Isteri hamil mudah emosional. Kadangkala wanita yang hamil pun keliru dengan perubahan emosi mereka. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak marah pada benda yang kecil sahaja.
Jangan rasa bersalah kerana memang itu perubahan semula jadi yang akan berlaku kepada wanita hamil. Perubahan hormon dalam badan membuatkan emosi kadangkala jadi kacau bilau dan tidak stabil.
Penulis dan penceramah keibubapaan, Mohd Fhais Salim yang juga seorang bapa, berkongsi tip dan pengalamannya mengendalikan emosi isteri mengandung kepada peserta webinar Aku Tak Bersalin anjuran komuniti Pa&Ma.
Sebagai ketua keluarga, sejurus dapat tahu isteri hamil, suami kena rendahkan ekspektasi kepada isteri.
Menurut Fhais, janganlah expect isteri boleh layan kita macam raja terutama bila perutnya makin membesar dan jalan semakin perlahan.
“Masa ni kalau nak makan silalah ambil sendiri. Tak perlu tunggu isteri hidangkan semuanya.
Isteri yang baik dan cinta pada suaminya memang biasa tak akan cakap yang dia penat dan suruh suami ambil sendiri makanan.
Tetapi sebagai suami yang cinta dan kasih pada isteri yang mengandung atau yang ada anak kecil, suami tak boleh harap isteri boleh layan dan bagi tumpuan pada kita macam dulu,” demikian pesan Fhais lagi.
Tip Suami Tenang Bila Isteri Emosional
Untuk mengelakkan mudah rasa marah, maka pentingnya lelaki mencari ilmu memahami perubahan hormon wanita hamil. Jadi bila isteri emosional waktu mengandung, suami pun tidaklah cepat melenting.
Ini panduan untuk para suami patut lakukan:
1. Terapi wanita adalah berbual
Bila bercakap dia akan meluah, konsepnya macam belon. Kalau tiup lama-lama meletup. Apa yang ditiup macam emosi terpendam kalau dikumpul lama-lama akan meletup.
Hadi suami kena bantu keluarkan sikit-sikit angin isteri tu. Misalnya tanya soalan simple je.
Petik dia dengan sikit je soalan, isteri akan sambung bercakap lepas tu dia akan meluahkan perasaannya.
2. Kena jangka & ada empati
Bila mengandung sistem hormon sudah berubah. Adakala bau sabun pun boleh buat dia marah. Kalau air tumpah sikit dia dah menjerit, sebab hormon kurang stabil.
Sebagai suami dan bakal ayah, kena lebih memahami sebab isteri bukan sengaja nak marah-marah atau berubah.
Bukan fizikal sahaja berubah tetapi cara bercakap, cara berfikir juga berubah. Jadi sebagai
pasangan kena expect & kena empati. Terima ia dengan terbuka sebab semuanya bukan sengaja.
3. Kena tanya bila isteri tiba-tiba senyap
Signal atau red flag bila isteri ada masalah dapat diperhatikan bila isteri tiba-tiba diam dan tak bercakap. Wanita bila dia diam memang ada sesuatu berlaku. Jangan biarkan dia diam. Suami kena tanya atau bercakap dengannya sebab mesti ada sesuatu yang trigger dalam dirinya.
Sebagai suami, anda kena tackle balik isteri yang tengah mengandung. Dia akan jadi makin sensitif, mudah trigger. Dia perlukan support, suami kurangkan mengeluh, merungut atau tinggikan suara. Be empathy pada isteri!
Cara Suami Tenang Hadapi Isteri Emosional
1. Pentingnya ada kawan-kawan yang positif
Jaga circle dan bahan bacaan kita. Masa ni tambah circle yang baru, yang lebih matang, positif dan supportif sebab sebagai manusia kita ni makhluk bersosial. Kita tak boleh atasi masalah sendiri sebab boleh jadi kemurungan.
2. Tanya pendapat ahli keluarga
Minta pendapat ibu bapa, adik-beradik, atuk nenek dan ahli keluarga lain yang rapat. Minta bantuan atau info berkaitan perubahan isteri hamil.
“Jangan cakap aku ada masalah, tolong aku”. Tapi cuba berbual dan tanya pengalaman mereka tentang situasi yang sama.
Perbezaan kalau kita tak prepare dengan dah prepare memang akan nampak berbeza.
Jika ada apa-apa berlaku, kita kurang terkejut, marah-marah dan sebagainya. Masa tu barulah kita boleh jadi tenang dan kaitkan dengan info yang kita dapat daripada pengalaman orang lain.
Bila zero knowledge mula la nak marah, tinggalkan isteri sebab tak prepare mental
dengan ilmu dan sebagainya.
3. Ikut mentor-mentor atau perkongsian ilmu bermanfaat
Percayalah apabila kita rajin mendengar atau membaca perkongsian ilmu bermanfaat seperti pengurusan kekeluargaan, keibubapaan, emosi ia membantu kita mempersiapakan mental untuk melalui situasi yang sama.
“Bila ada persiapan barulah kurang melatah dan boleh bertenang sebab dah ada info dan ilmu tentang hal itu. Maka itulah value nya yang kita perolehi,” jelas Fhais dalam perkongsiannya dengan tajuk Peranan Suami Support Isteri Hamil & Bersalin dalam webinar Aku Tak Serik Bersalin.
https://www.youtube.com/watch?v=ZIo-OctX9o0