Memang benar rutin seorang isteri begitu mencabar untuk menguruskan rumahtangga setiap hari. Celik je mata, isteri akan mula mengemas rumah, memasak, basuh baju dan uruskan anak-anak untuk ke sekolah dan sebagainya. Segalanya di lakukan di rumah tanpa pernah merungut tanpa punya rehat yang khas.

Manakala, pada masa yang sama,  suami di tempat kerja, sarapan atau makan tenghari  bersama tempat pejabat dan punya waktu rehat. Rutin secara konsisten dengan urusan kerja di pejabat atau luar pejabat.

Namun, tidak salah jika suami turut singsing lengan nak tolong isteri. Cara ini sudah cukup memadai buat isteri sebagai tanda dirinya dihargai. Mereka tidak minta banyak pun, hanya sedikit sikap ingin menolong isteri.

Sebagaimana perkongsian oleh doktor Dr Ezairy M.Sallih  yang mendedahkan mengenai rutin sibuk seorang isteri, agar suami menghargai isteri untuk rutin sehariannya di rumah.

Isteri Tidak Minta Banyak Pun, Cukup Singsing Lengan Baju Nak Tolong. Ini Tanda Suami Hargai Isteri 

Ramai kan antara kita yang lelaki ini bila keluar rumah pergi kerja, boleh lupa segala perkara yang ada di rumah.

Pernah tak kita terfikir apa yang sedang berlaku kepada anak-anak dan isteri kita di saat kita sedang bersarapan di tempat kerja, makan tengah hari dengan kawan atau tengah duduk bersembang dengan member sekerja.

IKLAN

Isteri di rumah mungkin sedang sangat sibuk mandikan anak di waktu pagi. Diri sendiri pun tak sempat untuk bersiap. Bermekap apatah lagi.

Menjengah ke tengah hari pula sibuk nak memasak. Siap masak, mulalah masukkan pakaian ke dalam mesin basuh, basuh pakaian pula.

Yang ada anak di sekolah, sebelum buat semua tadi, pagi-pagi sudah kelam kabut hantar anak ke sekolah. Tengah hari sibuk ambil mereka pula.

Apabila anak balik, ruang tamu yang cantik diperkemas tadi kembali bersepah. Kena kemas semula. Ketika ini anak mula menjerit-jerit.

IKLAN

Nak menjengah ke petang sibuk pula sediakan makan suami. Di antara sela masa itu anak kecil tak henti menangis, minta diberi susu, nak dimanja, dibelai dan diberi perhatian.

Apabila suami balik, itu tak sedaplah, ini kurang garam lah. Kenapa rumah bersepah, tak kemas rumah ke? Duduk rehat saje kat rumah ya? Inilah kan nasib isteri.

Macam itulah saban hari. Malamnya pula ketika kita sedang nyenyak tidur, si kecil menangis, puan isteri ini jugalah yang bangun buatkan susu, layan segala kerenah anak. Maklumlah, si Ayah sudah ‘penat’ bekerja di siang hari. ‘Letih’ sangat sampai tak mampu nak terjaga.

SUAMI KENA FAHAM HAKIKAT KEHIDUPAN ISTERI

IKLAN

Isteri Tidak Minta Banyak Pun, Cukup Singsing Lengan Baju Nak Tolong. Ini Tanda Suami Hargai Isteri 

Kita para suami ini kalau semuanya faham dengan lumrah dan hakikat kehidupan isteri seperti ini, sudah tentu akan bahagia sentiasa rumah tangga.

Ya, rumah tangga ini perlu kepada sifat memahami antara kedua pasangan. Jika tiada pada satunya, ia akan runtuh sebelah dan perlahan-lahan roboh jua akhirnya.

Kadangkala kita selalu bertengkar.. berselisih faham dek perkara-perkara kecil yang tak perlu diperbesar.

Hargailah pasangan anda.Kongsikan, supaya lebih ramai di luar sana menyedari hakikat ini. Isteri untuk dihargai..

Semoga kita menjadi pasangan yang salin melengkapi antara satu sama lain agar bahtera perkahwinan kekal bahagia.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI