Rumahtangga yang bahagia tentu mempunyai sikap tolak ansur dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Namun, hakikatnya tidak mudah untuk melayari alam perkahwinan kerana anda dan pasangan perlu sama-sama berdepan onak duri.
Sebagaimana perkongsian oleh saudara Firdaus Shakirin yang boleh menjadi manfaat untuk kebahagiaan keluarga.
Perempuan yang boleh bersama lelaki ketika lelaki itu susah adalah jenis yg RARE… Agak bingai sekiranya memilih utk meninggalkannya ketika senang semata-mata kerana berjumpa dgn perempuan lain…
Ads
Belum tentu perempuan yg baru dijumpai itu akan kekal bersama andaikata kita kembali susah semula…jatuh bangun org lelaki ni, tak semua perempuan mampu lalui bersama-sama…klu dia dah tahu lelaki itu susah, tak berharta, ada motor saja, tinggal plak rumah sewa, dia boleh saja pilih lelaki lain yg lebih baik…
Tapi perempuan bila syg, dia akan syg sepenuhnya, dia akan letak harapan sepenuhnya ke atas diri lelaki tersebut…
Dia percaya yg lelaki itu mampu membuatkannya bahagia, dia percaya satu hari nnt lelaki tersebut akan berjaya, dah tak susah lagi dah…berbekalkan harapan itulah dia lalui bersama “kesusahan” itu…
Ads
Itu pun masih ada segelintir lelaki yg buta… Dia tetap rasa dirinya berjaya sbb usahanya…dia tetap rasa dirinya senang sbb usahanya…tak pernah terlintas sedikit pun yg kejayaan dia, kesenangan dia itu dtg dari doa org yg menyayangi dia, org yg paling dekat dgn dirinya, yg selalu berada disisinya… Sifat itu yg buat perempuan jd takut bila lelaki tu dah senang…
Dia takut lelaki itu lupa diri, lupa daratan…dia takut lelaki tu lupa segala peritnya, susahnya, pengorbanannya…lelaki yg masih kekal bersama perempuan yg boleh bersusah dgnnya adalah jenis lelaki yg bersyukur… Dia jenis yg ingat siapa dirinya dulu dan sekrg… DIA TAK LUPA DIRI…
Apa sebanarnya tugas dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri dalam rumahtangga ya?
Walau apa jawapannya, apa yang pasti terlalu banyak perkara yang difikirkan dan perlu diuruskan oleh suami mahu pun isteri saban hari.
Ini didetailkan lagi melalui perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, semoga bermanfaat.
Tahu, kan? Isteri kamu penat. Setiap hari fikirannya tertumpu untuk keselesaan suami dan anak-anak. Setiap perincian, walau sekecil mana pun dia akan fikir.
Pasal makan, dia fasih makanan apa yang suami suka, apa yang anak-anak suka. Jika ada bercanggah kemahuan, dua-dua pun dia masak. Tak apa penat sikit, asalkan semua makan berselera. Di sebalik itu semua, kemahuan dirinya sendiri tak tertunai, kerana makanan yang dia suka, suami dan anak-anak tak suka.
Cuba buka almari dan lihat. Semua baju dia dah susun elok. Ikut jenis. Ikut kegunaan. Ikut pasangan pakaian yang sesuai. Baju suami digosok rapi. Panas atau hujan, jarang baju kerja tak tergantung elok bergosok dalam almari di pagi hari. Baju sekolah anak-anak bersih, walaupun setiap kali pulang sekolah comotnya bukan main. Kalau koyak, dia baiki.
Tandas— Bersih. Shampu untuk rambut. Sabun cecair untuk basuh tangan. Sabun cecair untuk badan. Sabun bau badan untuk ketiak. Pencuci mangkuk tandas. Sabun muka. Ubat gigi. Dapur—bersih. Sabun cuci baju. Peluntur. Pewangi. Sabun cuci pinggan. Pencuci untuk lantai. Semua benda ni, siapa uruskan? Siapa periksa habis atau tidak? Siapa lagi kalau bukan isteri.
Alat-alat penjagaan diri dan kesihatan, isteri juga yang uruskan. Dia beli termometer, nasal aspirator, nasal irrigator, minyak panas, ubat demam, plaster luka, bandage, pengetip kuku, sikat, dental floss, pencuci luka dan ubat-ubatan. Dia simpan teratur. Anak-anak tak sihat, mesti dia perasan dahulu.
Sekali pun ada pembantu rumah, siapa yang ambil tahu semua perkara ni? Isteri juga. Balik kerja, dia periksa sendiri semua perkara ini. Paling tidak dia tanya pada pembantu rumah. Dia pesan pembantu rumah itu dan ini agar semuanya elok.
Banyak yang perlu difikir dan dikerjakan oleh si isteri. Jadi tak usahlah jadi suami yang terlalu cerewet. Hargai semua benda-benda kecil yang isteri fikir dan lakukan untuk suami dan anak-anak. Uruskan rumah bukan mudah. Kalau ada yang baik, maka puji. Kalau tak baik, diam-diam dahulu. Kalau nak tegur, pastikan anak-anak tak dengar. Apatah lagi orang lain.
Ohya!
Suami kamu pun penat. Pagi, bangun tidur , walaupun lebih lambat dari isteri, perkara pertama dalam fikiran dia adalah kemandirian keluarga.
Bil air dah bayar? Bil eletrik? Ansuran rumah, ansuran kereta, bil pembentungan, bil internet, bil telefon, cukai pintu, dan sebagainya ni, dah bayar? Gaji pembantu rumah? Kalau tak bayar semua utiliti ini, maka terganggulah urusan harian. Bayangkan tak ada eletrik, tak ada air, pembentungan tak dibersihkan. Serabut kepala.
Kereta, ada minyak tak? Air radiator dan wiper cukup ke? Minyak stereng, minyak enjin, minyak kotak gear, minyak brek semua masih ada? Alignment dan balancing roda dah dibuat? Tekanan angin tanya optimum tak? Insuran kereta dan cukai jalan dah bayar? Kereta isteri sekali dia selalu periksa. Suami fikir benda-benda ni untuk keselamatan keluarga.
Dia kerja hari-hari, fikir pasal perancangan kewangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Simpanan KWSP untuk simpanan masa tua. Simpanan kecemasan. Caruman PERKESO untuk perlindungan di tempat kerja. Insuran/takaful kesihatan dan nyawa isteri dan anak-anak. Duit simpanan untuk anak-anak belajar. Kena rancang baik-baik.
Lelaki, nampak sahaja macam dia tak kisah pasal keluarga, balik kerja dia suka-suka baring depan televisyen, meminta air itu, makanan ini, minta nak keluar jumpa kawan. Sebenarnya suami kisah pasal kebajikan dan keselamatan keluarga. Cuma fitrah lelaki tidak suka tunjukkan keprihatinan.
Banyak perkara yang difikirkan dan diuruskan oleh suami. Jadi tak usahlah sambut suami pulang kerja dengan leteran. Lagi-lagi depan anak-anak. Tak elok aibkan suami depan anak-anak. Jika nak tegur, elakkan biarlah ketika tiada orang lain dan ketika suami dalam mood yang baik. Lelaki ni egonya tinggi, kalau di aibkan, memang dia akan melenting.
Dalam institusi keluarga, masing-masing ada peranan dan tak ada istilah ini kerja kau, ini kerja aku. Isteri kena buat kerja suami, dan suami kena buat kerja isteri. Barulah sama-sama memahami kepayahan perkara-perkara yang diuruskan oleh pasangan masing-masing. Ajar juga anak-anak ambil tahu tentang hal-hal pengurusan rumah dan pengurusan kewangan.
Akhir sekali, jangan pernah membanding pasangan kita dengan pasangan keluarga lain. Ia sesuatu yang sangat menyinggung pasangan. Setiap keluarga ada kekuatan dan kelemahan sendiri.
Jika ada kelemahan, sama-sama baiki. Jika ada kekuatan, sama-sama suburkan.
Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila melangkah ke dapur, pisau antara peralatan dapur yang teramatlah penting. Pisau yang tumpul atau sudah tidak elok lagi untuk digunakan boleh buat hati jadi berang ketika hendak memasak.
Apatah ketika pulang daripada kerja dan ini akan menambah sakit hati ketika hendak memasak. Bagaimana memastikan pisau sentiasa tajam dan terjaga dengan cantik walaupun telah lama digunakan. Ada caranya. Cuba petua ini.
Asah Selalu
Pisau yang tajam haruslah diasah permukaannya lebih kerap. Jangan malas kerana inilah cara untuk memudahkan proses memasak anda dengan lebih pantas. Biasakan diri untuk mengasahnya setiap kali hendak digunakan. Biarkan sentiasa tajam.
Pilih Pengasah Sesuai
Ada juga pengasah yang tidak kena dengan jenis pisau yang anda gunakan. Namun ada juga yang lebih senang mengasah pisau menggunakan lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal. Tidak salah, namun kenalah bijak menggunakannya agar kena pada semua mata pisau. Jika tidak, beli sahaja pengasah jenis bulat dan panjang, khusus untuk mengasah.
Simpan Tempat Kering
Setiap kali selepas menggunakannya, pastikan pisau diletakkan di tempat yang kering seperti di dalam laci atau sebagainya. Selain lebih selamat, ini juga dapat menjaga mata pisau lebih lama. Malah ulu pisau jenis kayu juga tidak mudah reput kerana disimpan di tempat yang kering dan terjaga.
Jaga Dengan Teratur
Selepas digunakan pastikan pisau dibersihkan kotorannya dan dilap dengan kain yang bersih. Ini penting bagi memastikan tiada sebarang kotoran seperti getah yang terlekat di mata pisau, yang pastinya akan membuatkan mata pisau tumpul.
Gunakan Minyak
Jika perlu, ketika membersih atau selepas mengasah mata pisau, sapukanlah sedikit minyak dipermukaannya dan simpanlah kemas di dalam laci. Ini bagi memastikan mata pisau sentiasa tajam dan licin. Harus cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Datuk Aznil Nawawi terpanggil membantu anak tahfiz di Maahad Tahfizul AlQuran Anawiyah, Cheras yang berdepan serba kekurangan.
Pengacara serba boleh itu memohon jasa baik pengikut Instagramnya untuk menderma wang ke pusat tahfiz berkenaan.
Sehingga kini, sudah RM31,000 berjaya dikumpul untuk disalurkan ke pusat tahfiz itu berkat derma orang ramai termasuk peminatnya. “Saya juga nak kejar saham akhirat. Dalam masa sama, saya juga nak ajak semua ke arah sama. Ini antara cara saya nak membantu apa adanya.
“Alhamdulilah, ada ramai yang bermurah hati mengurangkan beban sekali gus membantu pihak pusat tahfiz ini memperbaiki apa yang kurang.
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan lalu mereka terus diuji. Banyak sudut di pusat tahfiz itu rosak. Ada yang dimakan anai anai. Malah bumbung tempat mereka berteduh pun bocor hingga dimasuki air hujan.
“Malah masih tinggi lagi tanggungan yang pusat tahfiz ini perlu demi meneruskan operasi. Sekurang kurangnya dengan bantuan yang menderma dapat mengurangkan masalah ditanggung,” kata Aznil.
Menurut Aznil yang mesra disapa Pak Nil, kebetulan salah seorang ayah kepada anak tahfiz ini mengambil upah bertukang.
Jadi kerja membaik pulih pondok tahfiz itu dilakukannya tanpa mengambil upah.
“Kiranya derma yang dikumpul antaranya dapat digunakan untuk membayar kos barangan yang dibeli.
“Kalau ada yang mahu terus menderma, boleh ke Instagram saya @aznilnawawihm,” katanya.
Kata Aznil yang baru melancarkan single mengenai kisah buli siber berjudul Apo itu, beliau mula mengenali pusat tahfiz itu kira kira tiga tahun lalu menerusi syor pengurusnya.
“Ada dalam 30 orang anak tahfiz di situ. Tenaga pengajar pula sekitar empat orang.
“Saya pernah juga menganjurkan majlis khatam Al Quran untuk anak tahfiz di situ sebelum ini. Dalam hati juga pernah terdetik nak jadikan ambil beberapa orang daripada anak tahfiz itu sebagai anak angkat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aznil yang terkenal dengan sikap pemurah turut menganjurkan Class Of Infuencer secara percuma di Shah Alam Sabtu lalu.
Bengkel perkongsian ilmu mengenai yang menekankan kepentingan kuasa vokal dalam dunia digital itu berlangsung selama empat jam itu diadakan di Akademi Eskayvie. Ia membabitkan kira kira 16 ‘influencer’ yang popular dan mempunyai ramai pengikut di Instagram.
“Bengkel ini seiring dengan peranan saya sebagai duta produk kesihatan Eskayvie yang pada masa sama juga mahu memberikan satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
“Jadi peranan saya tidak terhad kepada hal kesihatan semata mata. Biarpun dulu saya tidak berguru dengan sesiapa pun untuk berada pada tahap sekarang, ia bukan alasan untuk saya tidak berkongsinya dengan orang lain.
“Pada tahap sekarang, ada hal tertentu tidak membabitkan ganjaran wang. Saya percaya dengan banyak memberi, ada saja rezeki lain akan masuk. InsyaAllah,” katanya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.