Keruntuhan rumah tangga hari ini tidak dinafikan sedikit sebanyak kesannya daripada ketidakpuasan wanita kala berada di ranjang.

Kajian membuktikan bahawa wanita inginkan lebih daripada sekadar seks. Mereka mendambakan kasih sayang, sentuhan, belaian yang diakhiri dengan aktiviti seksual. Mungkinkah itu yang dicari wanita atau adakah permasalahan lain?

Ketahui dan kenal punca mengapa wujudnya rasa ketidakpuasan wanita ini. Terdapat banyak faktor yang menyumbang ke arah ketidakpuasan seksual wanita.

Tekanan Perasaan
Tidak pernah mencapai klimaks dalam berhubungan intim antara punca terbesar wanita mengalami tekanan perasaan. Sejak sekian lama berkahwin, ada wanita sekalipun tidak pernah merasa nikmatnya dan ini menjadikan akhirnya membuatkan wanita langsung tidak rasa apa-apa untuk bersama. Lama kelamaan wanita terus menyimpan dan memendam rasa.

Isteri Sukar Untuk Puas, Ada 7 Sebab Suami Kena Ambil Tahu!

Jarang Disentuh
Jarang disentuh suami buat wanita jadi terlalu tertekan. Merasa diri kosong dan tidak lagi disayangi. Elemen yang nampak remeh namun ini buat wanita mula rasa makin hambar. Dan apabila bersama, sedikit sebanyak terkesan pada emosi mereka dan sudahnya wanita langsung tidak rasa apa-apa kala bersama suami.

Sekadar Tanggungjawab
Kepenatan mental dan fizikal dalam mengurus rumah tangga dan anak-anak buat wanita sekadar melepaskan tanggungjawabnya pada suami. Ini buat wanita langsung tidak rasa apa-apa. Soal puas, pastinya tidak lagi difikirkan wanita.

Disfungsi Seksual
Disfungsi seksual menjadi masalah terbesar bagi isteri dan juga suami. Bagi wanita, disfungsi seksual lebih diertikan sebagai hilangnya rasa dan kurang keinginan untuk melakukan seks. Penyebab utama masalah ini pastinya terlalu letih, murung, tekanan
perasaan, tidak mencapai klimaks dan pelbagai yang membuatkan wanita menjadi lebih tertekan.

Terlalu Berimaginasi
Menonton kisah ciptaan Hollywood yang mempamerkan kebahagiaan, kerakusan, kepuasan dan kasih sayang yang jitu ketika berada di ranjang mungkin membuatkan ramai wanita merasa lebih tertekan. Mereka mula membuat perbandingan sendiri yang akhirnya memakan diri mereka sendiri. Dan lama kelamaan mereka semakin mula tawar hati dan langsung tidak merasa puas.

Isteri Sukar Untuk Puas, Ada 7 Sebab Suami Kena Ambil Tahu!

Tiada Keserasian
Gagal mencari keserasian dengan pasangan siapa tahu mungkin menjadi masalah terbesar bagi wanita itu sendiri. Suami inginkan sesuatu yang berbeza sedangkan isteri pula menginginkan yang lain. Ketidakserasian ini makin buat wanita rasa bosan bila bersama.

Tidak Relaks
Fikiran yang celaru dan tidak tenang ketika bersama pasangan menjadi penyebab wanita tidak merasa puas bersama suami. Kurang tumpuan atau memikirkan masalah lain ketika bersama menjadi gangguan yang membuatkan wanita tidak relaks. Lupakan seketika semua masalah yang ada dan belajarlah untuk menikmati sebaiknya bersama pasangan anda.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI