Ada yang beranggapan untuk kumpul duit dan terus menunaikan ibadah haji tanpa perlu mengerjakan umrah terlebih dahulu. Ada pula yang anggap bila dah ada duit buat dahulu umrah sebagai persediaan sebelum mengerjakan ibadah haji.

Namun bagaimanapun, kedua-dua ibadah ini jangan dipandang remeh dan memerlukan ilmu yang mencukupi untuk mengerjakannya. Hal ini kerana jika berlaku sebarang kesalahan, bukan sahaja melibatkan diri sendiri tetapi orang lain juga terpaut.

Misalnya seperti yang diceritakan oleh seorang gadis di laman Tiktok miliknya menerusi akaun @rambutjelita sangat mengejutkan orang ramai. Menurut ceramah yang didengari bapanya tentang umrah dan haji, ustaz menceritakan tentang seorang jemaah dikatakan hadir ke kursus haji pada tahun 2018 dan baru tahu mengenai larangan memegang Kaabah ketika melakukan tawaf.

Padahal 8 tahun sebelum itu, dia ada menunaikan ibadah umrah dan selamba memegang permukaan Kaabah sebanyak 3 kali. Kerana tidak hadir ke kursus umrah, lelaki itu langsung tidak tahu sebenarnya tawafnya itu telah terbatal.

Dia balik Malaysia, selepas 7-8 tahun sebenarnya umrah tu tak selesai lagi Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan pusingan tawaf mestilah dilakukan di luar kawasan Kaabah. Hatta cuma hulurkan tangan sedikit sama ada berlapik ataupun tidak, tawaf itu tetap dikira sebagai terbatal kerana sebahagian badan telah masuk ke dalam binaan Kaabah. Sepatutnya, jemaah yang melakukan kesalahan sebegini perlu membayar dam (denda) dan membuat semula tawaf sebagai syarat lengkap umrah.

Ibadah umrah memang senang, tapi bukan bermakna kita boleh ambil ringan Jika anda tidak tahu, orang yang berada dalam keadaan ihram adalah dilarang untuk bernikah atau menikahkan.

Pernikahan 3 Anak Jadi Tak Sah! Ayah Buat Tawaf Umrah Tak Tahu Batal Sebab Pegang Kaabah

8 tahun berada dalam keadaan umrah ‘tergantung’, lelaki itu amat terkilan setelah pernikahan 3 orang anaknya disahkan sebagai tidak sah. Pemeriksaan lanjut dengan pihak jabatan agama juga mendapati bahawa semua cucunya turut berstatus anak tidak sah taraf.

@rambutjelitaLarangan Ketika Melakukan Umrah . 1. Memakai pakaian yang dijahit (disarung), kecuali wanita. 2. Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka bagi wanita. Namun, meletakkan tangan di atas kepala tidaklah dianggap sebagai menutup kepala dan dibenarkan. 3. Memotong atau mencabut kuku; kecuali jika kuku itu pecah dengan sendirinya dan pecah itu mengganggu untuk terlaksananya amalan ihram, maka boleh menghilangkan kuku yang pecah itu. 4. Memotong atau mencabut atau menyisir rambut. 5. Memakai wangi-wangian. 6. Berburu binatang yang halal dimakan dagingnya. 7. Memotong pokok-pokok yang tumbuh di tanah haram. 8. Nikah atau menikahkan. 9. Bersetubuh. 10. Bersentuhan kulit (anggota badan dengan maksud menyalurkan nafsu syahwat).

♬ original sound – Rambut Jelita

Meninjau di ruangan komen, rata-rata berasa simpati dengan nasib yang menimpa anak-anak lelaki tersebut yang tidak sah pernikahannya. Malah, ada juga yang akui cerita ini benar kerana pernah juga mendengar kisah yang sama dari ustaznya.

Pernikahan 3 Anak Jadi Tak Sah! Ayah Buat Tawaf Umrah Tak Tahu Batal Sebab Pegang KaabahPernikahan 3 Anak Jadi Tak Sah! Ayah Buat Tawaf Umrah Tak Tahu Batal Sebab Pegang Kaabah

Syarat-Syarat sah Tawaf

IKLAN

Disimpulkan kenyataan Syeikh Zain bin Ibrahim Sumait dan Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitab mereka berkenaan dengan syarat-syarat tawaf iaitu:

– Menutup aurat. Ia merupakan syarat tawaf sepertimana syarat sahnya solat.
– Suci daripada hadas dan najis pada pakaian dan tempat
– Kedudukan kaabah mestilah di sebelah kiri
– Permulaan ibadah tawaf bermula dari hajar aswad. Mestilah merangkumi keseluruhan badan ketika permulaan tawaf di hajar aswad. Dan sekiranya sebaliknya maka tidak sah tawafnya
– Mestilah mencukupi tujuh pusingan. Dan sekiranya syak pada bilangannya maka ambillah bilangan yang sedikit seperti solat.
– Melakukan tawaf di dalam masjid. Dan sekiranya diluar kawasan masjid maka batal tawafnya. Sah sekiranya pada tingkat kedua dan sutuh (bumbung) masjid. Dan ini merupakan ijma’ ulama’.
– Mestilah diluar kawasan kaabah, Syazarwan dan Hijr Ismail. Disyaratkan melakukan tawaf diluar kawasan kaabah dengan keseluruhan anggota badannya.
(Lihat: al-mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/346 dan al-Taqrirat al-Sadidah, 480)

Tawaf di Luar Kawasan Kaabah

Di dalam syarat melakukan tawaf mestilah berada di luar kawasan kaabah. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan kaabah merupakan binaan segi empat. Dan dikenali sebagai al-Bait al-Haram dan ia sangat dimuliakan. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34/261)

Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan “mestilah melakukan ibadah tawaf luar dari kawasan kaabah termasuk Syazarwan iaitu lebihan binaan dibawah dinding kaabah dan Hijr Ismail yang terletak di bahagian utara kaabah yang dilingkungi oleh dinding yang melengkung”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/345)

Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, Sabda Nabi SAW:

IKLAN

صَلِّي فِي الْحِجْرِ إِذَا أَرَدْتِ دُخُولَ الْبَيْتِ فَإِنَّمَا هُوَ قِطْعَةٌ مِنَ الْبَيْتِ

Maksudnya: Solatlah di dalam al-Hijr (Hijr Ismail) sekiranya kamu hendak masuk ke dalam al-Bait (kaabah). Ini kerana ia (Hijr Ismail) termasuk di dalam kawasan al-Bait (Kaabah)

Riwayat Abu Daud (2028)

Semasa melakukan tawaf hendaklah keseluruhan badan berada di luar kawasan kaabah termasuk kawasan Syazarwan dan Hijr Ismail. Ini kerana kedua-dua itu termasuk di dalam kawasan kaabah. Ini seperti yang disebut di dalam al-Fiqh al-Manhaji: Disyaratkan tidak memasukkan daripada mana-mana bahagian badan ke dalam kawasan kaabah. Hendaklah melakukan tawaf di luar kawasan hijr Ismail, ini kerana Hijr termasuk di dalam kawasan kaabah. Maka tidak harus tawaf di dalamnya”.

(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 2/141)

Kesimpulan

IKLAN

Berdasarkan persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa perbuatan memegang kaabah ketika tawaf merupakan perbuatan yang membatalkan pusingan tawaf tersebut. Ini kerana dengan memegang kaabah maka sebahagian anggotanya berada di dalam kawasan kaabah.

Ini seperti yang dinyataka di buku Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah menyatakan tidah sah pusingan tawaf jika seseorang itu menyentuh atau memijak kakinya di Syazarwan sama ada berlapik atau tidak kerana ia termasuk dalam binaan kaabah. (Lihat: Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah TH, 88)

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.

Sumber : Tiktok @rambutjelita , Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Pernikahan 3 Anak Jadi Tak Sah! Ayah Buat Tawaf Umrah Tak Tahu Batal Sebab Pegang Kaabah

MARI MEWARNA MERDEKA

Wow mewarna BINTANG KECIL datang lagi!!! Hanya RM40 sahaja. Bawa pulang:

1. Akaun simpanan sspn RM20
2. Bekas pensil
3. Pensil warna
4. Sijil penyertaan

Hadiah akaun SIMPAN SSPN dan barangan keseluruhan bernilai RM1000.

Daftar sekarang! Tempat TERHAD

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI