Sejak duduk di rumah, anak-anak tentu asyik ke dapur aje. Apa kata cuba resipi mudah ini iaitu cekodok manis.
Cara buat cepat dan bahan-bahan pun memang mudah.
Ikuti resipi cekodok manis ni.
bahan-bahan
Ads
1 pek mauripan
1 kg tepung gandum
5 cawan air
1 sudu teh garam
2 cwn gula
3 sudu susu pekat
1 biji telur
Cara-cara
Ads
Masukkan air dan mauripan kacau sebati.. Masukakn gula.. Kacau lg.. Msukkn susu, garam, telur n last tepung… Kacau adunan sehingga sebati.. (blh tmbh air jika kurang)
Rehatkan adunan 15minit…blh digoreng..
Tips: guna jari jemari untuk bulat-bulat jadi begini.
Ads
Sumber: Nurul Saadah Mustapha via Masak Apa Hari Ni
Memang tidak dinafikqn roti golok sudah menjadi viral disebabkan lembut dan super gebu. Roti ni boleh dimakan pada bila-bila masa.
Sesuai juga dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang. Selain itu, boleh juga dijadikan bekalan buat anak-anak ke sekolah. Selamat mencuba.
Bahan A
Bahan B
Bahan C
#1: Bancuh Bahan A di dalam cawan dan biarkan selama 5 – 10 minit hingga bancuhan berbuih. Sementara itu, masukkan kesemua Bahan B ke dalam bekas yang besar. Kemudian, kacau atau ramas bahan-bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
2: Setelah bancuhan bahan A dah berbuih, seterusnya tuangkan ke dalam bahan B tadi. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati dan tidak melekat di tangan. Setelah menjadi doh, doh perlulah direhatkan selama 30 minit hingga 40 minit.
#3: Setalah doh mengembang berkali ganda, anda bolehlah bahagikan kepada doh-doh kecil seberat 20 gram setiap satu. Kita memerlukan 3 doh kecil untuk membuat pintalan bagi menjadikan satu biji roti. Setelah itu, bentukkan doh kecil memanjang-manjang dan pintal mengikut kreativiti masing-masing.
#4: Doh yang telah disiap dibentuk, anda susunkan ia di atas loyang dengan jarakkan antara satu sama lain. Dok kita perlu direhatkan sekali lagi selama 30 minit atau hingga ia mengembang dua kali ganda. Ini bertujuan untuk mendapatkan roti yang lembut dan gebu.
#5.: Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 180 degree atau mengikut oven masing-masing. Kemudian, bakar roti kita dengan api atas bawah selama 30 minit atau hingga roti masak. Setelah masak, roti perlulah disejukkan terlebih dahulu sebelum dihiaskan dengan bahan C.
#6: Setelah roti sejuk, sapukan mentega ke atas roti dan taburkan gula kastor atau gula halus. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Kalau dirumah, habis sahaja merendam teh, uncangnya pasti kita terus sahaja buang ke dalam tong sampah. Jangan dibuang dahulu sebaliknya simpanlah di dalam bekas atau cawan dahulu.
Uncang teh ni sebenarnya cukup banyak kegunaannya. Bukan sahaja beri manfaat yang besar dalam secawan teh panas tapi juga untuk kegunaan rumah yang lain. Nak atau untuk kegunaan apa?
Segarkan Tanaman
Enzim dan mineral yang terkandung di dalam seuncang teh cukup besar manfaatnya pada tanaman. Ia dikatakan mampu menyuburkan tanaman malah hasilnya pokok akan lebih cepat berbunga dan berbuah. Jadi selepas sahaja habis menggunakannya, letakkan sahaja pada pasu di rumah anda.
Daging Lebih Lembut
Bukan hanya lembut, bahkan daging juga beraroma lebih harum dan segar dengan adanya uncang teh. Caranya, perapkan daging dengan lebihan uncang yang telah digunakan. Gunakan dua uncang untuk rasa lebih enak dan harum. Biarkan diperap bersama daging selama 30 minit kemudian masaklah seperti biasa. Mahu lebih hebat lagi, buka uncang dan gaulkan serbuknya ke dalam daging.
Hilangkan Bau Kasut
Kasut berbau memang buat rasa rendah diri. Nak hilangkannya jadi satu masalah pada kita. Tak payah pening kepala lagi, ambil sahaja uncang yang sudah dikeringkan dan letakkan ke dalam kasut yang berbau. Boleh juga gunakan uncang yang masih baru namun hasilnya tidaklah sama seperti selepas digunakan.
Segarkan Almari
Bukan hanya hilangkan bau kasut, anda juga boleh letakkan ke dalam almari pakaian. Syaratnya perlu keringkan dahulu uncang teh yang basah. Kemudian barulah digantungkan di dalam almari. Hasilnya baju berbau lebih harum dan segar. Bau kayu dari almari juga akan hilang.
Lap Cermin
Uncang teh yang telah digunakan juga boleh digunakan untuk mencuci kekotoran di rumah anda seperti mengelap cermin, menghilangkan kesan kotor di lantai malah singki juga boleh dibersihkan dengan cara ini. Menarik!
Relakskan Mata
Bagi merehatkan mata atau mengatasi masalah mata yang kepenatan, rendamkan 2 uncang teh yang telah digunakan di dalam air sejuk selama 2 hingga 3 minit. Kemudian letakkan uncang tersebut di kelopak mata dan biarkan selama 10 minit. Anda boleh juga tidur sebentar untuk hilangkan ketegangan ini. Biarkan seketika dan relaks. Mata akan kembali segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lempeng kelapa yang sedap ialah bila teksturnya lembut dan gebu. Sedap dimakan bersama sambal ikan bilis, sambal sardin atau sekadar dicicah dengan susu pekat manis, tentunya sajian ini asyik dinikmati.
Bagi mendapatkan lempeng yang lembut dan gebu, ada resipinya. Resipi yang dikongsikan oleh Azizah Ali ini boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera.
RESIPI LEMPENG KELAPA
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda parut
1/4 cawan santan
1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Satukan tepung gandum dan kelapa muda parut di dalam bekas yang bersesuaian. Gaul rata.
2. Masukkan santan dan juga air. Sebatikan dan pastikan tiada tepung atau kelapa parut yang berketul.
3. Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Gaul lagi.
4. Panaskan kuali dan tuang adunan lempeng. Ketebalannya mengikut selera masing-masing.
5. Ulang proses sama hingga habis adunan lempeng.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati sama ada secara kosong atau dicicah dengan sambal tumis serta kari.