Mengurat suami? Biasanya kita mendengar lelaki yang mengurat perempuan. Kali ini giliran si isteri pula untuk memikat hati suami. Jika artikel sebelum ini saya pernah menyentuh tentang suami mengurat isteri, kali ini saya berkongsi ilmu bagaimana isteri mengurat suami.
Keluarga ialah asas dalam kekuatan ummah. Keluarga bahagia akan menjadikan ummah kita kuat. Faktor utama kebahagian sesebuah keluarga ialah kasih sayang. Maka, salah satu kaedah dalam mewujudkan kasih sayang ialah dengan mengurat.
Cuba kita renung kembali zaman sebelum berkahwin. Bagaimana suami berusaha dengan teknik dan gaya masing-masing dalam mengurat bakal isteri. Alangkah manisnya hubungan bila isteri membalas pula dengan mengurat suami.
Jangan asyik ingin dibelai dan dimanja suami, sehingga terlupa untuk membalasnya. Suami juga walaupun nampak macho dan ego yang tinggi.. kononnya, mempunyai perasaan yang sama dengan isteri. Perasaan ingin dihargai. Perasaan ingin disayangi dan dimanja.
Kita semuanya dikurniakan seketul daging yang sama, iaitu hati. Dari hati itu la kita berkongsi rasa yang sama, kita berkongsi keinginan yang sama, dan kita berkongsi jiwa yang sama. Moga perkongsian tips ini dapat memberi manfaat dalam perhubungan kita. Insyaallah.
#1. SENTIASA MANJA DENGAN SUAMI
Suami juga memerlukan layanan ingin di manja. Itu lumrah kejadian manusia. Bagaimana untuk bermanja?
Ads
Ada banyak cara. Dengan lirikan mata pun boleh mewujudkan manja. Dengan belaian tangan seorang isteri pun dapat melahirkan perasaan manja.
#2. SENYUM SELALU
Hanya dengan menghadiahkan senyuman, sudah cukup untuk menenangkan hati suami. Senyum dapat menyalurkan aura yang sungguh hebat.
Kepenatan dan keletihan suami dapat diubat hanya dengan senyuman.
Senyum itu satu sedekah. Dari sedekah lah rahmat itu turun.
#3. SENTIASA ROMANTIK
Sifat romantik perlu sentiasa ada dalam perhubungan. Romantik itu boleh wujud dalam pelbagai cara. Layanan seorang isteri juga dapat menimbulkan suasana romantik.
Ads
Sekali sekala isteri boleh menyediakan kejutan kepada suami dengan candle light dinner. Air tangan dari masakan seorang isteri adalah makanan terbaik untuk seorang suami.
Layanlah suami umpama raja. Insyaallah..isteri akan dapat layanan bak permaisuri dari suami.
#4. MEMAKAI WANGI-WANGIAN
Wangi-wangian boleh menimbulkan satu aura yang sangat hebat dalam perhubungan. Pelbagai jenis minyak wangi boleh didapati dipasaran. Cuma sahaja tinggal memilih mengikut kegemaran dan kemampuan. Dan pastikan penggunaannya mengikut kesuaian tempat dan masa.
#5. SENTIASA MEMBERIKAN KEJUTAN BERUPA HADIAH
Isteri boleh mewujudkan elemen kejutan dengan memberikan hadiah kepada suami. Tidak perlu menunggu ulang tahun perkahwinan atau harijadi.
Ads
Hadiah yang simple sahaja sudah cukup bagi suami. Dan pastikan juga hadiah itu disukai oleh suami.
Apa yang penting ialah keilkhlasan isteri dalam memberikan hadiah. Kenanglah ketika suami mengurat dahulu. Pelbagai jenis hadiah diberi dalam usaha untuk memikat hati.
KESIMPULAN
Dalam apa juga perhubungan, kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci utama. Dengan mewujudkan elemen ‘mengurat suami’ dalam hubungan, isteri haruslah bijak mengatur strategi.
Sekiranya ingin menambah ummp dalam mengurat, isteri rajin-rajinlah memakai pakaian yang seksi dihadapan suami. Kompom boleh bikin cair hati dan hidung suami. Jangan asyik memakai pakaian yang sama saja.
Variasikan kaedah moga perhubungan terus bertambah erat tanpa dimakan usia. Dan dalam asyik kita mengurat, jangan terlupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon keberkatan dalam perhubungan suami isteri. Mohon agar ikatan yang dipegang kekal erat hingga ke hujung nyawa.
Siapa yang tak kenal kanak-kanak memiliki raut wajah yang comel. Seorang anak yang cukup manja dan bijak serta abang yang penyayang.
Terbaru perkongsian ibunya menerusi laman instagram Yusuf menunjukkan dia sedang menghafal sifir.
Walaupun baru berusia 5 tahun, namun Yusuf memang terkenal dengan kebijaksanaannya selain matang dari usianya. Yusuf boleh menghafal sifir dua, tiga, lima dan tujuh.
Gayanya yang pantas menghafal memang apabila adiknya datang kacau.
Tetapi dengan nada yang lembut Yusuf meminta Alisa menonton tv.
Disaat saudara-saudara kita di negeri Pantai Timur ditimpa musibah banjir besar, kita turut diingatkan untuk bersedia lebih awal jika berlaku sebarang kemungkinan.
Pentingnya setiap individu untuk mengetahui beberapa langkah yang perlu diambil ketika berhadapan situasi banjir, terutamanya buat anda yang tidak biasa.
Berikut merupakan rangkuman komen yang ditulis oleh pelayar internet di hantaran sebuah page di laman Facebook, berdasarkan pengalaman mereka ketika berdepan situasi banjir.
1. Makanan dan minuman
Selain bekalan botol air bersih, anda perlu menyimpan stok makanan yang boleh dijadikan alas perut ketika darurat. Ciri-ciri makanan perlulah yang boleh bertahan lama, kering atau bertin. Antaranya:
Sardin
Biskut
Ikan pekasam
2. Barang elektronik
Pindahkan barangan elektronik ke tempat yang tinggi seperti loteng rumah. Sebelum itu, jangan lupa untuk balut tebal dengan plastik.
Namun, bagi anda yang mempunyai rakit di rumah, lakukan beberapa langkah seperti berikut untuk meminimakan kos kerosakan barangan elektrik selepas banjir:
Balut barang-barang elektronik dengan plastik terlebih dahulu.
Tambat rakit dengan tali untuk mengelakkan ia hanyut.
Pindahkan barang-barang elektronik di atasnya.
Tutup barang tersebut dengan plastik kanvas agar tidak terkena hujan.
Jika ada duit lebih, laburkan dengan membeli bot simpanan.
3. Binaan dan hiasan rumah
Idea ini untuk anda yang mempunyai rumah di atas tanah sendiri dan boleh dilakukan selepas banjir reda.
Buat rumah tinggikan sedikit.
Luaskan longkang tepi rumah dan berkeadaan bersih
Selain itu, jika kawasan rumah anda kerap dilanda banjir, dinasihatkan untuk mendekorasi rumah dengan sederhana dan mengutamakan peralatan yang diperbuat daripada besi.
Ingat, apabila sudah ada tanda akan berlaku banjir pastikan tingkap dan pintu rumah ditutup rapat-rapat agar haiwan berbisa tidak boleh masuk.
Gambar: Carryology
4. Dokumen dan peralatan penting
Sudah pasti terdapat beberapa dokumen penting yang perlu anda simpan, balut dan bawa bersama ke tempat perlindungan banjir. Pastikan dokumen-dokumen tersebut disimpan di dalam beg kecemasan yang kalis air.
Selain itu, anda juga dicadangkan untuk membawa beberapa peralatan bersama bagi memudahkan urusan seperti:
Pakaian mudah kering, tebal dan kalis air
Ubat-ubatan
Lampu suluh tahan lasak dan lilin
Powerbank yang dicas penuh (sediakan lebih) atau power station (jika ada)
Jaket keselamatan
Sleeping bag
Selimut
Bag kalis air
Barang berharga
Barangan keperluan anak kecil
Kit kecemasan
Buat anda yang mempunyai anak kecil, boleh simpan barang-barang penting mereka yang ringan di dalam kolam mainan. Apabila rumah masuk air, kolam mainan akan terapung.
5. Haiwan peliharaan
Jangan kurung haiwan peliharaan anda di dalam sangkar. Hal ini kerana, banjir boleh menyebabkan mereka mati akibat terperangkap.
Jika dibenarkan oleh pihak berkuasa, bawa ia ke pusat pemindahan banjir. Makanan haiwan peliharaan juga jangan lupa untuk bawa bersama. Selain itu, segera cari cara untuk memindahkan haiwan kandang ke tempat yang tinggi dan selamat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah rumah tangga, suami atau isteri sama-sama memainkan peranan. Lebih-lebih lagi di awal perkahwinan, anda tak punya apa-apa. Kehidupan berumah tangga penuh berliku dan serba kekurangan.
Ketika ini cabaran dan dugaan perlu dilalui bersama. Perkongsian saudara Firdaus Shakirin moga menjadi inpirasi dan panduan buat pasangan yang baru berkahwin dalam melayari alam rumah tangga.
Kalau kau kahwin dgn anak raja, anak menteri, anak tan sri, anak dato, anak org kaya… Maka, lepas kahwin kau cuci kaki ja masuk rumah dia… Tapi klu kau kahwin dgn org biasa, yg keje mkn gaji, keje sendiri atau berniaga, maka kau kena bersedia utk hidup susah dgn dia…
Bukan senang nk kumpul duit 20k, 30k dgn hanya berbekalkan pendapatan bulanan sebanyak 1000 sehingga 2000…nak bagi mak ayah, nak bayar sewa rumah, nak bayar ansuran kenderaan, nak bayar duit minyak, duit makan, duit top up… Baki baru menyimpan utk kahwin… Ada yg setahun bleh dpt 20k, ada yg 2 tahun, ada yg lebih… Bila dah cukup duit, habis 20k digunakan utk majlis…mungkin ada la skit baki 1k, 2k utk honeymoon…pastu kembali kepada pendapatan bulanan yg selalu dapat.
Tapi lepas kahwin, nak kena beli mesin basuh, peti ais, dapur, almari, meja makan, sofa, tv, katil, tilam dan lain-lain lagi…dah ada isteri, xkan nak bagi isteri tdo atas lantai… Susah diawal perkahwinan adalah normal… Jika anda berkahwin dgn org biasa, bukan org kenamaan, tdo atas toto, biasa…pakai almari kain, biasa…tgh bulan makan megi, biasa…basuh baju guna tgn, biasa…kira duit syiling sebelum gaji, biasa.
Sementara nk ada kelengkapan yg mencukupi, maka kena susah2 dahulu… Then satu persatu akan lengkap bila usia perkahwinan kita semakin berganjak tahun…cukup 5 tahun atau 10 tahun, dulunya moto ex5, sekarang dah berkereta…dulunya kereta myvi, sekarang dah mpv…dulunya kipas KDK, sekarang dah aircond Panasonic…dulunya tdo atas narita, sekarang dah tdo atas tilam ziana zain…
Dulunya menyewa, sekarang dah ada rumah sendiri… Perubahan yg mcm ni normal dlm alam rumahtangga org biasa…jgn takut jika anda masih di fasa tdo atas lantai dgn pasangan atau rumah masih kosong tanpa perabot…usahakanlah utk perbaiki pendapatan bulanan supaya kita boleh mengubah kehidupan rumahtangga kita…
Susah2 dahulu, senang2 kemudian… Nota kaki : Bila dah senang, jgn p umrah seorang diri….
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di