Dikala kita sedang gembira meraikan hari Raya Aidiladha ada juga yang sedang berduka akibat kehilangan keluarga tersayang. Hakikatnya, kita sebagai manusia tidak mampu untuk melawan takdir yang tertulis oleh-Nya. Ajal maut, jodoh pertemuan semua menjadi rahsia dariNya jua.

“Tidak ada raya tahun ini,” begitu jawapan ringkas diluahkan balu Allahyarham Azirul Azeem Mazri, 30, yang maut bersama bayi lelaki mereka Muhammad Adhwa berusia 10 bulan selepas terbabit kemalangan 1.15 pagi semalam sebagaimana memetik laporan berita di Harian Metro.

“Tidak Ada Raya Tahun Ini..”- Suami & Anak ‘Pergi’ Serentak, Ujian Besar Buat Wanita Ni Di Aidiladha!

Farah Nasuha Johari, 30, berkata demikian selepas ditanya mengenai sambutan Hari Raya Aidiladha  selepas ketiadaan dua insan tersayang yang pergi serentak meninggalkannya buat selama-lamanya.

Farah yang bekerja sebagai guru di Pasir Gudang, Johor tidak mampu berkongsi cerita berikutan masih sebak dan menitiskan airmata sepanjang proses pengkebumian dua insan tersayang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Menara, di sini, kira-kira 500 meter dari rumah keluarganya di kampung sama.

“Saya minta maaf,” katanya.

IKLAN

“Tidak Ada Raya Tahun Ini..”- Suami & Anak ‘Pergi’ Serentak, Ujian Besar Buat Wanita Ni Di Aidiladha!

Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan berkenaan jam 11 malam ini.

Terdahulu, jenazah dua beranak terbabit yang tiba dari Hospital Rompin, Pahang sebelum maghrib dan disembahyangkan di rumah keluarganya sebelum dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 10 malam.

Abang Allahyarham Azirul Azeem,Muhammad Azmin, 34, berkata, ketika kejadian, arwah adik dalam perjalanan pulang ke kampung selepas menjemput isterinya yang bekerja di Pasir Gudang.

IKLAN

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan bersama keluarga untuk pulang bercuti Aidiladha di kampung isteri di Negeri Sembilan.

“Sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, kira-kira jam 2.20 pagi, saya menerima panggilan daripada adik beradik memberitahu Azeem kemalangan dan nazak.

“Tidak lama kemudian, saya menerima semula panggilan memberitahu Azeem meninggal dunia bersama anaknya manakala isterinya terselamat.

“Saya kemudian membatalkan perjalanan balik ke Negeri Sembilan sebelum ke Hospital Rompin,” katanya bagi menguruskan mayat adik berserta bayinya.

IKLAN

Muhammad Azmin berkata, Farah ada memberitahunya, arwah suami bercadang untuk berehat dan tidur di Rompin sebelum meneruskan perjalanan.

“Difahamkan mereka bertolak dari Pasir Gudang jam 10 malam (Selasa) sebelum terbabit kemalangan jam 1.45 pagi tadi (Rabu),” katanya yang menjalankan perniagaan vape bersama arwah adik.

Kata-kata arwah itu bagaikan petanda apabila dua beranak terbabit terus ‘tidur’ buat selama-lamanya selepas terbabit kemalangan di Rompin.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Tidak Ada Raya Tahun Ini..”- Suami & Anak ‘Pergi’ Serentak, Ujian Besar Buat Wanita Ni Di Aidiladha!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI