Wanita itu ‘rapuh’ jiwanya. Suka disayangi dan emosinya mudah tersentuh.
Oleh itu, perlu mendapat rehat yang mencukupi. Baru jiwa tenang.
Sebagaimana perkongsian ini. Ia menyentuh seorang isteri perlu mendapat tidur yang lena baru hidup lebih harmoni bersama suami dan anak-anak.
Dalam pukul 10 pagi semalam, beberapa ketika selepas kami bersarapan, isteri saya bagitahu matanya mengantuk sangat dan badannya sakit.
Saya pun suruh dia berehat. Pada mulanya saya buat kerja di dalam bilik dan dia baring di katil. Tak sampai beberapa minit selepas tu, terus dia terlelap.
Si Akbar pulak memanggil-manggil mengadu pasal Daisy. Budak bertuah tu memang tak reti duduk diam. Ada je benda yang dia explore. Sekarang dia minat betul ambil air coway tu dan rendam mainan dia. Habis basah satu rumah.
Ads
Tak boleh jadi ni, saya pun keluar dari bilik secara perlahan-lahan. Tak nak isteri saya bangun sebab saya percaya akan kenikmatan dan kelebihan “deep sleep”. Bila kita mengantuk sangat dan dapat tidur terus, memang kita akan dapat tidur yang sangat puas.
Saya pun selalu dapat macam ni. Saya akan bagitahu isteri yang saya mengantuk sangat. Dia akan pastikan tiada gangguan supaya saya dapat tidur dengan lena. Selalunya sejam dua pun dah cukup.
Jadi, kali ini saya pula yang buat.
Mencabar betul nak buat kerja dengan budak Daisy tu tengah segar. Akhirnya kerja pun tak jalan, terpaksa duduk dan layan dia memanjat badan papanya berkali-kali.
Ads
Sedar tak sedar, dah dekat pukul 1. Saya jenguk isteri saya masih tidur. Tenang betul nampak dia tidur. Tak tergamak saya nak ganggu.
Tak buang masa, saya ambil telefon dan order Grab untuk semua makan tengahari. Bila makanan sampai dan saya kembali dari mengambil makanan di lobi, dia pun sambut di pintu dengan senyuman yang manis. Rupanya dah bangun masa saya menunggu rider Grab kat bawah tadi. Nampak segar sungguh dia.
Selepas sanitize dengan nano gun, saya dipeluk erat dan dia meminta maaf kerana tertidur. Saya kata takpe. Saya memang nak dia tidur. “Terima kasih abang, puas sayang tidur tadi” katanya.
Ads
Bukan selalu pun macam ni. Tapi saya akan pastikan bila dia betul-betul perlukan tu, saya akan pastikan dia dapat tidur yang cukup. Sebab saya tahu, bila dia cukup tidur, dia akan bertenaga dan bersemangat.
Kita perlu berhenti dimomokkan dengan pandangan isteri yang tidur ialah isteri yang malas. Ini sangat “misleading” dan tidak tepat. Isteri yang tidur ialah isteri yang penat. Suami yang tidur ialah suami yang penat. Kenapa bezakan bila isteri tidur jadi malas pulak?
Percayalah yang ramai para isteri mengingini tidur yang nyenyak tanpa gangguan anak. Betul. Tak caya, cubalah buat. Bagi diorang masa. Ambil peduli bila diorang minta nak tidur tu. Ada kalanya diorang tak nak minta sebab tak rasa akan diberi.
Semoga dengan perkongsian ini dapat mendetikkan rasa pentingnya deep sleep buat isteri.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dengan pelakon Datin Paduka Eina Azman. Seringkali wajahnya menghiasi sosial media terutama instargram dalam berkongsi aktiviti hariannya.
Dia juga kerap berkongsikan resipi dan video masakannya buat pengikut-pengikut setia di Instagram. Telatah nya yang bersahaja dan cukup lemah lembuat membuatkan ramai suka dan tidak hairanlah video yang dimuat naik sering mendapat perhatian ramai.
Sekarang bakat memasaknya sudah mula bercambah kepada anak kembarnya. Ada sahaja gelagat pasangan kembar ini ketika memasak.
Terbaru, Eina berkongsikan video anak-anaknya membuat pancake. Comel betul lihat telatah comel kedua-dua mereka ketika dirakamkan.
Bukan sahaja memasak, Karl Kareef dan Arianna Aubrey juga turut menunjukkan cara-cara membuat Homemade Play Dough yang selamat dimainkan oleh kanak-kanak. Memang comel tengok telatah dua adik-beradik ini.
Bagi yang pernah mengalami masalah kulit seperti berjerawat ketika zaman remaja, tentu hari ini masih ada lagi kesan parut di wajah. Tidak mahu kesan tersebut terus menampakkan celar di wajah, ada baiknya mencuba beberapa produk yang dikatakan berkesan untuk memudarkan parut yang sedia ada.
Ini sebagaimana perkongsian oleh Lina Shaari yang akhirnya menemukan produk yang serasi dengan kulit wajahnya malah turut berkongsi beberapa produk lain yang juga mempunyai keupayaan atasi masalah parut, bolehlah dicuba!
BOLEH CUBA 6 PRODUK NI UNTUK ATASI MASALAH PARUT
Setiap kali muka breakout, mesti kita akan lari mood. Nak keluar pun malas, kalau cover dengan makeup bukan bertambah elok malah makin bertambah parah jadinya.
Punca jerawat ni boleh terjadi banyak sebab, antaranya kita tersilap pakai produk kosmetik, stress, kecelaruan hormon, allergik makanan, cuci muka tak bersih, atau sarung bantal tak pernah bertukar.
Bila tumbuhnya jerawat, automatik biasa akan tinggalkan parut. Nak nak bila tangan kita tak dok diam, asyik nak merayap jer kerja dok kutis jerawat.
Yang boleh buat lagi teruknya, boleh tinggalkan parut hitam kat muka, amik masa yang lama untuk hapuskan parut hitam nie.
So hari ni Kak Lina nak review, 6 produk yang mana korang boleh pilih salah satu nya dan guna untuk atasi masalah parut. Bukan setakat parut jerawat jer, parut strecth mark, parut kena minyak panas, parut luka ringan,habit menggaru sampai tinggal parut pun boleh guna antara produk yang Kak Lina rekemen.
Dari segi berkesan ke tak, produk produk ni macam biasalah korang kena banyak banyakkan sabar sikit dan konsisten pakai, sebab parut ni memang take times untuk clear.
Selain itu, disenaraikan beberapa produk lain yang juga berkesan untuk merawat parut.
Harga untuk size kecik bermula RM69.90 dan size besar RM81.50 lebih kurang. Korang boleh beli di mana mana farmasi, guardian atau watson berhampiran.
2. ROSKEN BIO SERUM
Harga untuk produk ni RM28.00 (50ml)
Rosken Skin Repair Bio Serum is an intensive treatment skincare oil that when used regularly helps to reduce and treat typical skin conditions such as the appearance of stretch marks, scarring, uneven skin tone, very dry skin and ageing skin.
3. MEDERMA GEL
Size kecik RM46.10 (20g)
Size besar RM86.90 (50g)
Mederma helps to visibly reduce scarring. Mederma is a leading scar treatment – clinically proven and recommended by physicians and pharmacists. The proactive gel formula promotes the healing process of the skin, effectively reduces redness and makes the scar softer, smoother and more elastic.
4.Hiruscar Gel
5.BIO OIL
Harga bermula dari RM34.99 sehingga RM79.40 mengikut jenis saiz.
Bio‑Oil is a specialist skincare oil that helps improve the appearance of scars, stretch marks and uneven skin tone. It is also effective for aging and dehydrated skin
Umurnya baru 8 bulan. Namun si kecil ini menerima dugaan yang cukup berat. Sejak lahir ada ketumbuhan di dalam mulut si kecil bernama Ainul Mardiah Binti Ahmad Safiuddin ini. Dan kini ketumbuhan itu sudah merebak. Doktor mengesahkan Ainul menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’.
Berat Ainul makin susut sejak beberapa hari ini, dia sudah pun menjalani rawatan kimoterapi di HKL. Namun yang menyedihkan sekarang ketumbuhan ni sudah merebak dan keluar terus dari mulutnya.
Ibu bapanya tidak berputus asa dan mencari jalan untuk menampung kos rawatan dengan ubat-ubatan Ainul sehinggakan si ayah terpaksa melakukan beberapa kerja termasuklah menjual popcorn.
Ibu bapa mana yang tak sayang anak kan. Berat kita yang memandang..berat lagi si ayah dan ibu yang memikul.
“Doakan semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kansernya. Sebagai ibu bapanya, kami sentiasa mengharapkan anak sulung kami ini akan sembuh,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24,
Katanya, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan isterinya, Nurul Erwani Zaidi tujuh bulan dan si kecil lahir dengan keadaan sudah diserang kanser berkenaan.
Assalamualaikum & Salam sejahtera. Pada ketika dan saat ini saya menulis untuk menjelaskan keadaan yang sebenar sebab dari pagi tidak henti orang hubungi saya termasuk beratus whatapp masuk.
Pertama sekali, saya mahu perkenalkan diri. Saya Ahmad Safiuddin, Bapa kepada Ainul Mardhiah yang kuat
Sebelum saya teruskan, saya mahu mohon maaf jika ada panggilan yang tidak dapat saya jawab dan whatsapp yang saya tidak respon. Kuasa viral hari ini betul-betul membuatkan telephone saya tidak berhenti berbunyi
Saya akan ceritakan kisah Ainul dan apa yang Ainul telah lalui selama 8 bulan. Sebelum itu, sedekahkan Al fatihah buat jiwanya supaya dia terus bersemangat untuk melawan segala penyakitnya
Baik. Ini kisah Ainul.
Ainul Mardhiah nama diberi, secantik orangnya, sekuat-kuat manusia. Ainul lahir pada 13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka. Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu
Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya. Selesai bab itu.
Pada usianya 9 hari, Ainul telah di transfer ke Pediatrik HKL, Hari Khamis, 23.8.2018 menaiki ambulan. Sesampai sahaka Ainul di sana, Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat )
Seusia 10 hari, dengan berat badan 1.3kg, Ainul telah masuk dewan bedah. Kuatnya Ainul.
Alhamdulillah, syukur saya ucapkan dan saya sangat menghargai usaha Dr Pakar Bedah tersebut dengan izinNya ketumbuhan itu telah berjaya dibuang.
Saya fikirkan ianya terhenti disitu, tetapi apabila ainul selesai dari pembedahan, Doktor Pakar Bedah memaklumkan bahawa ada dua berita iaitu berita baik dan berita yang kurang baik.
Berita baiknya, Ketumbuhan itu telah berjaya dikeluarkan tanpa tinggal sesisa pun. Berita tidak baiknya, Ainul didapati tidak memiliki lelangit ( Cleft Palate ). Doktor beritahu, operation untuk lelangit kena tunggu Ainul besar sikit, atau erti kata lain kena tunggu berat badan dia naik sebab tidak mungkin Ainul sekecil itu akan bertahan jika buat dalam masa terdekat.
Saya pendekkan cerita, selesai sahaja urusan rawatan Ainul di HKL, Ainul di pindahkan semula ke melaka.
Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation.
Allah sahaja tahu apa perasaan kami ketika itu. Kami yang sedang bergembira mahu menyambut ainul pulang ke rumah selama 3 bulan dia di hospital, akhirnya dapat berita seperti itu. Hanya Air mata sahaja menjadi perbualan saya dan isteri ketika mulut sudah tidak mampu berkata apa-apa.
Saya rasa ketika itu saya jatuh ke dalam gaung dan dihempap lagi dengan batu. Selepas terima berita itu, Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
Dengan usia Ainul 4 bulan, berat badannya 2.2kg, Ainul akan terima rawatan chemotherapy. Doktor maklumkan bahawa ainul adalah baby pertama yg chemo dengan berat badan sebegitu.
Saya akur walaupun saya takut! Tapi pada mulanya saya tidak bersetuju kerana saya tidak yakin Ainul boleh bertahan dengan organ organnya yang masih kecil! Tapi apakan daya, saya tiada pilihan. Saya beri Ainul peluang untuk terima rawatan chemo tu.
Doktor sudah menetapkan ainul akan jalani 6 sesi chemotherapy. Tapi saya hanya buat dua kali. Kerana, saya tidak sanggup tengok anak kecil saya itu menderita akibat kesan chemotherapy.
Tapi Ainul sangat kuat, dia berjaya jalani dua kali sesi dengan jayanya.
Dan, Allah swt masih tidak mengizinkan Ainul sembuh apabila ubat chemo pun tidak berkesan buatnya. Doktor sarankan untuk tukar ubat lain, dan ubat itu adalah ubat terakhir yang boleh doktor cuba, jika tidak berhasil, maka TIADA LAGI RAWATAN DI HOSPITAL BUAT ANAK SYURGA SAYA.
Saya minta maaf kepada Ainul sebab saya dan isteri tidak sanggup ambil risiko itu dan kami membuat keputusan itu tidak teruskan chemoteraphy yang ketiga merangkap ubat yang last doktor boleh usahakan
Ainil tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
Kuatkan ainul…
Jadi, tujuan saya menulis ini untuk anda tahu bahawa Ainul insan terpilih yang Allah kirimkan kepada saya dan isteri, Dia Ainul Mardhiah kami yang kuat dan cekal!
Di dalam post ini, saya ingin menjelaskan bahawa pihak hospital telah melakukan banyak usaha untuk pastikan Ainul sihat dan terima kasih saya ucapkan tanda penghargaan kepada Doktor yang merawat Ainul
Doakan Ainul diberikan kekuatan dan kecekalan.
Saya, Bapa Ainul Mardhiah ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang tak henti henti mendoakan dan yang memberi sumbangan kepada AinuL
Saya doakan anda semua diberkati, dilindungi, dipermudahkan segala urusan olehNya. Semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya.
Ketika saya menulis ini, saya sedang berada di wad kecemasan, Tiub pemakanan Ainul longgar dan keluar air.
Begini lah saya dan isteri, tidak kira siang dan malam, kami selalu berulang-alik ke hospital
Akhir kalam, bukan wang dan ringgit yang kami harapkan, tetapi doa kalian. Siapa tahu ada di antara kita yang doanya diangkat Tuhan. Doakan Ainul Mardhiah ye. Dan saya minta maaf jika saya sudah buat keputusan untuk tidak lagi menerima sumbangan kerana sudah cukup sumbangan orang ramai beri hari ini
Sungguh, bukan saya mahu menolak rezeki Ainul. Tapi saya sebagai bapa masih ada kudrat dan tenaga untuk kerja lebih keras untuk biayai Ainul dan saya tak mahu menyusahkan kamu semua. Yang sudah hulurkan sumbangan, tiada kata lain saya boleh ungkapkan selain jutaan terima kasih. Doa sahaja sudah memadai kerana pada saat dan ketika ini, hanya Allah swt sahaja yang mampu apa yang manusia tidak mampu!