Lazimnya bulan Ramadan, rutin harian seorang isteri dan ibu berubah apabila perlu bangun awal pagi untuk menyediakan lauk pauk bersahur. Bahkan juga penyediaan makananan berbuka puasa.

Tidak dinafikan rutin akan berubah hingga membuatkan ada segelintir isteri mula merungut tanpa sedar,

Ikuti  perkongsian ustaz Khairul Anuar Basri ini supaya tiada ada isteri yang  tertekan di bulan Ramadan dalam menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa di bulan mulia ini.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Isteri Jangan Pernah Rasa Letih Untuk Masak Berbuka Puasa, Deep Nasihat Ustaz Ini

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Menurut ustaz Khairul Anuar Basri orang yang paling banyak pahala puasa dialah isteri-isteri dan mak-mak.

Ini sebabnya.

IKLAN

 

Sebab mereka ni masak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa.
Nampak macam biasa-biasa je masak setiap petang bulan puasa kan? Tapi sebenarnya pahala mereka bukan kaleng-kaleng tau!

Sebanyak mana ahli keluarga yang makan masakan yang mereka masak, semua pahala puasa diorang tu mereka akan dapat.

Pahala puasa suami.Pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya. Pahala puasa mertua kalau ‘tersangkut’ rumah mertua.

Rasulullah SAW cakap, orang yang beri makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala puasa orang yang makan makanan yang dia beri.

IKLAN

Kita ingat makanan yang kita sedekah je kan? Yang tu betul la.
Tapi, kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa jugak.

Jadi, isteri-isteri dan mak-mak jangan pernah rasa letih untuk masak petang-petang. Sebab pahalanya sangat besar.

Walau masak tak jadi ke. Walau masak tak sedap ke. Itu lain cerita.

Yang penting, masak saja. Lepas tu ada orang makan untuk buka puasa. Dah dicatat pahala sama dengan pahala puasa setiap orang yang makan masakan tu.
Hebat… hebat….

Apa lagi kalau masak dengan ikhlas. Masak dengan wajah manis. Masak sambil berzikir. Masak sambil dengar bacaan Al-Quran.

Lagi la bertambah banyak pahalanya tu.
Share ilmu ni kat mak dan isteri kita. Semoga mereka semua bahagia dunia dan akhirat.

IKLAN

Sumber: Khairul Anuar Basri

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Isteri Jangan Pernah Rasa Letih Untuk Masak Berbuka Puasa, Deep Nasihat Ustaz Ini

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI