Orang kata naluri seorang ibu ni memang tak boleh dibuat main. Sebarang masalah atau perkara buruk yang nak berlaku pada anak, pasti hati ibu dapat merasainya. Mungkin kerana masa ibu dengan anak lebih dibandingkan dengan ayah. Begitu pun, ada juga ayah yang jenis peka pada apa yang berlaku pada anaknya.

Tak dinafikan, cara dan pendekatan seorang suami dan isteri berbeza. Bukan sekadar pada fizikal, tetapi juga dari pelbagai perkara termasuk cara mereka makan, cara mereka berpakaian, cara mereka bercakap, cara mereka ketawa, cara mereka menguruskan stres, dan macam-macam lagi.

Dalam masa yang sama, dalam bab membesarkan anak-anak, naluri si ibu adalah lebih kepada melindungi. Sebab tu, ibu mudah risau, berhati-hati dan kurang mendedahkan anak kepada risiko. Berbanding ayah yang kebiasaannya mahu anak mereka menjadi lebih berani.

Sebab tu ada yang mengatakan perkataan yang keluar dari mulut ibu ibarat satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku. Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.

Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais apabila isterinya mengesan luka pada anak mereka sedangkan dia yang menjaga dari pagi hingga ke malam tidak perasan akan hal tersebut.


Isteri Mesti Orang Pertama, Suami Selalu Yang Terakhir Akan Perasan Apa Berlaku Pada Anak. Itulah Hebatnya Naluri Seorang Ibu. Deep Perkongsian Lelaki Ni!

Sekecil apa pun yang berlaku kat anak, Isteri mesti orang pertama yang akan perasan.

Suami selalu yang terakhir…

Semalam tangan aisy tersepit dalam ruangan penapis mesin pengering baju. Kecil je ruangan tu, boleh pula masuk tangan lepas keluar tak lepas. Aduh!

Cuba punya cuba akhirnya boleh juga keluar tangan motel dia tu. Menangis juga la masa tangan tersepit tu tapi bila dah dapat lepas dia ok main macam biasa.

Kita pun tak rasa apa-apa la. Tak nampak pun ada luka.

IKLAN

Dari semalam, saya yang jaga aisy sendiri. Dari pagi sampai malam saya yang mandikan, tidurkan tak nampak langsung ada luka ni.

Kalau nak di kira aktiviti dari semalam sudah 4 kali saya mandikan, 4 kali juga saya pakaikan baju, 2 kali saya tidurkan, jumlah keseluruhan 10 kali saya duk belek tangan dia tapi tak sekali pun perasan 3 kesan luka ni.

Isteri baru sekali pagi ni tidurkan aisy dah nampak,

” Bang kenapa tangan aisy ni luka? “

Mulanya tak ingat, lama kelamaan baru teringat,

” Oh ni mungkin kesan tangan tersepit dalam mesin pengering baju “

Macam mana isteri boleh nampak dulu sedang dari semalam kita yang urus anak.

IKLAN

Tak puas hati, saya pun tanya isteri.

” Macam mana boleh nampak luka tu? “

Isteri pun menjawab,

” Ntah tergerak nak tengok “

Menakjubkan! Hebatnya naluri seorang ibu.. inilah bukti kehebatan yang ada pada ibu dan tak ada pada seorang ayah.

Isteri Mesti Orang Pertama, Suami Selalu Yang Terakhir Akan Perasan Apa Berlaku Pada Anak. Itulah Hebatnya Naluri Seorang Ibu. Deep Perkongsian Lelaki Ni!

Tak semena-mena sedang sedap makan hati boleh tergerak pula nak tengok tangan anak.

IKLAN

Tak semena-mena minda boleh beri arahan pada mata untuk tengok tangan bukan kaki.

Tak semena-mena emosi boleh terjentik untuk rasa risau akan keselamatan anak.

Betullah apa yang orang kata.

Perkataan yang keluar dari mulut ibu ini adalah satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku.

Isteri Mesti Orang Pertama, Suami Selalu Yang Terakhir Akan Perasan Apa Berlaku Pada Anak. Itulah Hebatnya Naluri Seorang Ibu. Deep Perkongsian Lelaki Ni!

Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.

Oleh itu, bagaimana kita hormat dan dengar cakap pada ibu kita begitu juga kita kena didik anak-anak supaya hormat dan dengar pada ibu mereka.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Jadi anak yang baik maka mudah jadi suami dan ayah yang baik.

#notakekeluargaanfhais
t.me/CoretanFhais

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI