Semua pasangan inginkan rumahtangga bahagia. Kebahagiaan dalam rumah tangga tidak dapat dicipta dengan khayalan mahupun kata-kata semata-mata.
Namun keharmonian yang ingin dilahirkan di alam rumah tangga haruslah berbekalkan usaha dan panduan yang tepat.
Maka tanyala kepada mana-mana wanita, pasti mereka bercita- cita untuk menjadi isteri solehah yang menjadi penyejuk hati dan mata bagi si suami.
Bagaimana pun, jika sehingga boleh menjejaskan kesihatan dan beri tekanan, maka para isteri tidak perlu menjadi terlalu sempurna. Layanlah suami mengikut kemampuan.
Ads
Perkongsian Firdaus Shakirin menjelaskan bahawa isteri harus menguruskan rumahtangga mengikut kemampuan tanpa membebankan dirinya.
Ads
Jom semak perkongsiannya
Ads
Pesanan kepada si isteri…
Semuanya tak perlu terlalu sempurna…
Mempunyai keinginan utk buat yg terbaik didalam rumahtangga adalah tindakan terpuji…namun, dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, usahlah berusaha sehingga membebankan diri…buat ikut kemampuan, layan suami ikut keupayaan yg ada…semuanya tak perlu terlalu sempurna…
Nak bangun pagi pukul 4 atau 5 pagi utk menyiapkan sarapan itu bagus, tapi kalau dah berdukung anak kecil didapur, bersengkang mata, tidur cuma 3,4 jam sehari, itu akan memenatkan dan meletihkan anda…
Tentatif seorang isteri terutamanya suri rumah :
– Menyediakan sarapan
– Menyiapkan anak utk ke sekolah, menghantar anak ke sekolah
– Mengemas rumah ( sapu sampah, mop rumah, buang sampah, lap cermin, almari , kemas dapur, susun barang2, susun permainan anak)
– Basuh baju, Sidai baju, Lipat Baju
– Memasak utk mkn tengahari
– Menjemput anak dari sekolah
– Mengemas dapur setelah anak-anak selesai mkn
– Membantu anak-anak menyiapkan kerja-kerja sekolah
– Menyediakan cucur, air minum petang utk suami balik kerja
– Menyambut kepulangan suami, melayani suami
– Menyediakan makan malam, mengemas dapur
– Menidurkan anak-anak
– Iron baju sekolah, siapkan peralatan dan kelengkapan sekolah anak
– Iron baju suami, sediakan kelengkapan utk suami
– Tidur
Penat dan letih tidak terkira…tapi tak perlu semuanya dilakukan dalam SATU hari…jika hari ni mengemas, maka esok buat laundry…tak perlu terlalu sempurna sebenarnya…banyak isteri yg buat serba serbi, kemudian suami balik kerja, suami persoalkan, “ kenapa anak tak mandi lagi?”
Satu pertanyaan sahaja, tapi hati mula rasa kurang senang dgn pertanyaan tersebut, sebab diri dah penat, dah letih dgn apa yg dilakukan dari pagi sehingga petang. Ditambah lagi dgn tidur yg tak cukup…pasti rasa nak marah…rasa nak melenting…suami kalau boleh, jgn tanya, sebaliknya kita sendiri yg mandikan anak…kalau mainan bersepah, kita sendiri kutip, kemas…
Elakkan dr mempersoalkan, sebaliknya bantu…
Ya, kita juga letih, seharian dah bekerja, tapi isteri juga letih walaupun seharian duduk rumah…menjadi surirumah itu bukan bermakna dia tidak buat apa-apa…sama-sama letih, sama-sama penat sebenarnya, tapi bukan kah perkahwinan itu satu perkongsian…kita berkongsi jalan hidup yg sama..maka sebaiknya, sama-samalah kita berkongsi utk meringankan beban pasangan kita…
Dan kepada isteri-isteri diluar sana, semuanya tak perlu terlalu sempurna dalam rumahtangga…buat ikut kemampuan supaya anda tidak tertekan…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap hari, sebaik matahari terbit, tugas seorang isteri sudah bermula. Sama ada bekerja atau pun tidak kesibukannya sama sahaja. Terkejar ke sana, terkejar ke sini demi memastikan keluarga tersayang tidak berkurang satu apa pun.
Namun pada saat-saat begini banyak hati wanita yang mendongkol marah dan geram. Apa tidaknya. Sedang si isteri bertungkus lumus mengerjakan apa yang patut, ada suami bersantai-santai di sofa sambil menonton televisyen dan membaca surat khabar.
Bukan mahu mendabik dada, tetapi memang kenyataannya. Rutin seorang wanita bermula sebaik celik mata sebelum subuh hinggalah saat melabuhkan tubuh di katil. Letih yang dirasakan memang tidak terucap dengan kata-kata.
Namun berlainan sekali dengan rutin seorang lelaki@suami (maaf, mungkin tidak semua). Bangun pagi sarapan sudah tersedia. Pulang dari pejabat, selepas makan malam sudah boleh berehat sambil menonton rancangan kegemaran di ruang tamu. Aduhai…seronoknya menjadi seorang lelaki@suami!
Rasanya ini bukanlah satu isu yang baru. Malah sejak bertahun-tahun perkara ini sering menjadi topik perbincangan hangat. Namun ia masih menjadi satu tabu dalam rumah tangga. Walaupun kini semakin banyak suami yang ringan tangan membantu dalam menguruskan kerja-kerja di rumah, namun bebanan tugas masih 90 peratus terletak di `batu jemala’ isteri.
Saling membantu
Kita sudah sedia maklum yang Islam amat menuntut agar setiap pasangan suami isteri mengamalkan sikap saling bantu membantu. Nabi Muhamad SAW sendiri sentiasa membantu isteri-isteri Baginda dalam hal ehwal rumah tangga dan urusan anak.
Sikap Baginda ini sepatutnya menjadi ikutan para lelaki bergelar suami. Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): “Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku. Contohilah aku.”
Sudah sewajarnya para suami mengambil iktibar daripada hadis tersebut dalam melayari bahtera rumah tangga. Walaupun Baginda (s.a.w) sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, pemimpin ummah dan Negara dan sebagai panglima perang, namun Rasulullah (s.a.w) tetap dapat meluangkan masa membantu isterinya membuat kerja rumah seperti menjahit pakaian yang dan membaiki kasut.
Suami sebagai ketua keluarga seharusnya menjadi pemimpin dan pelindung. Bukan hanya tahu memberi arahan semata-mata. Apatah lagi sekarang ini kebanyakan pasangan suami isteri berkerjaya. Jadi rasanya tidaklah salah jika mereka saling membantu dalam menguruskan rumah tangga.
Memang banyak lelaki yang mempunyai ego tinggi. Tetapi ini bukanlah masa untuk menunjukkan ego. Dalam urusan rumah tangga ini para suami perlu belajar untuk mengurangkan rasa ego dan membantu isteri membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, mengurus anak, membersihkan rumah dan sebagainya. Lagipun banyak kebaikan dalam kita bekerjasama menguruskan rumah tangga. Antara manfaat paling besar ialah dapat merapatkan lagi hubungan dan menambahkan rasa kasih sayang.
Andai suami enggan membantu, isteri jangan cepat berputus asa. Sebaliknya cubalah bersikap bijak dan menegur secara baik dan lemah lembut. Tindakan ini sangat bersesuaian dengan peranan isteri sebagai penasihat dalam rumah tangga selain dapat menjaga keharmonian rumah tangga.
Mengajak suami
Dalam menguruskan rumah tangga, kerjasama suami dan isteri amatlah diperlukan. Lantaran itu hal ini elok dibincangkan bersama. Perbincangan akan memberi ruang untuk kita lebih saling mengenali dan `menguraikan’ apa yang tersimpul dan terpendam.
Banyak isteri yang mahu menjadi `isteri mithali’ sehingga takut untuk meminta suami membantu kerja rumah. Ini bukan soalnya kerana `membiarkan’ suami begitu sahaja boleh menyebabkan dia menjadi “pemalas’! Lagipun bukan suami tidak pernah melakukannya sebab kerja-kerja rumah bukanlah suatu yang asing sewaktu dia hidup bujang dahulu.
Mungkin cara terbaik untuk meminta bantuan suami adalah dengan mengajak dia menemani anda sewaktu anda sedang melakukan kerja-kerja tersebut. Misalnya ketika anda hendak memasak, ajak dia bersembang dengan anda di dapur.
Suami mungkin mulanya akan berasa janggal dan menolak permintaan anda. Tetapi cubalah pujuk dia dengan lembut dengan alas an mahu berkongsi banyak cerita menarik dengannya sambil anda membuat kerja rumah. Bila dia selalu bersama, anda boleh meminta dia membantu membuat kerja yang mudah seperti memotong sayur atau bawang. Nanti setelah terbiasa, dia tidak akan kekok lagi membantu anda.
Selain itu dengan selalu melihat anda sibuk membuat kerja rumah, mungkin suami akan perasan betapa sibuknya anda di rumah. Baik juga secara bergurau anda luahkan betapa penatnya anda dan betapa seronoknya jika suami dapat membantu.
Juga manfaatkan cuti hujung minggu untuk membuat kerja rumah bersama-sama lebih-lebih lagi menjelang hari raya nanti. Ia tidak semestinya diisi dengan berjalan-jalan sahaja. Mengisi hujung minggu dengan membuat kerja membersihkan rumah bersama-sama, termasuk anak-anak sekali, pasti lebih menyeronokkan dan menyenangkan daripada melakukannya sendiri.
Hargai suami
Apabila suami ringan tulang membantu kerja rumah, jangan pula anda berat mulut untuk memujinya. Ini penting kerana itu tandanya anda menghargai bantuannya. Ini pasti membuat dia berasa lebih gembira dengan apa yang dilakukan. Penghargaan dapat diberikan dalam bentuk ucapan terima kasih mahupun pelukan hangat.
Namun andai suami masih berat tangan untuk membantu, jangan berputus asa. Sentiasa panjatkan doa kepada Allah agar melembutkan hati suami. Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebagai doa pelembut hati. Baca ayat ini ketika memasak atau menyediakan minuman sambil berdoa agar suami dilembutkan hati dan ringan tulang untuk membantu anda menyelesaikan kerja rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebelakangan ini tular tentang video eksperimen sosial seorang oengguna Tiktok yang melakukan ‘prank’ menekup sebiji kek pada muka seorang wanita.
Video tersebut mendapat kecaman ramai kerana dianggap sebagai melampau sehingga mendapat perhatian dari penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, yang tampil menjelaskan mengenai hukum ‘prank’ keterlaluan dari sudut agama setelah ada orang mengajukan soalan tersebut.
“Zaman sekarang macam-macam budak nak tarik perhatian orang, buat prank lempar kek atas muka orang. Apakah hukumnya?” soalan yang diajukan.
Kata Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI berkata, kita sepatutnya menjadikan Rasulullah sebagai ‘role model’ dalam bergurau dan situasi serius.
“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Dia (baginda) bergurau tak macam kita bergurau.
“Kita macam orang hilang akal. Nak buat kandungan media sosial supaya banyak dapat tontonan, yang haram pun haramlah.” katanya.
Tegas UAI, kita sepatutnya meletakkan batasan dalam bergurau supaya tidak berlebihan.
“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan YouTube, dengan iman dan Islam.
“Kamu buat kandungan video untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul.” jelasnya.
Dalam pada itu, UAI menekankan tidak salah untuk melakukan konten asalkan jangan sampai tertinggal iman dan Islam.
Selepas dikecam teruk, Daing tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan video berkenaan hanya lakonan semata-mata bagi memenuhi slot program Raja Viral.
Jelasnya, dia sudah berbincang dengan mangsa yang merupakan ibu angkatnya sendiri. Difahamkan, video ‘prank’ tersebut bertujuan sebagai sosial eksperimen untuk melihat reaksi rakyat Malaysia.
Masalah nyamuk tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh menjadi serius yang akhirnya mencetuskan penyakit buat kita sekeluarga. terutama sekali sekarang ini kes yang melibatkan demam denggi akibat dari nyamuk aedes.
Justeru, ibu bapa kena alert bab ini dan elakkan anak-anak terdedah pada nyamuk. Ikuti tip yang dikongsikan ini, cukup ringkas dan mudah untuk dipraktikkan.
CARA BUNUH NYAMUK MENGGUNAKAN SABUN JOY
Panduan membunuh nyamuk boleh guna Sabun basuh Joy… sabun joy akan menarik nyamuk jika campuran sabun & air ialah 1:1
Klu cecair terlalu pekat atau cair tidak dpt menarik nyamuk… Nyamuk akan ‘minum’ cecair dr pinggan atau bekas plastik dan akan mati dlm campuran sabun.
Kadangkala nyamuk yg kekenyangan darah pun akan didapati perutnya pecah.
Tuangkan campuran joy & air ke dalam bekas yg dalamnya 1 cm & diletakkan di tempat yg gelap.
Cth dibawah almari kasut. Pastikan tiada kucing boleh dekat dgn campuran tersebut & minum dari situ.
Pada esok paginya bolehlah dilihat jika ada nyamuk yg mati dlm cecair joy itu.
Cecair joy tu boleh diguna semula & sekiranya cecair bertukar pekat atau menjadi kering, bolehlah ditambah sedikit air, cuma pastikan campuran sabun tadi tidaklah terlalu cair.
Kredit: Sabun Collagen Wangian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.