Tragedi Aidiladha, bapa hampir pengsan lihat jasad kaku dua anak, motosikal bertembung kereta. Kegembiraan seorang bapa, Mohd Delmi Mat Isa bersama keluarga membuat persiapan menyambut Aidiladha esok, bertukar pilu apabila lelaki ini kehilangan dua anak serentak dalam kemalangan maut di Jalan Teroi Titi Lahar, Yan, malam tadi.
Tragedi Aidiladha, Bapa Hampir Pengsan Lihat Jasad Kaku Dua Anak
Berita duka mengenai insiden menimpa dua anak lelakinya, Muhammad Zulqarnain, 22, dan Ahmad Firashi, 11, begitu mengejutkan mereka sekeluarga.
Malah, Mohd Delmi, 54, berkata beliau sudah berjanji dengan Ahmad Firashi untuk membawanya menggunting rambut semalam sebagai persiapan menyambut Aidiladha.
Ketika kejadian, Ahmad Firashi masih demam dan beliau sempat memberikannya ubat sebelum dua beradik itu keluar bersama menunggang motosikal untuk pergi memancing di Sungai Dedap, Yan.
Mohd Delmi berpesan kepada anak ketiga dan kelima daripada enam beradik itu supaya pulang segera sebelum malam.
“Kakak mereka, Nurin Afiqah, 23, juga berjanji hendak membawa Ahmad Firashi ke Pekan Jeniang pada sebelah petang untuk membeli barangan kelengkapan raya.
“Namun, tidak disangka berlaku kemalangan sehingga meragut nyawa dua anak saya itu.
“Nak sambut raya esok pun sudah tidak bersemangat kerana saya kehilangan mereka buat selama-lamanya,” katanya ditemui di rumah mereka di Kampung Charuk Tala, Jeniang, hari ini.
Meskipun reda, Mohd Delmi yang juga pemandu bas persiaran berkata, beliau bersama isteri, Siti Nur Zakaria, 47, cukup terkesan dengan kehilangan dua beradik itu.
“Kali terakhir saya bertemu dua anak itu kira-kira jam 10 pagi semalam ketika mereka bersiap untuk keluar memancing. Mereka berdua memang rapat.
Motosikal Bertembung Kereta
“Saya agak terkilan kerana gagal menghalang mereka pergi kerana Ahmad Firashi masih demam ketika itu,” katanya.
Beliau berkata, mereka mengetahui kejadian menimpa mangsa selepas dimaklumkan oleh seorang rakan yang datang ke rumah selepas solat maghrib, malam tadi.
Ads
“Lembik lutut saya sebaik saja menerima berita itu, malah isteri menangis selepas mendapat panggilan telefon kemudian daripada polis yang mengesahkan kejadian berkenaan.
Mohd Delmi berkata, jenazah dua beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Maarifi, Jeneri, di sini, pagi tadi.
Media sebelum ini melaporkan dua beradik maut selepas motosikal jenis Honda RS-X ditunggang mereka bertembung sebuah kereta Toyota Vios di Jalan Teroi Titi Lahar, kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Pemandu kereta berusia 61 tahun terbabit mengalami kecederaan di bahagian dada akibat kemalangan itu.
Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengadu lipas semakin berkeliaran di rumah dan tandas mereka.
Malah habis kotak-kotak kasut dan kotak simpan barang di dalam stor dimakan oleh lipas. Telur-telur lipas pula semakin banyak terutamanya di tempat yang jarang dibuka.
Sudah pelbagai cara dilakukan, namun lipas-lipas ini masih ada berkeliaran malah berterbangan di dalam rumah sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.
Nah! Cuba petua ini. Ianya telah dikongsikan oleh Iza Abu Bakar yang telah mengamalkan cara ini sejak bertahun lamanya.
Paling menarik, ianya hanya menggunakan 2 bahan yang selalu berada di dapur anda.
CARA CARANYA :
Mudah je, korang campurkan kedua dua bahan ini dalam satu bekas. Gaul sebati.
BAHAN BAHAN :
* 1 sudu makan gula
* 1 sudu makan baking soda
Kemudian korang letak la bekas ni kat tempat gelap yang menjadi laluan lipas.
Ataupun korang boleh je taburkan campuran bahan ni atas laluan lipas tu.
NOTA PETUA : Gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda ni akan membunuh lipas secara senyap.
Bagi ibu-ibu yang berhijab mesti semahunya ingin menjaga selendang atau tudung yang dibeli dengan sebaik mungkin. Maklumlah bukan seringgit dua harganya, malah ada yang mencecah ratusan ringgit nilainya. Jadi tidak hairanlah, penjagaan selendang diberi perhatian. Dicuci bersih secara berasingan dan setelah kering digantung rapi di dalam almari.
Pun begitu, perasan atau tidak dalam penuh hati-hati orang perempuan menjaga setiap koleksi tudung yang dimilikinya, pasti akan ada kesan makeup dan bekas-bekas minyak di bahagian tertentu.
Ini memang tidak dapat dielakkan, tambah-tambah lagi jika anda sering kali mengenakan makeup yang tebal. Biar dicuci berkali-kali, bekas-bekas minyak tetap tidak akan hilang. Tambah-tambah lagi bila cuaca panas, lagi lah senang berpeluh dan habis tinggal tompok-tompok dari minyak makeup melekat di selendang.
Namun dengan perkongsian daripada Tyma Sadini, bolehlah ibu-ibu menarik nafaz lega. Apabila menggabungkan dua bahan utama ini, hasilnya cukup hebat berkuasa menanggalkan kesan kotoran yang selama ini begitu payah untuk dihilangkan. Jom semak bagaimana caranya.
Tip Hilangkan Kotaran Makeup Di Tudung.
1) Masukkan tudung ke dalam baldi dan letakkan bahan pencuci yang biasa anda gunakan.
2)Kemudian masukkan air dan campurkan sekali bedak (tidak kira jenama). Gosok dengan lembut dan bilas bersih.
Ramai yang impikan sebuah kediaman yang tenang dan kemas. Mana taknya, suasana kediaman sebegini membuatkan kita rasa damai.
Tak perlu sarat dengan pelbagai hiasan yang banyak, rumah yang menonjolkan dekorasi yang simple pun mampu menjadi tarikan ramai.
Malah trending sekarang ramai yang inginkan sebuah kediaman yang sedap mata memandang tanpa sarat barang aksesori.
Sebagaimana perkongsian puan Ayu Roses ini, tatahiasa rumahnya mendapat pujian warganet. Malah gabungan warna putih dan coklat membuatkan aura rumah ini begitu tenang.
Biarpun rumah hanya kategori rumah flat dengan keluasan terhad iaitu 712sqft, kediamannya tetap menarik pandangan mata.
Apa lagi, jom lihat hasil kreativiti beliau.
__________________________
Deco rumah flat 712sqft, ruang memanjang dari pintu masuk terus ke ruang tamu. Tema asalkan sedap mata memandang.
RUANG TAMU
MEJA MAKAN
DAPUR
SUSUN ATUR BAHAN MASAKAN
Hebat kan! Biarpun ruang sempat tetap mampu hias dengan sempurna.
Sumber: Ayu Roses.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci, rezeki musim banjir. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.