Dis 2022 : Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi ini.
Sepanjang tahun 2022 ini, negeri Selangor paling banyak ditimpa bencana tanah runtuh. Mungkin pembalakan yang semakin berleluasa menyebabkan tragedi ini berlaku.
Dalam usia yang masih muda dimana rakan-rakan seusianya mungkin masih ingin bermain tanpa memikirkan masa depan, namun tidak bagi kanak-kanak ini.
Clovis Hung, seorang kanak-kanak dari California yang berusia 12 tahun telah berjaya melakukan sesuatu hal yang luar biasa apabila berjaya mendapatkan lima ijazah di usia yang masih mentah.
Dia berjaya melakukan semua ini melalui hasil didikan di rumah dan menamatkan pengajiannya bersama rakan sekelas yang lain.
Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk menghadiri Kolej Fullerton selepas melihat Jack Rico iaitu seorang remaja berusia 16 tahun mendaftar dan menamatkan pengajian dengan empat ijazah pada usia muda 13 tahun.
Clovis bagaimanapun berjaya mengatasi rekod itu dan telah menjadi graduan termuda dalam sejarah Fullerton. Beliau telah menamatkan pengajiannya dengan lima ijazah Bersekutu Seni dalam Sejarah, Sains Sosial, Tingkah Laku Sosial dan Pembangunan Diri, Seni dan Ekspresi Manusia, serta Sains dan Matematik.
Fullerton mempunyai program khas yang membolehkan pelajar menghadiri kolej mereka sambil melengkapkan kurikulum homeschool.
Clovis dan ibunya mengakui agak sukar untuk melakukannya lebih-lebih lagi dengan pembahagian masa. Bagaimanapun, usahanya berjaya membuahkan hasil.
“Soalan pertama yang biasa ditanya oleh profesor dan rakan sekelas ialah berapa umur saya. Mereka terkejut dengan apa yang saya buat di sini dan sentiasa ingin tahu tentang markah kuiz dan peperiksaan saya.
“Namun, selepas itu, saya telah menunjukkan sikap yang serius terhadap pelajaran saya. Membuatkan mereka semua percaya pada keupayaan dan keazaman saya untuk mendapat gred yang baik,” katanya.