Pasangan yang cukup sempoi, senada dan seiring baik dalam hal kerjaya mahupun rumah tangga. Ezad Lazim dan Zeana Ramli, pasangan sama sepadan kini cukup bahagia ditambah dengan kehadiran sepasang anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
“Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi aktif dalam dunia seni. Peluang dan rezeki tidak berbelah bahagia berkat kehadiran anak dan isteri. walaupun industri kini nampak ‘slow’ ditambah kehadiran anak muda memberi satu persaingan yang sihat ditambah dengan adanya medium media sosial merancakkan lagi industri.
“Ini juga satu bonus untuk mereka dan walaupun ia medium baru untuk artis lama seperti saya, namun tidak menjadi hal. Cara mungkin berbeza dengan dahulu tapi kita kena ikut peredaran zaman dan saya harus seiring. Pun begitu saya bersyukur kerana biar ada bakat baru namun saya masih diterima oleh peminat, ini pun dan cukup terbaik untuk orang lama seperti saya.
“Walaupun sibuk dengan urusan kerja, saya beruntung kerana isteri banyak menguruskan hal keran dia menjadi pengurus peribadi. Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya begitu juga saya. saya beruntung kerana adanya dia. Memang ada kala saya kasihan melihat dia kepenatan urus saya dan rumah tangga, tetapi dia tidak mengeluh.
Sebagai suami saya bantu mana yang patut. Yang pastinya dia banyak buat tetapi saya cuba bantu mana yang boleh.
Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya saya.
Isteri garang suami simple
Tambah pelantun lagu Demi Cinta ini lagi, isterinya banyak ajar anak-anak berdikari manakala dia pula berbeza kerana sejak dahulu jenis yang simple.
“Soal garang memang Zeana lagi garang, tegas dengan anak-anak. Mereka banyak meminta dengan saya kerana ikut apa jua kemahuan anak-anak. Lagipun ini pengalaman sebagai ibu bapa sementelah kami berdua berkahwin dalam usia agak lewat dan membesarkan anak-anak sendiri jadi itu tidak menjadi masalah. Anak-anak jua punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Ads
“Zeana juga jenis yang suka akan kesempurnaan. Kalau tukar tempat letak barang esoknya pasti dia akan menukar kembali. Dia suka ikut stail dia, kalau ada pembantu rumah pasti susah nak bekerjasama. Dia jenis yang mahu sempurna di matanya. Mungkin kerana Zeana sudah berdikari sejak kecil, jadi bila marah saya malas nak bantu takut salah lagi. Tapi kasihan pula kalau biar dia buat sendiri. Namun pada saya inilah asam garam dan warna-warni serta corak dalam rumah tangga kami.
“Dalam hal anak-anak dia yang banyak buat. Kebetulan anak sulung agak pelat jadi untuk bagi dia cepat cakap kami hantar ke sekolah Cina kerana di situ banyak bercakap bahasa Inggeris. Alhamdulillah, nampak perbezaan. Dia berani bercakap dan nampak macam-macam benda baru yang dia belajar.
“Kalau diikutkan saya tak setuju untuk hantar anak ke sekolah awal kerana baru umur 4 tahun. Saya tak suka ‘push’ anak kerana lama kelamaan mereka akan belajar juga cuma beza lambat dengan cepat. Tetapi Zeana yakinkan saya untuk memastikan anak boleh bercakap seperti rakan seusianya.
Ads
Keluarga bahagia Ezad dan Zeana
Mahu anak pilih kerjaya lain
Ditanya mengenai perancangan masa depan sama ada akan terus aktif dalam bidang nyanyian atau mencuba bidang lain, Zeana memberitahu mereka kini sedang mencuba bidang bisnes pakaian.
“Kalau diikutkan sebelum ini pelbagai bisnes kami buat dari tudung, kurta, baju melayu, parfum dan terbaru kami cuba pula baju sekolah. Walaupun sedar ramai artis yang terbabit dalam bisnes tetapi itu tidak menjadi hal. Sementelah adanya peminat itu memudahkan lagi bisnes.
Ads
“Baju sekolah jadi pilihan kerana tak ramai artis yang memilih bidang ini dan ini satu idea yang baik. Semua orang tahu baju sekolah satu keperluan cuma tinggal lagi cara bagaimana kita memasarkannya supaya ia diperluaskan dan mendapat tempat di hati peminat.
“Idea hasilkan baju sekolah datang secara spontan waktu memikirkan bagaimana nanti anak kami akan bersekolah. Kebetulan tidak ramai yang buat baju sekolah, kami cuba cari satu sumber pendapatan dan ia boleh jadi satu jenama yang boleh terkenal. Kami pilih jenama BIJAK dan kelebihan kami ada kilang sendiri yang dikongsi dengan keluarga. Dalam masa yang sama kami merancang untuk membuka syarikat dan mencari bakat baru atau artis untuk membuat persembahan.
“Soal kerjaya anak-anak, pada kami kalau boleh biarlah mereka memilih kerjaya lain. Suami juga impikan anak terbabit dalam bidang lain, tetapi kalau mereka nak ke arah bidang seni saya dan suami tak akan halang andai itu minat dan kecenderungan mereka. Yang penting pendidikan kami utamakan.
Anak-anak punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Mac 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam diam-diam Pengacara & personaliti TV3, Ally Iskandar menamatkan zaman dudanya apabila selamat dinikahkan dengan gadis pilihannya, Marlina Ibrahimm semalam.
Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di media sosial, suri pilihan hati Ally kali ini berasal dari Temerloh Pahang. Ally tampil ringkas dalam persalinan warna putih sedondon dengan isterinya.
Ally dan isteri dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Temerloh, Pahang dengan mas kahwin bernilai RM22.50 dan senaskah kitab suci Al-Quran.
Walaupun tidak mengumumkan secara terbuka, Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd. Mardzi, 43, telah memuat naik sekeping gambar di Instagram dengan kapsyen kata-kata pujangga.
Sebelum ini, Ally pernah berkahwin dengan Nurfarahin Romli pada 20 Januari 2012, namun pasangan itu akhirnya bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel.
Perkongsian tersebut nyata mendapat reaksi dari pengikutnya. Rata-rata mengucapkan tahniah daripada pengikut-pengikut pengacara Malaysia Hari Ini itu.
Allah sebaik-baik perancang
rustiatiabdul Akk doakan moga segala urusan dipermudahkan.. Yg berat diringankan, yg sakit disembuhkan, yg benci disayangi, yg berdosa diampuni, yg berpisah diketemukan.
elnadia_rahim insyaAllah.. Allah sebaik-baik perancang..
natrahnahar5373 Semoga Allah mengurniakan yg terbaik utk kalian..
nurhanis_zahidah slmat penganti baru ally iskandar from orng temerloh?
eylernlernt Bukan fokus dgn pak cik tu..fokus dgn gmbr wanita yg tersnyum tu..btw tahniah marlina dan ally ?
Cantumkan yang carik
marianiabdlatif Secupak dicedok separuh segelas diteguk bergilir.sepinggan nssi mkn bersama.tahniah ally.dlm madah memberi erti sudah berpunya.
ashzatul omma & daddy maream berpuisi hari ni….. patut la maream cuti lama….. semoga dipermudahkan segalanya
linabdulwahab Semoga dipermudahkan segala urusan..cantumkan yang carik kasi gam gajah pada yg patah
Ruginya bila mak ayah tak tahu tentang sifat kepimpinan anak sulung ni. Anak sulung memang natural born leader. Cuma bergantung pada cara didikan, anak sulung kita tu boleh jadi akan membesar sebagai seorang Pemimpin (Leader) ataupun Bos (Boss).
Anak sulung yang bersifat Leader ni, dia selalunya
– suka memujuk
– suka menasihati
– suka melindungi
– suka bekerjasama
– suka mendengar terlebih dahulu
Anak sulung bersifat Boss pulak, dia ni lebih cenderung untuk
– suka memaksa
– suka memarahi
– suka menguasai
– suka pentingkan diri
– suka beri arahan
Sebab tu mak ayah tolong ambil masa sekejap untuk belajar ilmu didik anak sulung baik baik kerana mereka adalah ketua dan pemimpin kepada adik beradiknya yang lain.
Sebenarnya banyak lagi potensi hebat yang ada pada diri anak sulung yang disenaraikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari dan menurut perkongsiannya adalah bahaya jika kita sebagai ibu ayah mendidik anak sulung tanpa ilmu. Ini kerana walau anak sulung mempunyai banyak kelebihan namun mereka juga punya banyak dugaan dan kelemahan.
Menurut perkongsiannya lagi, kehebatan anak sulung antara lainnya secara semujadi dilahirkan sebagai ketua, biasanya bertanggungjawab, boleh diharap dan IQ lebih tinggi.
Pun begitu, perlu difahami bahawa anak sulung suka meniru cara ibu ayahnya sedang marah, cara percakapan, gaya kepimpinan bahkan perangai dan akhlak mereka juga banyak dipelajari daripada ‘meniru’ perangai ibu ayah mereka.
Oleh itu jika silap cara didikan daripada ibu ayah terhadap anak sulung ini, maka akan wujud pula masalah first bornd syndrome.
Atas sebab ini juga menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu ayah untuk mencari ilmu dan formula untuk didik anak sulung. Ini penting supaya anak sulung terdidik dengan baik dan sempurna, sekali gus menjadi ikutan untuk adik-adiknya.
Turut disenaraikan antara dugaan yang dihadapi menjadi anak sulung ini adalah mereka akan memikul harpaan mak dan ayah, selalu dibanding-bandingkan, sering terbeban untuk jadi sempurna setiap masa, kena tunjuk kuat setiap masa, akan jadi mentor dan coach adik beradik yang lain.