Setiap pasangan yang berkahwin tentunya impikan sebuah hubungan yang bahagia untuk menjalani kehidupan bergelar suami isteri. Lantaran itu perlu ada panduan untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal sehingga hayat.
1. Kepercayaan
Pernikahan yang berhasil biasanya dibangun atas dasar kepercayaan. Tanpa kepercayaan, pernikahan akan hancur baik cepat atau lambat. Tentu saja anda tidak harus percaya setinggi-tingginya dengan pasangan anda (kerana pasnagan anda boleh membohongi anda juga), tapi perlu juga selalu waspada dengan segala godaan yang mungkin datang pada pasangan, jangan terlalu percaya pada firasat, kerana kadang jadi prasangka buruk. Menuduh pasangan anda hanya berdasakan firasat dan bukan berdasar fakta dan bukti yang jelas bererti anda telah menghancurkan sebagian besar kepercayaan yang ada antara anda dan pasangan.
2. Kemampuan untuk bertolak ansur
Ads
Jika anda adalah seorang yang tidak suka mengatakan maaf pada pasangan, maka banyak hal boleh menjadi sukar. Belajarlah untuk meminta maaf, bahkan jika itu bukan kesalahan anda, kadang-kadang anda harus terbuka untuk mengatakan maaf. Hal ini penting, kerana jika kedua pasangan keras kepala dan menolak untuk mengakui kesalahan mereka, maka anda akan sukar membuat hubungan yang harmonis. Jangan biarkan ego anda menghalangi untuk mengakui kesalahan. Pasangan anda akan menghargai kemurahan hati anda.
3. Komunikasi
Hal ini sangat jelas, tetapi kebanyakan pasangan berakhir dalam situasi di mana mereka sukar berkomunikasi. Masalah rumah tangga terjadi, seringkali pasangan suami isteri menunjukkan sikap kecurigaan dan akhirnya mengundang perceraian. Oleh kerana itu, sangat penting untuk menjaga komunikasi. Komunikasi adalah bahagian yang sangat penting dalam rumah tangga, jangan sampai diabaikan kerana tanpa komunikasi masalah hanya akan bertambah berlarut-larut, jika bertengkar dengan pasangan, selesaikanlah waktu itu juga.
Ads
4. Jangan abaikan keintiman di atas ranjang
Mungkin wajar untuk pasangan jika kehilangan hasrat seksual setelah pernikahan berlalu selama bertahun-tahun. Hal ini dapat menyebabkan pasangan mencari tempat lain untuk memenuhi keperluan hubungan intim mereka. Jadi, jagalah hasrat keintiman anda dalam perkahwinan. Jadilah pasangan yang sentiasa ingin mencuba situasi yang berbeza untuk memastikan hubungan intim sentiasa segar.
Ads
5. Tangani masalah dengan cepat
Anda pasti pernah mendengar pepatah, “sedikit demi sedikit lama-lama akan menjadi bukit.” Itu tidak salah, jika masalah dalam pernikahan mulai muncul, jangan ditunda berlarut-larut untuk diselesaikan, kerana masalah yang kecil boleh jadi masalah yang besar jika kita tidak segera untuk menanganinya. Jadi, segeralah untuk menyelesaikan permasalahan kecil yang muncul dalam rumahtangga anda.
Moga menjadi pasangan terbaik buat yang tersayang!
Viral diperkatakan di media sosial baru-baru ini mengenai isu pendaftaran anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Hal ini menjadi tular apabila terdapat individu yang tidak pernah sekali pun mendaftarkan diri sebagai anggota namun bila membuat semakan disahkan sebagai ahli anggota RELA. Tentunya sesiapa pun akan berasa terkejut jika berlaku pada diri mereka.
Hal yang demikian menjadikan orang ramai membuat semakan bagi mengetahui mengenai status anggota RELA menerusi semakan kad pengenalan.
Baru semak di laman web RELA. My name is not registered but wifey is. Wtf is happening. pic.twitter.com/iW93odpTWJ
Sekaligus membuatkan orang ramai mempersoalkan bagaimana pihak ini mampu mendaftarkan anggota tanpa izin. Sekali gus membuatkan ramai menantikan penjelasan daripada pihak yang terlibat mengenai isu ini.
Laman Facebook RELA MALAYSIA juga turut diserbu netizen yang bertanyakan mengenai isu yang berlaku. Tidak kurang juga yang mempersoalkan isu elaun, uniform dan pencerobohan data yang berlaku serta meminta SPRM untuk menyiasat isu ini.
Ada yang beranggapan untuk kumpul duit dan terus menunaikan ibadah haji tanpa perlu mengerjakan umrah terlebih dahulu. Ada pula yang anggap bila dah ada duit buat dahulu umrah sebagai persediaan sebelum mengerjakan ibadah haji.
Namun bagaimanapun, kedua-dua ibadah ini jangan dipandang remeh dan memerlukan ilmu yang mencukupi untuk mengerjakannya. Hal ini kerana jika berlaku sebarang kesalahan, bukan sahaja melibatkan diri sendiri tetapi orang lain juga terpaut.
Misalnya seperti yang diceritakan oleh seorang gadis di laman Tiktok miliknya menerusi akaun @rambutjelita sangat mengejutkan orang ramai. Menurut ceramah yang didengari bapanya tentang umrah dan haji, ustaz menceritakan tentang seorang jemaah dikatakan hadir ke kursus haji pada tahun 2018 dan baru tahu mengenai larangan memegang Kaabah ketika melakukan tawaf.
Padahal 8 tahun sebelum itu, dia ada menunaikan ibadah umrah dan selamba memegang permukaan Kaabah sebanyak 3 kali. Kerana tidak hadir ke kursus umrah, lelaki itu langsung tidak tahu sebenarnya tawafnya itu telah terbatal.
Dia balik Malaysia, selepas 7-8 tahun sebenarnya umrah tu tak selesai lagi Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan pusingan tawaf mestilah dilakukan di luar kawasan Kaabah. Hatta cuma hulurkan tangan sedikit sama ada berlapik ataupun tidak, tawaf itu tetap dikira sebagai terbatal kerana sebahagian badan telah masuk ke dalam binaan Kaabah. Sepatutnya, jemaah yang melakukan kesalahan sebegini perlu membayar dam (denda) dan membuat semula tawaf sebagai syarat lengkap umrah.
Ibadah umrah memang senang, tapi bukan bermakna kita boleh ambil ringan Jika anda tidak tahu, orang yang berada dalam keadaan ihram adalah dilarang untuk bernikah atau menikahkan.
8 tahun berada dalam keadaan umrah ‘tergantung’, lelaki itu amat terkilan setelah pernikahan 3 orang anaknya disahkan sebagai tidak sah. Pemeriksaan lanjut dengan pihak jabatan agama juga mendapati bahawa semua cucunya turut berstatus anak tidak sah taraf.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata berasa simpati dengan nasib yang menimpa anak-anak lelaki tersebut yang tidak sah pernikahannya. Malah, ada juga yang akui cerita ini benar kerana pernah juga mendengar kisah yang sama dari ustaznya.
Syarat-Syarat sah Tawaf
Disimpulkan kenyataan Syeikh Zain bin Ibrahim Sumait dan Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitab mereka berkenaan dengan syarat-syarat tawaf iaitu:
– Menutup aurat. Ia merupakan syarat tawaf sepertimana syarat sahnya solat.
– Suci daripada hadas dan najis pada pakaian dan tempat
– Kedudukan kaabah mestilah di sebelah kiri
– Permulaan ibadah tawaf bermula dari hajar aswad. Mestilah merangkumi keseluruhan badan ketika permulaan tawaf di hajar aswad. Dan sekiranya sebaliknya maka tidak sah tawafnya
– Mestilah mencukupi tujuh pusingan. Dan sekiranya syak pada bilangannya maka ambillah bilangan yang sedikit seperti solat.
– Melakukan tawaf di dalam masjid. Dan sekiranya diluar kawasan masjid maka batal tawafnya. Sah sekiranya pada tingkat kedua dan sutuh (bumbung) masjid. Dan ini merupakan ijma’ ulama’.
– Mestilah diluar kawasan kaabah, Syazarwan dan Hijr Ismail. Disyaratkan melakukan tawaf diluar kawasan kaabah dengan keseluruhan anggota badannya.
(Lihat: al-mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/346 dan al-Taqrirat al-Sadidah, 480)
Tawaf di Luar Kawasan Kaabah
Di dalam syarat melakukan tawaf mestilah berada di luar kawasan kaabah. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan kaabah merupakan binaan segi empat. Dan dikenali sebagai al-Bait al-Haram dan ia sangat dimuliakan. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34/261)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan “mestilah melakukan ibadah tawaf luar dari kawasan kaabah termasuk Syazarwan iaitu lebihan binaan dibawah dinding kaabah dan Hijr Ismail yang terletak di bahagian utara kaabah yang dilingkungi oleh dinding yang melengkung”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/345)
Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Solatlah di dalam al-Hijr (Hijr Ismail) sekiranya kamu hendak masuk ke dalam al-Bait (kaabah). Ini kerana ia (Hijr Ismail) termasuk di dalam kawasan al-Bait (Kaabah)
Riwayat Abu Daud (2028)
Semasa melakukan tawaf hendaklah keseluruhan badan berada di luar kawasan kaabah termasuk kawasan Syazarwan dan Hijr Ismail. Ini kerana kedua-dua itu termasuk di dalam kawasan kaabah. Ini seperti yang disebut di dalam al-Fiqh al-Manhaji: Disyaratkan tidak memasukkan daripada mana-mana bahagian badan ke dalam kawasan kaabah. Hendaklah melakukan tawaf di luar kawasan hijr Ismail, ini kerana Hijr termasuk di dalam kawasan kaabah. Maka tidak harus tawaf di dalamnya”.
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 2/141)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa perbuatan memegang kaabah ketika tawaf merupakan perbuatan yang membatalkan pusingan tawaf tersebut. Ini kerana dengan memegang kaabah maka sebahagian anggotanya berada di dalam kawasan kaabah.
Ini seperti yang dinyataka di buku Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah menyatakan tidah sah pusingan tawaf jika seseorang itu menyentuh atau memijak kakinya di Syazarwan sama ada berlapik atau tidak kerana ia termasuk dalam binaan kaabah. (Lihat: Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah TH, 88)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.
Jika bukan pengalaman sendiri, pasti anda pernah dengar ibu hamil yang mengidam macam-macam ketika hamil. Betul tak? Kononnya pembawaan budak. Tak kira lah sama ada apa yang diidamkan itu rasional atau tidak.
Itulah topik yang dikupaskan oleh Ajak dan Shuib iaitu ibu hamil yang sedang mengidam ketika segmen pagi di sebuah radio baru-baru ini.
Turut berkongsi pengalaman sama, Shuib bercerita mengenai kenangan manis bersama arwah isterinya yang dikatakan mengidam pelik seperti ingin merasa sabun.
Malah, Shuib turut memberitahu isterinya juga pernah mengidam untuk makan daging Wagyu ketika sedang hamil anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan.
“Mengidam hendak makan daging Wagyu. Dia ketap bibir sambil telan air liur dan ketika hamil Ayash Affan ni dia memang suka sangat makan daging Wagyu.
“Dan haritu masa dia minta tu, sememangnya Alhamdulillah dapat ditunaikan dan dia terlalu seronok sangat makan daging tu. Seronoknya, Ya Allah, dapat jugak ditunaikan,” cerita Shuib.
Tidak kurang dari itu, Ajak juga sempat memuat naik video di laman Instagramnya yang memperlihatkan reaksi pelawak Shuib ketika radio memutarkan lagu Allahyarhamah isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin.
Dalam video tersebut, Shuib hanya memaling muka tanpa berkata apa-apa saat mendengar lagu nyanyian arwah isteri tercinta dan berkongsi kapsyen “Kalau isteri kita mengidam, Suami usahalah sebaiknya tunaikan..Barangkali itu adalah permintaan terakhir dia.. -Shuib.”.
Pelawak dan juga penyampai radio itu turut meninggalkan komen di ruang perkongsian itu dengan mengatakan Ajak telah membuatkan dia mengalir air mata.
“Kau cekik air mata aku pagi-pagi Jak,” tulis Shuib secara ringkas.
Rata-rata netizen turut berasa sebak melihat reaksi wajah Shuib, malah ada juga di antara mereka yang memahami apa yang dilalui oleh pelawak berkenaan.
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di