Tauhu homemade lebih sedap dan terjamin kebersihannya dibandingkan jika dibeli diluar. Selain membekalkan protein, tauhu membantu kulit yang lebih anjal, awet muda dan banyak lagi khasiat lain.
Biasa kita beli di kedai, apa kata kali ini cuba buat sendiri tauhu homemade. Mana tahu, selain untuk makan bersama keluarga, boleh juga buat berniaga kecil-kecilan.
Resipi dan cara buat tauhu homemade telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin. Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.
BAHAN-BAHAN:
a. 3kg kacang soya
b. 18 liter air
c. 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu
CARA MEMASAK:
1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
Ads
3. Masak susu soya hingga mendidih.
4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.
5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.
6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak
Ads
7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.
Tip Tambahan
Ads
1. Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.
2. Jika ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tidak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyak apabila diperah.
Perkongsian daripada seorang kakak berkenaan adiknya yang berusia 24 tahun dan kini sedang bertarung dengan kanser cukup menyentuh hati. Redo dengan ketentuan Ilahi, keluarga ini terus bangkit memberi semangat dan tidak putus doa disandarkan pada Ilahi agar adiknya itu tabah dan sabar melawan kanser.
Lalu, terpanggil untuk Keluarga.my berkongsi kisah keluarga ini dan diharapkan kita dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua yang kini sedang berjuang seperti mana saudara Muhammad Syalihin bin Mohd Bakar ini.
Dan ini perkongsian di akaun fb milik kakaknya Nur Arimi Suhada.
Keluarga kami antara yang terpilih untuk ujian ni .Siapa sangka doktor cakap ayah 50/50 makin sihat dan adik yang sihat tetiba sakit . Aturan Allah hebat.
Ayah –12 tahun lepas ayah jatuh sakit lumpuh separuh badan sebelah kanan akibat kuman block saluran darah selepas cabut gigi. Doktor cakap harapan ayah hanya 50/50 sebab dia tak kenal orang, semua tak boleh . Dunia kami gelap seketika waktu itu. Tapi ayah kuat, dia tak pernah mengalah. Dalam masa setahun dia banyak perubahan, sekarang dia sihat dah, Alhamdulillah.
Mama – 5 Tahun lepas Mama pulak sakit dimasukkan ke hospital . Diserang minor strok. Alhamdulillah tak teruk sangat, sikit-sikit mama dah boleh pulih . Tapi ujian tak sampai situ je , mama pulak jatuh dan kaki dia retak . Mula-mula doktor kata boleh simen pastu akan elok tapi sebabkan mama ada kencing manis tulang tempat retak tu hancur. Orang kencing manis ni tulang dia rapuh, dah 3 kali masuk hospital nak masuk besi tapi semua cancel sebab ada masalah jantung laju. Sampai la sekarang mama kekal menggunakan kerusi roda dan masih berulang alik hopsital untuk checkup.
Adik -Muhammad Syalihin bin Mohd Bakar ,24 tahun – Tahun ni adik pula. Ramai tanya tanda-tanda dia. Dia dah lama sakit dari tahun lepas tapi dia ingatkan sakit biasa tak nak check di hospital. Tapi Rabu lepas dia tak tahan sangat dah, jadi dia mintak kami bawa dia ke hospital. Terus doktor sahkan dia mengidap kanser tahap 4 . Semua berlaku dengan cepat, kami masih lagi tak percaya . Tapi tu adalah semua ujian Allah. Kami redha. InsyAllah kami kena kuat .
Alhamdulillah dia sekarang kurang rasa down , sebab ada support dari kami sekeluarga. Ramai bagi kata-kata semangat, bagi dia happy . Esok insyAllah dia akan ke HKL balik untuk chemo sesi ke dua . Dia ade 4 sesi chemo di KL dan Ipoh .
Imbas kembali
Tanda-tanda yang adik alami, dia macam angin pasang tapi dia mengeras . Kalau angin pasang sebab lebihan lendir, tapi adik dia tak. Dia mengeras dan makin besar bahagia yang sakit tu. Kami berubat cara kampung, dua tiga tempat kami pergi, tapi tak baik-baik. Dia tak nak check ke klinik atau hospital. Setahun lebih dia sakit, kejap ok kejap tak.
Adik tak suka bercerita yang dia sakit, lagi pun sebab dia kerja, duduk rumah lain. Kami sekeluarga tidak tahu tahap kesihatannya. Pun begitu, sekali sekala tu kawan dia ada call bagi tahu yang dia tak sihat sampai pucat-pucat. Makan ubat tahan sakit lepas tu ok balik. Sampai la tahap dia tak boleh jalan, lepas tu pakcik sedara HA klinik 1malaysia datang nasihat dia minta ke hospital dengan segera.
Berlaku sekelip mata
Pada 9 Januari masuk kecemasan, 10 Januari dapat pengesahan adik ada kanser dan pada 11 Januari terus transfer ke HKL.
Hari yang pertama di kecemasan doktor dah suspect cancer tapi tak pasti tahap berapa. Lepas tu, esoknya doktor bagi tau dia cancer tapi tak bagi tahu stage berapa. Dia call minta datang ke hospital sebab doktor pakar semua nak jumpa kami . Doktor kata sel kanser dalam badan dia dah merebak ke injap paru-paru dan paru.
Jadi kena cepat chemo dan transfer ke Hospital Kuala Lumpur. Kami sekeluarga terdiam menangis rasa dunia gelap sekejap . Sampai KL selepas buat pemeriksaan penuh, baru tahu adik kini stage 4. Cancer dia germinal cell tumor.
Dia down,menangis hari-hari dan saya hari-hari bagi tahu dia yang ramai doakan dia. Ramai nak dia sihat, sejak dia balik minggu lepas saya banyak bagi dia happy ,bergurau bagi dia lupa kesakitan dia.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Sungguh besar dugaan yang ditanggung oleh keluarga ini dan didoakan agar Muhammad Syalihin terus tabah dan kuat melawan penyakit kansernya itu. Teruslah berusaha dan bergantung harap pada Allah agar ada kesembuhan untuknya nanti…Amin Ya Rabb!
Bosan menikmati hidangan nasi putih sepanjang berbuka, apa kata kita tukar selera dengan menikmati nasi penuh beraroma Nasi Limau Purut yang enak rasanya ini.
Resepi ️Nasi Limau Purut & Acar Nenas Thai
(️Resepi ️ni lebih sedap di makan bersama Ayam masak merah atau boleh juga hidangan lain seperti rendang dan sebagai..
Menu sampingan adalah Acar Nenas Thai ️yang sangat sedap.
Resepi Nasi Limau Purut
Bahan-bahan : (️ikut banyak mana kita masak ️nasi) *sukatan dibawah untuk masak 7 cawan beras.
4 sudu besar marjerin
+sedikit minyak
Halia ~ hiris nipis
4 biji bawang putih ~ dihiris
2 biji bawang besar ~ ️dihiris
4 batang serai ~ dititik
8-10 helai daun limau purut*lebih byk lebih Sedap
3 helai Daun pandan -ikat
Garam secukup rasa
️Air – ️ikut sukatan beras+
santan kotak Kara (saya masak 7 cawan beras basmathi = 9 1/2 cawan air +1 kotak santan kara)*ikut sukatan beras yang biasa kita masak..
1 ketul kiub ayam
7 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
pewarna hijau
Cara :
1. Panaskan Margerin +minyak di dalam periuk
2.Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
3.Masukkan serai,daun pandan dan daun limau purut, kacau sebentar
4.Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, kiub ayam dan beras
5.Kacau rata dan biar nasi masak macam biasa.
Bila nasi dah masak..titiskan dengan pewarna dan kacau-kacau rata nasi (saya kacau guna garfu perlahan-lahan supaya nasi tak hancur)
Acar Nenas Thai Sedap:
1 biji nenas-potong kecil-kecil
1 batang serai-hiris
1 batang bunga kantan-hiris
2 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut-hiris
1/2 botol sos cili thai (guna jenama Life)
1 bj limau nipis-perah dan ambil jusnya
Sedikit garam dan gula
Cara:
Masukkan semua bahan diatas dalam blender dan kisar semua bahan-bahan (tanpa air)sebab nenas dan sos dah berair sampai lumat kemudian tuang ️dalam mangkuk.
bahan-bahan lain
1 biji bawang besar-potong dadu/dihiris
Cili Merah-ikut suka banyak mana – dihiris
1 batang timun-buang kulit dan potong memanjang@ ikut suka
1/2 biji sengkuang kecil- potong ikut suka
sebiji mangga – jika suka
daun ketumbar – jika suka
Ikan ️Kering -goreng ranggup(Jika ️Suka)
Campur kan semua bahan ni ke dalam mangkuk tadi..gaul rata..siap
Puasa yang masih berbaki beberapa hari lagi buat ibu-ibu makin sibuk dengan persiapan menyambut lebaran. Selain menguruskan soal pakaian baru, menyediakan kelengkapan untuk sajian juadah raya juga antara yang menjadi keutamaan kita.
Menyediakan Kuah Kacang antara menu wajib di pagi raya. Pun begitu menyediakan kuah kacang ini sedikit renyah. Maklumlah terpaksa menggoreng kacang tanah, membuang segala kulitnya dan kemudian barulah ditumis hingga masak.
Menggoreng kuah kacang adakalanya terhangus dengan mudahnya. Sebenarnya ada cara yang paling berkesan untuk mengelakkan kacang tanah daripada hangus.
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali dan terus sahaja masukkan kacang tanah.
2. Tidak perlu menunggu sehingga minyaknya panas.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
Selain itu, sebagai persediaan raya pastinya juadah Kuah Kacang bersama Nasi Impit menjadi menu istimewa dan wajib ada. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di